Kelantan FC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kelantan FC
The red warriors.png
Nama penuhKelab Bola Sepak Kelantan
GelaranThe Red Warriors (Pahlawan Merah)
DiasaskanPenjenamaan 2013
StadiumStadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu, Kelantan
(Muatan: 30,000)
Pemilik KAFA
PenasihatMalaysia Tan Sri Hj. Annuar Musa
PengurusMalaysia Wan Badri Wan Omar
JurulatihBulgaria Velizar Emilov Popov
LigaLiga Super Malaysia
2016 ke-5
tuan rumah
tempat lawan

Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan Football Club) merupakan salah sebuah persatuan bola sepak di Malaysia yang mewakili negeri Kelantan Darul Naim. Pasukan yang lebih dikenali sebagai Pahlawan Merah (The Red Warriors) ini berpangkalan di Jajahan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Stadium utama pasukan Kelantan FC ialah Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang berkapasiti 30,000. Pasukan ini merupakan salah satu pasukan yang bersaing dalam Liga Super Malaysia, iaitu liga tahap tertinggi dalam Liga Malaysia.

Sejarah Pasukan[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1946 namun rekod mencatatkan Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan sudah wujud seawal tahun 1889, Kelantan FC merupakan pasukan bola sepak tertua di pantai timur Malaysia. Mulai musim 2013 dikenali sebagai Kelantan FC.

Pada tahun 1986, Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher menerajui kepimpinan bola sepak Kelantan sehingga tahun 1990. Pada tahun 1991, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haji Wan Hashim Wan Daud mengambil alih kepimpinan yang ditinggalkan oleh Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher setelah tampuk kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan.

Pada tahun 2004, jawatan presiden bertukar tangan setelah Haji Ahmad Jazlan Yaakub diberi laluan untuk menerajui KAFA. Sejarah tertulis dalam buku bola sepak Kelantan dimana pada tahun 2005, Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang bermain dalam Liga FAM setelah berada ditangga tercorot dalam Liga Perdana tahun sebelum itu. Tahun 2007 menyaksikan perubahan dalam lanskap kepimpinan KAFA yang baru apabila Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa diberi kepercayaan menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan bagi penggal 2007/2010.

Tahun pertama Tan Sri bersama Kelantan FA sudah menampakkan peningkatan apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Liga Perdana musim 2007/08. Malahan dalam saingan Piala Malaysia pula, walaupun Kelantan gagal melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia, tetapi kejutan yang dilakukan diperingkat kumpulan sedikit sebanyak menyaksikan kebangkitan Kelantan tidak harus dipandang rendah.

Pada 2009 Kelantan mampu berbangga kerana berjaya melangkah ke dua final iaitu Final Piala FA dan Final Piala Malaysia. Namun kedua-dua perlawanan menyaksikan hanya bergelar Naib Juara sahaja. Pada 2010 Kelantan akhirnya mencipta sejarahnya tersendiri kerana berjaya mencapai status Naib Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia. Pencapaian Kelantan terus gemilang pada 28 Januari 2011, Kelantan sekali mencipta sejarah buat kali pertama merangkul Piala Sultan Hj Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor selaku Juara Bertahan.[1]

Negeri Kelantan Darul Naim tersenarai antara negeri yang mempunyai akademi bola sepaknya sendiri seperti Akademik Bola Sepak Darulnaim yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2006 bertujuan mencungkil bakat muda yang berusia 8 hingga 12 tahun. Pada 18 Januari 2008, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa pihaknya akan menubuhkan akademi bola sepak khusus bagi melatih dan menonjolkan bakat semulajadi pemain bawah 13 tahun negeri ini kesinambungan dari Projek Kijang Emas yang diusahakan semasa sekolah rendah oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Ia akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chengal itu yang bakal menempatkan 30 orang pelajar. [2]

Stadium[sunting | sunting sumber]

Stadium Sultan Muhammad Ke-IV[sunting | sunting sumber]

Stadium Sultan Muhammad Ke-IV merupakan venue perlawanan bagi pasukan Kelantan. Stadium ini boleh menampung jumlah penonton seramai 30,000 dalam satu-satu masa. Dalam saingan Liga Super musim 2008-2009 menyaksikan jumlah penonton yang hadir memberi sokongan mencecah puluhan ribu sehingga memenuhi setiap sudut dan ruang di stadium ini. Pasukan Kelantan tidak pernah kalah kepada pasukan lawan setiap kali perlawanan yang diadakan disini, walaubagaimana pun rekod tanpa kalah pasukan Kelantan di stadium keramat ini lebur di tangan pasukan Terengganu FA dalam saingan Piala Malaysia musim 2008.

Papan Markah Elektronik[sunting | sunting sumber]

Papan markah elektronik yang dipasang di stadium ini digunakan pertama kali semasa perlawanan antarabangsa peringkat Suku Akhir Piala AFC menentang kelab Iraq, Arbil SC. Papan markah yang bernilai RM2.3 juta itu adalah sumbangan Jabatan Perdana Menteri selaras janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu kemajuan bola sepak Kelantan. Papan markah yang menggunakan teknologi terkini yang diimport dari Jepun ini adalah papan markah elektronik yang terbaik di negara ini, malah ia lebih bagus berbanding yang ada di Stadium Nasional Bukit Jalil.[3]

Kelantan FC merupakan pasukan bola sepak yang paling ramai menerima sokongan padu daripada penyokong mereka dalam kancah Liga Malaysia sehingga mencecah puluhan ribu dan memenuhi setiap ruang di stadium mereka. Penyokong Kelantan dikenali dengan jolokan "Pahlawan Merah". Laungan "Gomo Klate Gomo" sentiasa bergema di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV setiap kali perlawanan diadakan. Kehadiran penyokong fanatik Kelantan ini bukanlah sewaktu pasukan ini mencapai kejayaan dalam liga Malaysia pada musim 2008-2009, tetapi ianya satu tradisi zaman berzaman sejak pasukan Kelantan FA ditubuhkan pada tahun 1946. Kehadiran penyokong mereka begitu dirasai oleh para pemain dan pihak pengurusan Kelantan dan menyebabkan pasukan lawan berasa gerun setiap kali bertemu dengan Kelantan. Para penyokong ini dikatakan sebagai pemain ke-12 bagi pasukan Kelantan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Domestik[sunting | sunting sumber]

Pertandingan Juara Naib Juara
Piala Malaysia 2010, 2012 (2x) 1955, 1970, 2009, 2013 (4x)
Piala FA 2012, 2013 (2x) 2009, 2011
Piala Sumbangsih 2011 2012, 2013 (2x)

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Tahun Pertandingan Jaringan Lawan Catatan
2013 Piala AFC 0-2 Hong Kong Kitchee Pusingan Ke-2

Rekod kejayaan[sunting | sunting sumber]

Untuk musim 2013, sila lihat rencana Kelantan FA musim 2013
Tahun Liga Piala FA Piala Malaysia Lain-Lain
2013 Liga Super (4) Juara Naib Juara Piala Sumbangsih (Naib Juara)
2013 Piala Sumbangsih 1-1 (Kalah penalti 3-4) ATM FA Naib Juara
Piala FA 1-0 Darul Takzim FC Juara
Piala Presiden 2-1 Perak FA Juara [4]
Piala Malaysia 0-1 Pahang FA Naib Juara

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Musim Pemain Kategori
2013 Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi Pemain Paling Bernilai[5]
2013 Terengganu Mohd Nor Farhan Muhammad Penyerang Terbaik
2013 Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi Pemain Tengah Terbaik
2013 Kelantan Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Terbaik
2013 Kelantan Kelantan FA Kelab Penyokong Terbaik

Penaja[sunting | sunting sumber]

Liga

Tahun Penaja
2011–2014 Astro

Kit Peralatan / Pakaian

Tahun Penaja
2013 Warriors

Pasukan

Tahun Penaja
2013 Adabi
2013 Hotlink
2013 AzizanOsman.com
2010-2013 Sinar Harian
2013 trésenergy
2013 Syarikat Muda Osman
2012-2013 Mamee
2013 Desa Murni Batik
2013 Pure're Spritz
2013 Redbull Energy Drink
2013 Keropok Sira Cap Menara

Pegawai pasukan[sunting | sunting sumber]

Penasihat Malaysia Tan Sri Hj. Annuar Musa
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Nik Abdul Rahman

Pengurus Kelantan Wan Badri Wan Omar
Penolong pengurus Kelantan Hj Nik Omar
Ketua jurulatih Bulgaria Velizar Emilov Popov
Penolong jurulatih 1 Bosnia dan Herzegovina Richardo sviski
Penolong jurulatih 2 Malaysia Shamsul Rizwan
Jurulatih penjaga gol Malaysia Idris Rashlan @ Rasmadi Azlan
Jurulatih kecergasan England Rickie Vardy
Fisioterapis Malaysia Zainudin Zakaria
Pegawai Media Malaysia Zuki Deraman
Pegawai Keselamatan Malaysia Dato' Mohd Farek @ Fared bin Abdul Ghani
Masseur Malaysia Mohamad Naim Mohamad Sukri
Kitman / Peralatan Malaysia Harun Ismail

Pengurus Piala Presiden Malaysia Mohamad Yusri Ismail[6]
Jurulatih Piala Presiden Templat:Country data Kelanta Hashim Mustapha
Penolong jurulatih Piala Presiden Malaysia Mohd Nafuzi Mahamad Zain
Jurulatih penjaga gol Piala Presiden Sweden Redic John

Presiden

Tahun Presiden
2007-kini Kelantan Tan Sri Annuar Musa
2004-2007 Kelantan Haji Ahmad Jazlan Datuk Yaakub

Pengurus

Tahun Pengurus
2013- Kelantan Haji Azman Ibrahim
2013- Croatia Bojan Hodak
2009-2012 Kelantan Haji Azman Ibrahim[7]


Ketua Jurulatih

Tahun Ketua Jurulatih
Nov 2013-kini England Steve Darby
Mac 2012-Nov 2013 Croatia Bojan Hodak
Nov 2011-Feb 2012 England Peter James Butler

Senarai pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad semasa (2016)[sunting | sunting sumber]

Sehingga 26 June 2016
No. Posisi Pemain
1 Kelantan GK Mohd Shahrizan Ismail
2 Kelantan DF Faizol Nazlin Sayuti
3 Kelantan DF Tuan Muhamad Faim Tuan Zainal Abidin
4 Nigeria DF Obinna Nwaneri (Naib Kapten)
5 Kelantan DF Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim
6 Kelantan DF Mohd Farisham Ismail
7 Selangor DF Muhd Nazri Ahmad
8 Kelantan MF Wan Zaharulnizam Zakaria
9 Kelantan FW Ahmad Fakri Saarani
10 Liberia FW Francis Forkey Doe
11 Kelantan DF Mohammad Abdul Aziz Ismail
12 Kedah MF Mohammad Amar Rohidan
No. Posisi Pemain
13 Negeri Sembilan FW Ahmad Shakir Mohd Ali
14 Australia MF Brendan Gan
15 Mesir MF Mohamed Ali Abu El Yazid Shawky
16 Kelantan MF Mohd Badhri Mohd Radzi (Kapten)
17 Kelantan MF Tengku Hasbullah Raja Hassan
18 Kelantan MF Mohamad Khairul Izuan Rosli
19 Kelantan GK Khairul Fahmi Che Mat (Naib Kapten)
20 Kelantan GK Muhammad Ramadhan
21 Kelantan GK Muhammad Syazwan Yusoff
22 Malaysia FW Brendan Gan
23 Kelantan DF Indra Putra Mahayuddin
24 Kelantan DF Zairul Fitree Ishak

Perpindahan (2014)[sunting | sunting sumber]

Masuk[sunting | sunting sumber]

No. Posisi Pemain
2 Kelantan DF Faizol Nazlin Sayuti (dari Malaysia Piala Presiden Kelantan)
7 Selangor DF Muhd Nazri Ahmad (dari Malaysia JDT FC)
8 Kelantan MF Wan Zaharulnizam Zakaria (dari Malaysia Harimau Muda A)[8]
10 Liberia FW Francis Forkey Doe (dari Malaysia Selangor FA)
13 Negeri Sembilan FW Ahmad Shakir Mohd Ali (dari Malaysia Negeri Sembilan FA)
12 Kedah MF Mohammad Amar Rohidan (dari Malaysia Felda United FC)
No. Posisi Pemain
14 Australia MF Brendan Gan (dari Australia Rockdale City Suns)
15 Mesir MF Mohamed Ali Abu El Yazid Shawky (dari Iraq Al-Naft)
17 Kelantan MF Tengku Hasbullah Raja Hassan (dari Malaysia Kedah FA)
20 Kelantan FW Famirul Asyraf Sayuti (dari Malaysia Sime Darby FC)
22 Lubnan FW Mohammed Ghaddar (dari Malaysia Felda United FC)
23 Kelantan DF Mohamad Faiz Suhaimi (dari Malaysia Piala Presiden Kelantan)

Keluar[sunting | sunting sumber]

No. Posisi Pemain
2 Perlis DF Azizi Matt Rose (ke JDT FC)
3 Kuala Lumpur DF S. Subramaniam (ke JDT FC)
7 Terengganu MF Zairo Anuar Zalani (ke Terengganu FA)
8 Kelantan MF Mohd Shakir Shaari (ke JDT FC)
10 Terengganu MF Mohd Nor Farhan Muhammad (ke Terengganu FA)
12 Kelantan MF Mohd Izuan Solahudin (ke Sime Darby FC)
13 Kedah MF Mohd Faiz Subri (ke Terengganu FA)
14 Kelantan DF Mohamad Zamri Ramli (penggantungan FAM)
No. Posisi Pemain
15 Kelantan DF Mohd Daudsu Jamaluddin (ke JDT FC)
17 Kelantan DF Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid (ke Selangor FA)
20 Nigeria FW Dickson Nwakaeme (ke Pahang FA)
21 Kelantan GK Norhadi Ubaidillah (ke)
22 Terengganu FW Mohd Haris Safwan Mohd Kamal (ke Felda United FC)
23 Negeri Perak MF Indra Putra Mahayuddin (ke Felda United FC)
25 Negeri Perak MF K.Nanthakumar (ke Negeri Sembilan FA)

Pasukan Gabungan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sejarah Kelantan FA, Portal Rasmi KAFA
  2. ^ KAFA tubuh akademi bola sepak bawah 13, Utusan Malaysia, 18 Januari 2008.
  3. ^ Papan markah elektronik baru, Utusan Online 24 Sept 2012
  4. ^ Kelantan muncul juara Piala Presiden 2013, Sinar Harian, 13 Oktober 2013
  5. ^ Piya paling bernilai, Harian Metro, 1 Disember 2013
  6. ^ Piala Presiden: Kelantan Turun 90% Muka Baru, Kelate.net, 12 Disember 2012
  7. ^ Azman lepas jawatan pengurus Kelantan, Utusan Online 14 Nov 2012
  8. ^ 'Kecik' sah milik Kelantan, Utusan Malaysia, 25 November 2013

Pautan luar[sunting | sunting sumber]