Pahang FA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pahang FA
Nama penuhPersatuan Bola Sepak Pahang
GelaranTok Gajah
Diasaskan1959; 65 tahun yang lalu (1959)
StadiumStadium Darul Makmur,
Kuantan, Pahang
(Kapasiti: 45,000)
PresidenPahang YAM Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Haji Ahmad Shah
PengurusMalaysia Datuk Mohammed Suffian Awang
JurulatihMalaysia Dollah Salleh
LigaLiga Super Malaysia
2019Ke-2
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Kelab Bola Sepak Pahang atau dikenali sebagai Pahang Fa merupakan pasukan yang diuruskan dan mewakili pasukan bola sepak negeri Pahang. Pasukan ini berpangkalan di Kuantan. Mereka bermain di peringkat tertinggi Liga bola sepak Malaysia iaitu Liga Super Malaysia, selepas menjuarai Liga Super 2004 kemudian muncul Naib juara Liga Premier 2012 dan layak ke juara play-off Liga Super Malaysia 2013 menewaskan Kedah menerusi sepakan penalti 3-2 setelah terikat 2-2. Pasukan ini telah dijenamakan daripada Pahang FA kepada Pahang FC disebabkan oleh penswastaan pasukan tersebut kepada sebuah kelab bola sepak bermula 1 Januari 2016. Namun pada tahun 2017, mereka menarik balik penswastaan pasukan demi memastikan sokongan padu peminat Pahang dengan mengekalkan nama Pahang FA.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang atau dikenali Pahang FA ditubuhkan oleh Sultan Abu Bakar Mu'azzam Shah ibni al-Marhum Sultan Abdullah pada tahun 1959 untuk mewakili negeri Pahang di Piala HMS Beagle. Pada tahun berikutnya, persatuan itu bermula dengan persiapan ersaingan terhadap negeri lain sebelum mengambil bahagian buat kali pertama dalam Piala HMS Beagle. Pembinaan gelanggang rasmi mereka sekarang iaitu Stadium Darul Makmur, telah disempurnakan oleh Majlis Perbandaran Kuantan pada tahun 1970.

Diketuai oleh legenda Jamal Nasir, Pahang FA memenangi trofi pertama pada tahun 1983 apabila mereka memenangi Piala Malaysia, kejohanan paling berprestij di Malaysia selepas mengatasi Selangor FA dalam kejohanan itu, memecahkan status monopoli dua pasukan Selangor FA dan Singapura FA dan juga menjadi pasukan Pantai Timur yang pertama untuk memenanginya. Walau bagaimanapun, era yang paling berjaya adalah pada tahun 1990-an, apabila pauskan ini berjaya menjejakkan diri ke final Piala Malaysia 4 kali walaupun mereka hanya berjaya sekali pada tahun 1992. 1992 adalah tahun terbaik buat Pahang FA, apabila berjaya memenangi 2 kejohanan, Piala Malaysia dan Liga Semi-Pro. Pahang FA pada tahun itu dikenang sebagai Pasukan Impian apabila beberapa pemain berprofil tinggi memainkan peranan dalam kejayaan pasukan seperti Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Khairul Azman Mohamed, Abdul Mubin Mokhtar, Ahmad Yusof, legenda bola sepak Australia, Alan Edward Davidson dan legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad. Pahang berjaya mengalahkan Kedah FA di peringkat akhir untuk memenangi Piala Malaysia, terima kasih kepada jaringan terpantas dalam sejarah kejohanan Piala Malaysia oleh Zulhamizan Zakaria. Pahang FA juga merupakan pemenang pertama Liga M dalam format barunya iaitu Liga Super Malaysia pada tahun 2004.

Sebagai salah satu pasukan bola sepak yang paling berjaya di Malaysia dari 1980-2007, Pahang FA telah menghasilkan ramai pemain tempatan yang berbakat dari akademi seperti Khairul Azman Mohamed, salah seorang penjaga gol terbaik di Asia pada tahun 1990-an, penyerang prolifik , Azizul Kamaluddin, Mohd Fadzli Saari yang bermain di SV Wehen Wiesbaden di Jerman dan Juzaili Samion yang juga bermain untuk Divisyen 4 kelab FCSR Haguenau di Ligue 1 Perancis pada tahun 2000.

Pada tahun 2008, ramai pemain muda berbakat dari pasukan Shahzan Muda F.C. diserap ke Pahang FA. Pada tahun 2012, Pahang FA bermain di bahagian 2 Liga M, iaitu Liga Premier Malaysia. Semasa di Liga Premier, Pahang FA menunjukkan peningkatan yang baik pada musim 2012 kerana mereka layak ke suku akhir Piala Malaysia, dan pada tahun itu juga menjadi naib juara Liga Premier. Seterusnya layak bermain dalam pertandingan "play-off" untuk Liga Super. Pahang FA menewaskan Kedah FA di perlawanan akhir "play-off", memenangi promosi ke Liga Super 2013.

Pada tahun 2012, persatuan itu perlu bermain di Stadium Mini Temerloh sebagai tempat asal untuk pertama kalinya selepas Stadium Darul Makmur di bawah pengubahsuaian untuk organisasi Sukma 2012. Setahun kemudian, kelab itu kembali ke Kuantam untuk bermain semula di Stadium Darul Makmur yang baru diubahsuai. Juga pada tahun yang sama menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga. Dipimpin oleh kapten setia Jalaluddin Jaafar, mereka menamatkan kemarau piala selama 21 tahun. Dengan memenangi piala itu, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh mengangkat status mereka sebagai lagenda pasukan Pahang FA, kerana mereka berjaya memenanginya sebagai pemain dan jurulatih.


Stadium[sunting | sunting sumber]

Pasukan ini berpangkalan di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang. Kapasiti stadium ini ialah 45,000 dan juga mempunyai trek larian.

Pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad Utama[sunting | sunting sumber]

Sehingga 15 November 2021

Note: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Malaysia Helmi Eliza
2 DF Malaysia Ezanie Salleh
3 DF Perancis Herold Goulon
4 DF Malaysia Nicholas Swirad
5 DF Malaysia Jadid Ilias
6 FW Malaysia Malik Ariff
8 MF Ghana Yakubu Abu Bakar
9 FW Sudan Selatan Kenny Athiu
11 MF Malaysia Shahrul Aizad
12 MF Malaysia Baqiuddin Shamsudin
13 DF Malaysia Ashar Al Aafiz Abdullah
14 FW Myanmar Aung Kaung Mann
16 MF Malaysia Hazri Rozali
17 MF Malaysia Zuhair Aizat
18 GK Malaysia Danial Wafiuddin Sadun
19 MF Malaysia Shahrul Nizam Nadzir
20 MF Malaysia Azam Azih
No. Pos. Negara Pemain
21 FW Malaysia Faizal Rani
22 DF Malaysia Fazly Mazlan (loan daripada Johor Darul Ta'zim)
23 FW Malaysia Izzat Awang
24 DF Malaysia Muslim Ahmad ( kapten )
25 FW Malaysia Hafiz Ramdan
27 MF Malaysia Arisazri Juhari
29 MF Malaysia Faisal Rosli
31 GK Malaysia Zarif Irfan
33 DF Malaysia Hasnul Zaim
34 DF Malaysia Akmal Afnan
35 FW Malaysia Syaahir Saiful
36 MF Malaysia Nasyrullah Zaki
37 MF Malaysia Zazrir Naim
88 MF Argentina Manuel Hidalgo

Pemilikan dan Penajaan Kewangan[sunting | sunting sumber]

Penajaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Pengeluar Kit Penaja Utama Penaja Lain
1989–1990 Jerman Schwarzenbach United KingdomDunhill MalaysiaGenting[pautan mati kekal]
1991 Jerman Puma
1992–1998 Itali Diadora
1999–2000 Jepun Mikasa
2001–2003 Itali Kronos
2004–2005 Jerman Adidas
2006–2007 MalaysiaTM
2008 Denmark Hummel
2009-2010 Itali Lotto
2011 Malaysia the ZON Hotel[pautan mati kekal]
2012 Malaysia Resorts World Genting Malaysia Aras Kuasa
2013 Australia Stobi Amerika Syarikat Chili's
2014–2016 Jerman Puma Malaysia Aras Kuasa Malaysia Resorts World Genting
2017 Jerman Jako
Julai 2017–2018 ItaliKorea SelatanFILA
2019–2020 United KingdomUmbro Malaysia

Football Republic[pautan mati kekal]

Organisasi Pasukan[sunting | sunting sumber]

Staff Kejurulatihan[sunting | sunting sumber]

Jawatan Nama
Presiden Pahang Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Haji Ahmad Shah
Timbalan Presiden Malaysia Dato' Sri Muhammad Safian Ismail
Pengurus Malaysia Datuk Mohammed Suffian Awang
Pembantu Pengurus Malaysia Datuk Che Nasir Salleh
Ketua Jurulatih Malaysia Dollah Salleh
Pembantu Ketua Jurulatih Malaysia Ahmad Yusof
Jurulatih Malaysia Jalaluddin Jaafar
Malaysia Shahrulnizam Sahat
Jurulatih Penjaga Gol Malaysia Muadzar Mohamad
Jurulatih Kecergasan Malaysia Mohd Hafiz Tajudin
Malaysia Abdul Rahim Kadir Ku Jambu
Doktor Pasukan Malaysia Shah Rezal
Fisioterapi Malaysia Adam Zuhairy Zafri
Pegawai Hal Keselamatan Malaysia Muhammaf Keny
Kitman Malaysia Abdul Razak B Akil
Malaysia Suffian Sulaiman
Pengurus U21 Malaysia Jalaluddin Mohd Deli
Jurulatih U21 Malaysia Tajuddin Nor
Pembantu Jurulatih U21 Malaysia Mohd Shahrizan Salleh
Jurulatih Penjaga Gol U21 Malaysia Abdul Samad Mat Salleh
Jurulatih Kecergasan U21 Malaysia Mohd Kaizai Zainuddin
Fisioterapi U21 Malaysia Muhd Hidayah Edenan
Pengurus U19 Malaysia Abdul Razab Wahab
Jurulatih U19 Malaysia Rusly Ghazali
Pembantu Jurulatih U19 Malaysia Ali Tahar
Jurulatih Penjaga Gol U19 Malaysia Zakaria Abu Bakar
Jurulatih Kecergasan U19 Malaysia Kow Hok Nam
Fisioterapi U19 Malaysia Nazila binti Mohd Nadzir

Pengurus[sunting | sunting sumber]

Tahun Pengurus
1999 Malaysia Talib Sulaiman
2000–2003 Malaysia Datuk Jamal Nasir Abdul Nasir Ismail
2004–2005 Malaysia Dato' Shahiruddin Abdul Moin
2006–2007 Malaysia Zainal Abidin Hassan
2008 Malaysia Dato' Omar Othman
2009–2017 Malaysia Datuk Che Nasir Salleh
2018–kini Malaysia Datuk Mohammed Suffian Awang

Jurulatih[sunting | sunting sumber]

Tahun Jurulatih
1994–1996 Malaysia Ahmad Yunus Mohd Alif
1997–1998 Denmark Jorgen Erik Larsen
1999 Australia Alan Davidson
1999–2000 Malaysia Fuzzeimi Ibrahim
2001–2002 Malaysia Ahmad Yunus Mohd Alif
2003 Brazil Ralf Borges Ferreira
2004 Malaysia Ahmad Yunus Mohd Alif
2005–2006 Malaysia Zainal Abidin Hassan
2007 Malaysia Hj. Ahmad Yusof
2008 Malaysia Zainal Abidin Hassan
2009 Malaysia Tajuddin Noor
2010–2013 Malaysia Dollah Salleh
Disember 2013 – Mac 2014 England Ron Smith
Mac 2014 – Disember 2015 Malaysia Zainal Abidin Hassan
Disember 2015 – Mac 2016 Malaysia Ahmad Shaharuddin Rosdi
Mac 2016— Disember 2016 Malaysia Razip Ismail
Disember 2016 — Malaysia Dollah Salleh


Rekod Pasukan[sunting | sunting sumber]

Sehingga 27 Disember 2019

Nota:

  • P = Perlawanan, M = Menang, S = Seri, K = Kalah, J = Jaringan, B = Bolos, Mt= Mata, Ked = Kedudukan

      1 atau Juara       Ke-2 atau Naib-juara       Ke-3       Promosi       Tersingkir

Tahun Liga Piala Asia
Divisyen P M S K J B Mt Ked Sumbangsih Malaysia FA Piala AFC
2004 Liga Super 21 14 5 2 48 29 47 1  – Separuh-Akhir Separuh-Akhir  –
2005 Liga Super 21 10 5 6 37 29 35 Ke-2  – Suku-Akhir Pusingan 1 Peringkat Kumpulan
2005–06 Liga Super 21 7 6 8 21 24 27 Ke-7  – Peringkat Kumpulan Juara  –
2006–07 Liga Super 24 7 6 11 32 41 27 Ke-9  – Peringkat Kumpulan Pusingan 2 Peringkat Kumpulan
2007–08 Liga Super 24 8 6 10 26 31 30 Ke-8  – Peringkat Kumpulan Separuh-Akhir  –
2009 Liga Super 26 5 2 19 32 63 17 Ke-13  – Peringkat Kumpulan Pusingan 1  –
2010 Liga Super 26 10 3 13 31 50 33 Ke-8  – Suku-Akhir Pusingan 1  –
2011 Liga Super 26 5 7 14 19 36 22 Ke-13  – Pusingan Kelayakan Separuh-Akhir  –
2012 Liga Premier 22 14 4 4 60 29 46 Ke-2  – Suku-Akhir Pusingan 2  –
2013 Liga Super 22 10 5 7 36 32 35 Ke-5  – Juara Separuh-Akhir  –
2014 Liga Super 22 11 4 7 36 30 37 Ke-3 Juara Juara Juara  –
2015 Liga Super 22 13 5 4 43 29 38[a] Ke-3 Naib-juara Separuh-Akhir Separuh-Akhir Suku-Akhir
2016 Liga Super 22 6 6 10 25 40 24[b] Ke-9  – Peringkat Kumpulan Pusingan 3  –
2017 Liga Super 22 12 4 6 44 26 40 Ke-2  – Suku-Akhir Naib-juara  –
2018 Liga Super 22 9 7 6 35 21 34 Ke-4  – Suku-Akhir Juara  –
2019 Liga Super 22 12 7 3 37 21 43 Ke-2  – Separuh-Akhir Separuh-Akhir  –

Sumber:[1][2]

  1. ^ Pahang dipotong 6 mata kerana gagal melunaskan pembayaran gaji pemain import tahun 2013, Mohamed Borji.
  2. ^ Pahang dihadiahkan 3 mata percuma oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas Kedah menurunkan pemain yang digantung semasa perlawanan membabitkan Pahang pada 3 Ogos 2016.

Ranking Kelab AFC[sunting | sunting sumber]

Sehingga 2 Julai 2017 [3]
Ranking Semasa Pasukan Mata
94 Malaysia Selangor FA 9.951
95 Myanmar Ayeyawady United 9.878
96 Iraq Naft Al-Wasat 9.704
97 Oman Al-Suwaiq 9.643
98 Malaysia Pahang FA 9.617

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Domestik[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Juara Naib Juara
Divisyen 1 : Liga Malaysia / Liga Semi-Pro Divisyen I / Liga Perdana / Liga Perdana 1 / Liga Super
1987, 1992, 1995, 1999, 2004 (5x)
1984,1991,1998, 2005
Divisyen 2 : Liga Semi-Pro Divisyen II / Liga Perdana 2 / Liga Premier
2012
Piala Malaysia
1983, 1992 ,2013, 2014 (4x)
1984, 1994, 1995, 1997
Piala FA Malaysia
2018, 2014, 2006 (3x)
1995, 2017
Piala Sumbangsih
1992, 1993, 2014 (3)
1985, 1988, 1995, 2007, 2015

Belia[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Juara Naib Juara
Piala Presiden
2002, 2014

Bekas Pemain Luar[sunting | sunting sumber]

Asia (AFC)

Afrika (CAF)

Eropah (UEFA)

Amerika Utara (CONCACAF)

Amerika Selatan (CONMEBOL)

Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)

Persatuan yang menyelia[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Summary - Liga Super - Malaysia - Results, fixtures, tables and news - Soccerway".
  2. ^ "Malaysia 2016".
  3. ^ http://globalfootballranks.com/en/Continent-Teams-Ranking/3