Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hairul Sofian
Kelahiran
Hairulfaizalizwan bin Ahmad Sofian

1982 (umur 41–42)
PendidikanIjazah Jurusan Multimedia
Pusat pendidikanUniversiti Utara Malaysia (UUM)
PekerjaanJuruanimasi, usahawan
Tahun aktif2008–kini
Karya terkenal
  • Didi & Friends
  • Omar & Hana, Didi & Friends Resque Squad, Didi & Friends Junior, Didi & Friends The Movie

Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian ialah seorang usahawan animasi dan juruanimasi Malaysia. Beliau ialah pengasas dan ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat animasi Malaysia, Warnakala Studios. Beliau juga ialah pengasas bersama sebuah syarikat animasi Malaysia, Digital Durian.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Hairulfaizalizwan dibesarkan di Kuala Terengganu dan bapa beliau adalah seorang pendidik.[1] Beliau merupakan seorang graduan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam jurusan Multimedia. Pada tahun 2011, beliau berkahwin dengan gadis pilihannya yang merupakan seorang graduan dari Universiti Multimedia (MMU) yang mempunyai kelulusan dalam Filem & Animasi. Isterinya banyak membantu karier beliau dalam industri yang diceburinya kerana mempunyai kelayakan dan minat yang sama.[perlu rujukan]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, Hairulfaizalizwan bersama-sama Sinan Ismail telah menubuhkan Digital Durian yang pada mulanya hanya memfokuskan kepada perkhidmatan multimedia seperti kandungan e-pembelajaran, video multimedia, animasi 3D untuk industri korporat dan sebagainya.

Kemudian, mereka menerokai pasaran perniagaan kepada pengguna dengan Durian Kahwin, platform dagangan perkahwinan sehenti untuk kad jemputan dan cenderamata yang diberi nama Style Weddings.

Namun, mereka menyedari bahawa ini bukan minat mereka. Pada tahun 2012, Digital Durian dianugerahkan geran RM50,000 selepas mengambil bahagian dalam Cabaran Pencipta Harta Intelek (IPCC) anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Didi & Friends The Science Explorers terpilih sebagai pemenang.[2]

Selepas 13 tahun berkhidmat di Digital Durian, kini Hairulfaizalizwan telah meninggalkan syarikat tersebut dan menubuhkan Warnakala Studios pada April 2021. Syarikat ini memperoleh hak pemilikan Didi & Friends sepenuhnya daripada Digital Durian[3] secara sah mengikut undang-undang serta persetujuan yang dipersetujui bersama.

Kini Hairul adalah CEO(Chief Executive Officer) dan pengasas Warnakala Studios, Penerbit Eksekutif Movie Didi & Friends The Movie, Penerbit Eksekutif siri-siri animasi Didi & Friends dan juga Presiden kampus Kreatif.

Warnakala Studios[sunting | sunting sumber]

Pada April 2021, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat animasi baharu yang dikenali sebagai Warnakala Studios yang kini menjadi pemilik rasmi Didi & Friends.

Di bawah penyeliaan Warnakala Studios, siri animasi Didi & Friends telah menghasilkan karya baharu iaitu Didi & Friends Junior, Didi & Friends Rescue Squad dan banyak lagi pada masa akan datang.

Pencapaian yang dicapai sepanjang 2021 hingga 2023 adalah pasukan daripada Warnakala Studios telah berjaya menyiapkan Didi & Friends The Movie yang telah ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan pada bulan Februari 2023 yang lalu.

Tidak dilupakan juga pengalaman berharga dapat bekerjasama dengan pihak MPO dalam menghasilkan musik didalam filem dan persembahan okestra yang telah berlangsung pada tahun 2022 yang lalu.[perlu rujukan]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Orkestra[sunting | sunting sumber]

  • Didi & Friends bersama MPO: Mana Bingo (22 Oktober 2022)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Di sebalik Didi & Friends". Utusan Malaysia. 27 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2017. Dicapai pada 4 April 2018.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Winning the hearts tidak disediakan
  3. ^ Izwan Isa (14 Disember 2021). Didi & Friends Kini Diterajui Oleh Warnakala Studios Astro Gempak. Dicapai pada 1 Oktober 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]