Halimun
Penampilan
| Halimun | |
|---|---|
| Pengarah | Muzzamer Rahman |
| Penulis | Muzammer Rahman |
| Dihasilkan oleh | Mimi Azura Tajuddin |
| Dibintangi | |
| Muzik oleh | Amylea Azizan |
Syarikat penerbitan | Azura Pictures |
Tarikh tayangan | 5 November 2022 (Malaysia) |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
Filem Halimun merupakan filem seram Malaysia 2022 yang bakal temui penonton di Astro First bermula 5 November 2022. Filem Halimun membariskan pelakon seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim dan Puteri Balqis. Filem ini diarahkan oleh Muzzamer Rahman dan beliau juga merupakan penulis skrip, idea asal bagi Halimun.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Halimun yang juga bermaksud “Kabus” mengisahkan tentang dugaan misteri yang dihadapi oleh Zahir (Beto Kusyairy) dan Laila (Nabila Huda) setelah 4 bulan mereka mendirikan rumah tangga. Oleh kerana masalah yang dihadapi berkaitan dengan hal ghaib, Zahir terpaksa meminta bantuan kawan lamanya – Adi (Kodi Rasheed), seorang pengkaji perubatan tradisional yang mempunyai kebolehan merawat perkara ghaib.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Beto Kusyairy sebagai Zahir
- Nabila Huda sebagai Laila
- Kodi Rasheed sebagai Adi
- Chubb-E sebagai Ashif
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Harun Hashim sebagai Dato' Ismail
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Puteri Balqis sebagai Laila (9 tahun)
- Hafidzuddin Fazil sebagai Professor Sulaiman
- Lim Mei Fen sebagai sebagai Cindy