Beto Kusyairy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Beto Kusyairy
Beto Khusairy CEO.jpg
Beto sebagai Suffian di dalam filem CEO (2014).
Kelahiran Nurkusyairy Zakuan bin Osman
(1980-02-19) 19 Februari 1980 (umur 38)
Kuala Lumpur, Malaysia
Pendidikan Diploma Perhotelan
Pusat pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2001–kini
Pasangan Tisha Shahar

Beto Kusyairy (lahir Nurkusyairy Zakuan bin Osman; 19 Februari 1980) ialah pelakon lelaki Malaysia. Beto memulakan kerjaya hiburan sebagai maskot untuk rancangan televisyen pendidikan RTM, Along sebelum membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Syaitan pada 2007.

Beliau kemudian mencapai kejayaan komersial menerusi beberapa filem terkenal termasuk KAMI The Movie (2008), Nur Kasih The Movie (2011), Istanbul Aku Datang! (2012), dan Gila Baby (2014). Selain itu, beliau telah membintangi beberapa drama TV termasuk Kekasihku Seru (2008), Juvana (2011), Jangan Ambil Padang Kami (2012), dan Hanya Padamu (2013).

Menerusi persembahannya dalam Gila Baby, Beto telah memenangi Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2015 dan Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2015.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau memiliki kelulusan Diploma Perhotelan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Dalam satu temuramah bersama Berita Harian, Beto bercakap mengenai asal-usul nama pentas beliau:

“Ketika terbabit dalam filem Syaitan, saya gunakan nama Kusyairy. Kebetulan Rosyam juga berlakon dalam filem itu, jadi apabila dia tengok saya hanya pakai nama Kusyairy, dia mencadangkan supaya saya gunakan dua nama sepertinya. Kata Rosyam, kebanyakan pelakon menggunakan dua nama, manakala satu nama pula selalunya digunakan oleh penyanyi.

“Kata-kata itu saya pegang. Saya pula malas hendak fikir panjang. Kebetulan, sewaktu di sekolah saya ada kumpulan. Dalam kumpulan itu, kami ada nama panggilan masing-masing. Nama kami diambil daripada sebuah drama Mexico yang berkisar mengenai persahabatan. Nama yang tinggal waktu itu hanyalah Beto, jadi teman rapat memanggil saya dengan nama itu. Jadi saya pun gunakan nama berkenaan sebagai nama cari makan.".

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Walaupun tidak sepopular pelakon lelaki lain ketika itu, namun Beto selesa dengan keadaannya kini dan mengakui populariti bukanlah satu keutamaan baginya. Beto amat memilih watak dan jalan cerita dalam setiap drama atau filem yang ditawarkan kepadanya kerana baginya watak dan cerita yang dibawakannya itu perlulah berbentuk ilmiah serta memberi pengajaran dan memberi kesan kepada penonton.

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Beto terlebih dahulu membina nama sebagai maskot Along untuk siri televisyen pendidikan kanak-kanak, Along terbitan 59 Communications yang disiarkan di TV1 pada 2001, ia menjadi langkah awalnya untuk menceburi dunia seni hiburan negara.[1]

Drama arahan Erma Fatima menjadi titik tolak permulaan Beto Kusyairy untuk serius berlakon, walaupun watak sampingan sebelum berlakon dalam filem Syaitan arahan Bade Hj. Azmi. Beliau bertuah kerana Kabir Bhatia memberi peluang untuk beliau berlakon dalam Kekasihku Seru dan Juvana. Beliau menjadi pelakon utama bersama Syazwan Zulkifli, Izreen Azminda, Elfira Loy, Naim Daniel, Shera Aiyob dan Izzue Islam dalam siri drama Astro Ria Jangan Ambil Padang Kami yang mengisahkan perjuangan dan pengembaraan hidup 7 orang kanak-kanak untuk menyelamatkan sebuah padang bola di kawasan flat mereka daripada dibangunkan oleh peneroka.

Pada 2012, beliau membintangi peranan utama dalam filem Istanbul Aku Datang! arahan Bernard Chauly terbitan Red Communications, yang mana beliau memegang watak sebagai Harris. Filem ini turut dibintangi oleh Tomok dan Lisa Surihani, dan ditayangkan pada 8 Disember 2012, dengan sebahagian penggambaran difilemkan di Istanbul, Turki.[2][3][4]

Beliau muncul dalam telefilem Qadr arahan Faisal Ishak lakonan bersama Zahiril Adzim yang mengisahkan tentang peluang kedua yang diberikan oleh Tuhan kepada Hambanya selepas dilanda kesakitan. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di Astro First Eksklusif pada Februari 2014.[5] Pada 12 Jun 2014, Beto memegang watak sebagai Suffian, seorang penghantar pizza lepasan UiTM dalam filem drama komedi CEO arahan Razaisyam Rasyid, filem ini turut dibintangi oleh Cristina Suzanne dan Remy Ishak.[6] Kemalia Othman dari mStar Online berkata: "...Beto (Kusyairy) tidak mahu kalah dengan watak bersahajanya juga mampu membuatkan penonton tergelak dan menanti kemunculannya sehingga tamat".[7]

Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Fattah menjayakan peranan utama dalam filem biopik sejarah Mat Kilau yang mengisahkan tentang perjuangan pahlawan Melayu terkenal, Mat Kilau. Biopik Mat Kilau turut dijayakan oleh Ady Putra, Fattah Amin, Johan As'ari, Farid Amirul, A. Galak, Yayan Ruhiyan, Nadiya Nisaa dan bintang baru, Ali Karimie.[8][9]

Beto merupakan salah seorang pelakon yang menjayakan drama online KL Gangster: Underworld arahan bersama Syafiq Yusof dan Faisal Ishak termasuk Azhan Rani, Nabila Huda, Zahiril Adzim, Ezzaty Abdullah dan lain-lain lagi. KL Gangster: Underworld yang merupakan rendisi daripada trilogi KL Gangster karya Syamsul Yusof memulakan siaran di iflix pada 16 Ogos 2018; Nabila memegang watak sebagai Shameen.[10][11]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2006 Bilut Bade Hj. Azmi Stuntdouble
Cicakman Yusry Abdul Halim Stuntdouble
2007 Syaitan Mahmud Bade Hj. Azmi Filem pertama
2008 KAMI The Movie Haron Effendee/Fariza Azlina
2011 Sini Ada Hantu Farid James Lee
Nur Kasih The Movie Ustaz Wahid Kabir Bhatia
Jalan Pintas Boss Nam Ron
2012 Sesuatu Yang Tertinggal Fakri Asrul Hisham Ahmad
Chow Kit Mojo Rosihan Zain
Brando Lee
Jiwa Taiko Agos Osman Ali
Istanbul Aku Datang! Harris Bernard Chauly
2014 CEO Sufian Razaisyam Rashid
Dollah Superstar Dirinya sendiri Kabir Bhatia Kemunculan khas
Gila Baby Bob Kabir Bhatia
2015 Bravo 5 Trooper Karim Yeop Hitler
2017 Balun[12] Hassan Bob Singah
Bisik Pada Langit Zaidi Kabir Bhatia
2019 Mat Kilau Filem/drama yang belum dikeluarkan Wahid Syamsul Yusof Pos-produksi
TBA 300 Nautika Filem/drama yang belum dikeluarkan Pos-produksi

Filem pendek[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2014 Hujan Panas
Sangkar
Cerita Satu Malam
2015 Nadia Jarr
PUTUS Koperal Ezir Kicapi Production Sdn Bhd
PetronasRaya 2015: Sampai Hati Petronas
2016 Buku Ayah
Erti Kasih Pintu Pictures Sdn Bhd
Bunga Bangsa InPGroup Sdn Berhad

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2007 Lima Zahim Astro Ria
2008 Kekasihku Seru Dr Hakim TV3
Bilik No 13: Musim 2 Muzakir TV2
2009 Warkah Terakhir: Rosli Dhoby Rosli Dhoby Astro Citra 8 Episod
10: Mokhtar Dahari Ridzuan
Lembing & Layang: Senoi Praaq
Mencari Nur Khadijah Adib TV1
2010 Dunia Baru Reunion Darius Gua.com.my
K.I.T.A Astro Ria
Pusaka TV2
Apa Dosaku: Sybil Kathigasu Mat Yunus Astro Citra
Dendam Kesuma: Tun Fatimah
Putra Pura
2011 Geng Surau Razif/Mayat Astro Oasis
Juvana Ariffin TV3
Cita & Cinta Fiq TV9
Wasiat Sofiyan Abdullah Astro Prima
2012 Pelangi Kasih Zafrul TV3
Jangan Ambil Padang Kami Zain Astro Ria
Sirrun Zaid TV9
2013 Hanya Pada Mu Tuan Amran TV3
2014 Roboh Ahsan TV2
PLAN B King TV3
Kifarah: Man Kedekut Man
Kifarah: Panjang Tangan
2015 Sayap Jibril Khairul Astro Oasis Penampilan khas
2016 Tanah Kubur Musim ke-15 Episod: "Aniaya Yatim"
Kisah Tok Kadi Musim 1 Ustaz/Tok Kadi Shahrul MediaCorp Suria
2018 Kisah Tok Kadi Musim 2
KL Gangster: Underworld Shah Iflix 6 Episod
2019 Sembil9n Dramas that have not yet been released Azim Astro First Eksklusif Akan Datang

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Tersasar di Jalanmu Kawan Jai II TV1
2009 6 Sharifah Astro Ria
2010 Manggah Runggah TV1
Bila Merpati Terbang Malam Inspektor Suffian TV2
2011 Misteri Gua Musang
Rel Waktu Pak Ghani TV2
Uri Rahmat/Johnny Astro Box Office
Kashaf Imani Kashaf Astro Ria
Lari Sayang Lari
Sesungguhnya Anuar
Takbur Seorang Isteri Zukri TV9
Pencari Jalan Lurus Mustaqim TV AlHijrah
Ibu Mak Mama Mummy Ummi
Pasukan Gerak Cepat
2012 Selagi Cinta Berzikir Fazli TV1
Runtuhnnya Sebuah Dosa Daniel TV3
Selagi Masih Ada Harith Astro Citra
Janji Jujur Sepi Danny TV9
Aku Mahu Terbang Cikgu Alif TV3
Aku, Dia dan Tong Sampah Amir Haikal TV9
Jujur Aku Dayus Edree TV3
Kampung Semarah Padi Kassim TV1
2013 Aku Bukan Malaikat TV3
Arman Arman
Bayangan Rindu Kiew Astro Box Office
Qadr Muhammad Astro First Eksklusif
Darjat Tembok Batu Zaki TV1
2014 Nota Untuk Sang Awan Arman TV2
Hitam Hitam TV3
Sekali Sayang Jamal
Kakak
Kasih Ayah Hakim TV AlHijrah
P.I - Private Investigator Sam TV3
Jahil Amal Astro Oasis
2015 Dr. Rushdi TV2
Hantu BlueRey Zizan Astro Ria
Aku, Dia dan Tong Gas Amir Haikal TV9
3 Nota Kopak Astro Maya HD
Lara Perindu Mat Di @ Mursyidi Ramli
Ada Sejadah Panjang Terbentang Taufik TV9
Ramadan Berteduh Syawal Khairol TV3
2016 Bidadari Nathuwi Astro Mustika HD
Jam Aju Tanpa Jarum Amran TV2
Mencari Kaamatan di Gombunan Rashid TV1
Kembali Kepada Fitrah Hisyam TV2
Dengan Nama Allah Halim Astro Ria
Sirat Al-Mustaqeem Raden Astro Maya HD
2017 Azam Yang Terlampau Amri TV2
Burung Kertas TV2
Muliakah Aku Zaidi TV9
Playboy di Mindarku Fahmi
13 Tiang Cinta Naim TVi
Dan Aku Jatuh Cinta Astro Mustika HD
Aku, Mawar dan Makhluk Asing Bart
Kita Bukan Anjing Kiman
Gadis Kosmos Bart
2018 Esok Untuk Kita Hisyam ntv7
Terlakur Cinta Suci TV3

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2010 Pementasan Projek KOKEN: TANDA

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2001 Along TV1 Maskot

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 Artis Baru Lelaki Popular Dicalonkan
Artis Lelaki Paling Popular Online Dicalonkan
2012 Anugerah Skrin Pelakon Lelaki Terbaik Filem "(Chow Kit)"[13] Dicalonkan
Anugerah P. Ramlee Pelakon Lelaki Terbaik "(Selagi Cinta Berzikir)" Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon TV Lelaki Popular Dicalonkan
Pelakon Filem Lelaki Popular Dicalonkan
Gandingan di Layar Serasi "(dengan Siti Saleha)" Dicalonkan
Gandingan di Layar Serasi "(dengan Lisa Surihani)" Dicalonkan
Artis Lelaki Stailo Dicalonkan
2015
Anugerah Lawak Warna Astro Pelakon Komedi Lelaki Terbaik Filem (Gila Baby) Menang
Anugerah Skrin Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Gila Baby) Menang
Anugerah Skrin Pelakon Lelaki Terbaik Drama (Ada Sejadah Panjang

Terbentang)

Dicalonkan
2017
Pesta Perdana 2017 (Singapura) Pelakon Lelaki Terbaik (Kisah Tok Kadi) Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Lelaki Popular Dicalonkan
Pasangan Serasi Filem (bersama Izara Aishah) Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Beto Kusyairy kongsi rahsia jadi maskot rancangan Along". mStar Online. 12 Jun 2013. Dicapai 30 Julai 2018. 
  2. ^ Beto Kusyairy Hentikan Trafik Di Istanbul, Nafi Hubungan Dengan Sharifah Amani. ohbulan!. Oktober 25, 2012.
  3. ^ Istanbul Aku Datang Buka Jalan Baru Untuk Beto Kusyairy.gua. Oktober 27, 2012.
  4. ^ Istanbul Aku Datang Kutip RM1.8juta Di Pawagam. gua. November 16, 2012.
  5. ^ Ajami Hussain (17 Februari 2014). Qadr, kisah peluang kedua selepas kesakitan Astro Awani. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  6. ^ "CEO cerita korporat Melayu". Utusan Malaysia. 5 Jun 2014. Dicapai 2014-09-18. 
  7. ^ "CEO Papar Komedi Ringan Bersahaja". mSTAR Online. 11 Jun 2014. Dicapai 2014-09-18. 
  8. ^ "'Mat Kilau' angkat industri filem negara ke tahap lebih tinggi". Ismaweb. 29 Mac 2018. Dicapai 20 April 2018. 
  9. ^ Florey DM (3 April 2018). ""Mat Kilau" will be more than just a martial arts movie". Yahoo! News. Dicapai 20 April 2018. 
  10. ^ "'KL Gangster' series in the works for iflix's 2018 original programme slate". The Malay Mail. 6 Disember 2017. Dicapai 12 Mac 2018. 
  11. ^ Zaidi Che (16 Ogos 2018). "KL GANGSTER UNDERWORLD: BETO KUSYAIRY & EZZATY ABDULLAH SEBAGAI PEMERAN UTAMA". Stail.my. Dicapai 18 Ogos 2018. 
  12. ^ “Saya Berlakon Kerana Saya Pemalu” – Beto Kusyairy Oh! Bulan (3 Oktober 2012). Dicapai pada 3 Oktober 2012.
  13. ^ Di Telapak Kaki Bonda & Bunohan Ungguli Anugerah Skrin 2012. gua. November 10, 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]