Pergi ke kandungan

Harun Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Harun Hashim
هارون هاشم
Kelahiran
Harun bin Hashim

1956 (umur 69–70)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1976–kini
Karya
Filemografi
PasanganSakinah Ganjali (meninggal dunia)

Harun Hashim (lahir 1956) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang dikenali menerusi lakonannya dalam TV, filem dan teater.[1][2]

Meskipun keputusannya untuk menjadi pelakon tidak direstui oleh bapanya, Harun Hashim tetap mahu mengejar impiannya dalam bidang lakonan. Harun memulakan kerjaya lakonan pada 1976 dan diperkenalkan menerusi drama hitam putih, Potret Pekerti terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1978.[3][4] Beliau paling dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Cikgu Shahrin dalam telefilem Pa'e lakonan Shaheizy Sam dan Bell Ngasri yang disiarkan di TV3 pada 1998.[5] Pada tahun 2004, beliau bersara seketika daripada kerjaya lakonan sebelum kembali aktif pada 2014.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Isteri beliau, Sakinah Ganjali meninggal dunia pada 21 November 2024 akibat kanser payudara tahap empat pada usia 48 tahun.[6]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima / Karya tercalon Keputusan
2001 Anugerah Skrin 2001 Aktor Terbaik Villa Murni Tercalon
2006 Anugerah Seri Angkasa 2006 Pelakon Lelaki TV Terbaik Bila Tsunami Melanda Tercalon
  1. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (5 Februari 2018). "12 tahun orang kata saya gila - Harun Hashim". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2018. Dicapai pada 30 Oktober 2018.
  2. ^ Mohammad
Al Faizal Abdul Karim (15 Oktober 2023). "Dihalau keluar rumah sebab mahu jadi pelakon". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Oktober 2023.
  3. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (27 Julai 2023). "Diuji tekanan mental, Harun pernah tinggal dalam kebun sehelai sepinggang". Berita Harian. Dicapai pada 17 Oktober 2023.
  4. ^ "Pelakon veteran M'sia Harun Hashim pernah 'larikan diri' ekoran isu mental". Berita Harian Singapura. 28 Julai 2023. Dicapai pada 16 Oktober 2023.
  5. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (26 Julai 2023). "Harun bangga 'anak murid' raih Bintang Paling Popular". Berita Harian. Dicapai pada 16 Oktober 2023.
  6. ^ Allya Abu Bakar (21 November 2024). "Isteri pelakon Harun Hashim meninggal dunia akibat kanser payudara". mStar Online. Dicapai pada 29 November 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]