Hamza Yusuf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sheikh Hamza Yusuf
Hamza Yusuf 2010 Doha.jpg
Hamza Yusuf menghadiri Persidangan Pendidikan Akademi Doha di Qatar, 2010.
KelahiranMark Hanson
1960 (umur 58–59)
Walla Walla, Washington, Amerika Syarikat
Pekerjaansarjana Islam
PasanganLiliana (Umm Yahya) Hanson
Laman webZaytuna College

Sheikh Hamzah Yusuf Hanson ialah seorang ulama, muallaf, guru, dan salah seorang pengasas Kolej Zaytuna di Berkeley, California, Amerika Syarikat. Beliau ialah warganegara Amerika yang memeluk Islam, dan merupakan salah seorang penandatangan A Common Word Between Us and You (Persefahaman Antara Kami dan Anda), sepucuk surat terbuka daripada para ulama Islam kepada para pemimpin Kristian, yang menyeru keamanan dan kesefahaman.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Hamza Yusuf dilahirkan di Washington State dan membesar di California Utara. Kedua-dua ibu bapa beliau ialah ahli akademik. Pada tahun 1977, beliau memeluk agama Islam dan kemudian merantau ke dunia Muslim untuk menuntut ilmu selama 10 tahun di UAE, Arab Saudi, serta Afrika Utara dan Barat [2] Perantauan beliau ke Mauritania, Medina, Algeria, dan Morocco memberi peluang kepada beliau untuk menimba ilmu daripada para sarjana seperti Murabit al Haaj; Baya bin Salik, ketua mahkamah Islam di Al-'Ain, UAE; Muhammad Shaybani, mufti Abu Dhabi; Hamad al-Wali; dan Muhammad al-Fatrati dari Universiti Al-Azhar di Mesir.[petikan diperlukan] Setelah lebih sedekad merantau, beliau pulang ke Amerika dan mendapat ijazah dalam kejururawatan dari Imperial Valley College, serta dalam pengajian agama dari San José State University.

Hamza Yusuf merupakan salah seorang pengasas Zaytuna College, yang bertempat di Berkeley, California. Beliau ialah penasihat untuk Program Pengajian Islam di Stanford University, dan penasihat untuk Pusat Pengajian Islam di Graduate Theological Union, Berkeley.[petikan diperlukan] Beliau juga berkhidmat sebagai ahli lembaga penasihat bagi George Russell dalam One Nation (USA), sebuah inisiatif kedermawanan nasional yang mempromosikan pluralisme dan inklusi di Amerika. Selain itu, beliau bertugas sebagai naib presiden untuk Pusat Bimbingan dan Pembaharuan Global, yang didirikan dan dipimpin oleh [Abdallah Bin Bayyah]], salah seorang ahli perundangan terkemuka dan pakar dalam ilmu-ilmu Islam di dunia.[petikan diperlukan]

Hamza Yusuf giat mempromosikan ilmu-ilmu Islam dan kaedah pengajaran klasik ke seluruh dunia. Beliau juga menganjurkan keadilan sosial, keamanan, dan kepaduan di kalangan masyarakat dan tempat yang pelbagai. Beliau berhujah bahawa isu "mereka lawan kita" pada asasnya adalah cacat, kerana beliau sendiri tergolong dalam kedua-dua pihak (dunia Barat dan dunia Islam) dan tidak mustahil untuk menggabungkan aspek-aspek ini.[petikan diperlukan]

Hamza Yusuf telah berkhidmat sebagai penasihat kepada banyak organisasi, pemimpin, dan ketua negara. Beliau merupakan penginovasi dalam pendidikan Islam moden[petikan diperlukan], pengasas Deen Intensives, serta penggerak program Rihla pertama di England bersama dengan Syeikh Ibrahim Osi-Afa, yang telah berjalan selama lebih daripada lima belas tahun. Puluhan pemuda-pemudi Muslim yang dipengaruhi oleh seruan beliau untuk menghidupkan kembali pengajian Islam tradisional di Barat telah merantau ke dunia Islam pada zaman '90-an dan awal abad ke-21 untuk belajar; banyak dari kalangan mereka sekarang bergelar guru.[petikan diperlukan]

Bersama dengan Eissa Bougari, Hamza Yusuf memulakan sebuah cabaran media kepada dunia Arab selaku menjadi juruacara rancangan tersebut selama 3 tahun. Hasilnya ialah sebuah program agama antara-budaya yang sangat berjaya, di samping menjadi salah satu program yang paling ditontoni di dunia Arab pada bulan Ramadhan. Pengajian Media Cambridge menyatakan bahawa program ini menjadi ikutan kepada pengaturcaraan program keagamaan di dunia Arab. Beliau juga telah diwawancara oleh BBC beberapa kali dan dijemput untuk bercakap dalam segmen dokumentari BBC The Faces of Islam, yang ditayangkan pada jam 11:30 malam, 31 Disember 1999, sambil menyambut ketibaan milenia baru. Beliau berani menyuarakan kritikan terhadap dasar luar negara kerajaan Amerika, dan juga tindakan balas para ekstremis Islam terhadap dasar-dasar tersebut.[petikan diperlukan]

Kedua-dua pihak sayap kanan di Barat dan pelampau Islam di Timur mengkritik pendapat dan hujah-hujah beliau.[3] Bercakap kepada akhbar The Guardian, beliau berkata: "Ramai orang di negara barat tidak menyedari betapa tertindasnya rakyat lelaki dan perempuan di sesetengah negara Islam. Ini masalah budaya, bukan masalah agama Islam. Saya lebih rela hidup sebagai Muslim di barat jika daripada tinggal di negara-negara Islam ini, kerana saya berpendapat rakyat Muslim di sini dibenarkan cara hidup yang lebih bertepatan dengan ajaran agama Islam. Ramai golongan imigran Muslim juga bersependapat dengan saya, atas sebab itulah mereka menetap di sini."[4]

Institut Zaytuna didirikan pada tahun 1996 dan mendapat reputasi antarabangsa sebagai contoh Islam klasik di rantau Barat yang berdedikasi untuk membangkitan kaedah pembelajaran tradisional dan ilmu-ilmu Islam. Hamza Yusuf kini menetap di California Utara bersama isteri dan lima orang anak lelaki.[5]

Hamza Yusuf juga merupakan penulis beberapa artikel ensiklopedia dan makalah penyelidikan. Antara buku-buku terbitan beliau ialah The Burda (2003) (Burda), Purification of the Heart (2004) (Pembersihan Hati), The Content of Character (2004), The Creed of Imam al-Tahawi (2007), Agenda to Change our Condition (2007), dan Walking on Water (2010). Yang akan datang adalah Doa daripada Tertindas, dan Panduan Bermanfaat.

Hamza Yusuf ialah pensyarah berbangsa Amerika pertama yang mengajar di universiti berprestij dan tertua di Maghribi, iaitu Universiti Al-Karaouine di Fes.[6]

Penerimaan Kritikal[sunting | sunting sumber]

Pusat Pengajian Strategik Islamik Diraja di Jordan meletakkan Hamza Yusuf pada tempat ke-42 di dalam senarai 500 Muslim paling berpengaruh di dunia.[7] Majalah Egypt Today mengibaratkan beliau sebagai bintang rock teologi, atau "Elvis Presley bagi golongan Muslim di Barat".[8] Baru-baru ini, Hamza Yusuf dinobatkan sebagai "sarjana Islam paling berpengaruh di dunia Barat" di dalam senarai The 500 Most Influential Muslims, suntingan John Esposito dan Ibrahim Kalin (2009).[9]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Karangan Buku[sunting | sunting sumber]

  • The Burda The Burda (2003)
  • Purification of the Heart: Signs, Symptoms and Cures of the Spiritual Diseases of the Heart (2004)
  • The Content of Character (2004)
  • The State We Are In: Identity, Terror, and the Law of Jihad (penulis sumbangan) (2006)
  • The Creed of Imam Al-Tahawi (2007)
  • Agenda to Change our Condition karangan bersama Zaid Shakir (2007)
  • Walk on Water: The wisdom of Jesus Walk on Water: The wisdom of Jesus (2010)
  • Educating your Child in Modern Times

Karangan Kata Pengantar/nota[sunting | sunting sumber]

  • Instruction of the Student: The Method of Learning
  • The Prophetic Invocations karangan Mostafa Al-Badawi

Suntingan Buku bersama dengan Zaid Shakir[sunting | sunting sumber]

Kertas Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Laman web[sunting | sunting sumber]