Hassan Haji Mohamed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hassan Haji Mohamed
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Besut
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului oleh Idris Jusoh
Digantikan oleh Abdullah Md Zin
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Rantau Panjang
Dalam jawatan
1982–1986
Didahului oleh Ibrahim Muhammad
Digantikan oleh Mohamed Yaacob
Butiran peribadi
LahirKelantan
Parti politik HAMIM (mulai 1983)
Parti Islam Se-Malaysia (1980-an–1982)
UMNO (1960-an–1980-an)

Hassan Haji Mohamed ialah seorang bekas ahli politik Malaysia dari negeri Kelantan. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Rantau Panjang mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada 1982[1]. Beliau kemudiannya keluar PAS pada 1983 dan menyertai Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM). Beliau merupakan lulusan Madrasah Arabiah Jame’ Merbau Al-Ismaili, Kelantan dan menjadi pengarang Pengasuh antara 1957 hingga 1961 apabila bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau pernah menjadi calon Barisan Nasional pada pilihan raya 1964 di Parlimen Bachok namun tewas[2].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keenam Penggal Pertama" (PDF). Parlimen Malaysia. 14 Jun 1982. Dicapai pada 27 November 2021.
  2. ^ Hamedi Mohd. Adnan (2013). Majalah Melayu Selepas Perang: editorial, Sirkulasi dan Iklan. Kuala Lumpur: Penerbit UM. m/s. 168. ISBN 9789674880576.