Hazwani Helmi
Hazwani Helmi | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Nur Hazwani Afiqah binti Helmi 29 Januari 1997 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia |
Pendidikan | Ijazah Sains Kemanusiaan dalam Psikologi |
Pusat pendidikan | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Pekerjaan | Penyanyi, pengacara, model, pelakon, aktivis |
Tahun aktif | 2015–kini |
Saudara | Heliza Helmi (kakak) |
Nur Hazwani Afiqah Helmi (lahir 29 Januari 1997) ialah penyanyi penulis lagu, pengacara TV, model, dan aktivis kemanusiaan Malaysia. Dikenali secara meluas sebagai Beatboxer Muslimah, beliau mula menulis lagu pada usia 13 tahun. Karya pertama beliau bertajuk "Jom Zikir" yang ditulis sendiri dalam album kakaknya, Heliza Helmi[1] #JOM pada tahun 2013. Beliau memulakan kerjayanya di industri hiburan pada usia awal, dan dikenali sebagai salah seorang komposer termuda pada masa itu. Beliau dan kakaknya (The Helmis) ialah pemenang tempat keempat Astro Oasis, "Gema Gegar Vaganza" musim 2 pada 2018.
Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]
Hazwani dilahirkan di Kuala Terengganu, Terengganu dan merupakan anak bongsu dari empat adik beradik. Hazwani kemudian dibesarkan di Tawau, Sabah selama 11 tahun dari umur 3 hingga 14 tahun. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Pra-Islam di Tawau dari tahun 2002 hingga 2003. Hazwani melanjutkan pendidikan rendahnya di SK Holy Trinity dan Sekolah Islam Utama Tawau dari tahun 2004 hingga 2009. Beliau meneruskan pendidikan menengah di SMK Tawau dan berhijrah ke Kuala Lumpur dua beberapa tahun kemudian. Beliau kemudiannya berjaya menamatkan pengajian dari SMK Perimbun. Beliau mempunyai pengalaman bekerja sebagai pembantu peribadi dan memberikan ceramah motivasi pada usia 16 tahun.[2] Beliau mula menyertai banyak misi kemanusiaan selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2014.
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Janji Pada Hati | Laila | TV AlHijrah |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Amry, Syanty Octavia (2017-09-13). "Heliza berduet dengan adik". HM Online. Dicapai pada 2020-02-15.
- ^ "Heliza Helmi Dorong Adik Jadi Aktivitis Kerja Amal | Artikel | Gempak". www.gempak.com. Dicapai pada 2020-02-15.