Pendekar Awang: Darah Indera Gajah
| Pendekar Awang: Darah Indera Gajah | |
|---|---|
| Pengarah | Sharuddin Dali Reza A Shukor |
| Penulis | Sharuddin Dali |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | Stephen Chua Idham Mad Din |
| Disunting oleh | Amar Makruf Irwan Ahmad Afiq Asyraf |
| Muzik oleh | Azri Yunus Hakim Kamal |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | GSC Movies |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 1 jam 50 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bajet | RM 15 juta |
| Pecah panggung | RM 5.9 juta |
Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ialah sebuah filem aksi sejarah Malaysia tahun 2024 arahan Sharuddin Dali dan Saiful Reza Shukor dan merupakan spin-off kepada filem 2022 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. Ia ditayangkan pada 11 Januari 2024. Filem ini berkisar mengenai kisah hidup dan perjuangan Awang Nong dalam menentang kuasa Inggeris di negeri Pahang.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Berkisar tentang peristiwa fiksional selepas kebangkitan pahlawan Melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh, Pahang. Apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan-pahlawan Melayu di Terengganu, British mengarahkan Kapten Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat.
Awang terpaksa menyelamatkan bapanya Haji Sulong yang telah ditangkap pihak Inggeris dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. Dalam usaha Awang menyelamatkan Tok Gajah dan bapanya, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran yang dihadapi. Adakah Awang berjaya mengalahkan British yang diketuai oleh Kapten Syers dan bunuh dia?
Barisan pelakon
[sunting | sunting sumber]- Fattah Amin sebagai Awang
- Nur Fazura sebagai Sayang
- Nadhir Nasar sebagai Tahir
- Ali Karimi sebagai Brahim
- Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah
- Namron sebagai Haji Sulong
- Amerul Affendi sebagai Tobah
- Heliza Helmi sebagai Siti
- Tissa Biani sebagai Besah
- Hazwani Helmi sebagai Minah
- Amir Ahnaf sebagai Andak
- Reza Hilman sebagai Dahlan Acheh
- Geoff Andre sebagai Kapten Syers
- Wakdi sebagai Jalak Pengkor
- Andy Teh sebagai Sachai
- Hasnul Rahmat sebagai Kodi
- Sathisvaran sebagai Sugur
- Saifulwazien sebagai Samut
- Izzul Faiz sebagai Sitong
- Syed Ali Murtadha sebagai Nadim
- Wan Serigala sebagai Kadir Chenering
- Dian P. Ramlee sebagai Mak Senah
- Dato Hilal Azman sebagai Penghulu Hasan
- Asmawi Ani sebagai Tok Kenali
- Ustaz Asmawi sebagai Syeikh Wan Ahmad Alfatani
- Azrel Ismail sebagai Tok Janggut
- Faizal Tahir sebagai Utusan Tokku Paloh
- Mohd Nasrul Kamarulzaman sebagai Utusan Terengganu
- Mohd Suhly Abd Rahman sebagai Utusan Terengganu
- Megat Terawis sebagai Mat Asan
- Norzaidy Talib sebagai pembantu Mat Asan
Lelaki bertopeng
[sunting | sunting sumber]- Khairin Aiman sebagai Clifford
- Ryan Lieber sebagai voice dubbing Clifford
- Kamarulanizal Yusof sebagai Dr Cameron
- Adam Danial Mulroney sebagai voice dubbing Dr Cameron
- Jaafar Abd Rahman sebagai Hoodyman 3
- Fawzie Waffa sebagai Hoodyman 4
Penghasilan
[sunting | sunting sumber]Trivia
[sunting | sunting sumber]- Penampilan sulung Nadhir Nassar dan Amir Anhaf ke layar perak menerusi Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, mereka berdua dipilih oleh Studio Kembara dan Saiful Reza kerana beliau (Saiful) pernah bekerjasama Nadhir, Amir dalam drama Projek: High Council pada 2022. Adegan Andak dimainkan oleh Amir tidak banyak kerana muncul di tengah babak.
- Fazura bercerita perjalanan filem ini dalam The Making of, beliau berkata tertarik jalan cerita itu kerana bawa cerita perjuangan kaum wanita yang sama-sama membantu Awang. Selain itu dapat gandingan semula dengan bekas suaminya (Fattah) dan beberapa pelakon wanita lain.
- Reza Hillman membawa watak Dahlan juga bertindak sebagai stuntman untuk semua pelakon terlibat.
- Heliza Helmi kembali berlakon selepas beberapa tahun dengan kali terakhir filem Syurga Cinta tahun 2009 dan drama Warkah Cinta pada 2013.
- Lokasi penggambaran dijalankan di sekitar hutan di Puncak Alam, Selangor dan babak pantai di Cherating, Pahang antara pertengahan tahun 2023.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah myinfotaip.