Heckler & Koch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Heckler & Koch GmbH
Jenis Syarikat Persenjataan
Industri Industri Persenjataan, Pertahanan
Ditubuhkan 1949
Ibu pejabat Oberndorf am Neckar, Jerman
Perancang utama Edmund Heckler, Theodor Koch, Alex Seidell
Keluaran Senjata Api
Pekerja 700 (Disember 2002)
Laman sesawang www.heckler-koch.de

Heckler & Koch atau ringkasnya HK adalah sebuah syarikat persenjataan yang tidak asing lagi daripada negara Jerman. Syarikat ini diasaskan daripada nama 2 daripada 3 orang sahabat iaitu Theodor Koch dan Edmund Hecklers manakala seorang lagi dikenali dengan nama Alex Seidel. Ketiga-tiga orang pengasas ini dahulunya merupakan jurutera di syarikat persenjataan ketika itu dikenali sebagai Mauser AG (AG – Aktiengesellschaft German). Theodor Koch dilahirkan pada 13 Mei 1905 di Stuttgart-Zuffenhausen dan meninggal dunia pada tahun 1976. Edmund Heckler 2 Februari 1906 hingga 1960 dan Alex Seidel atau nama sebenarnya Alexius Wilhelm Seidel dilahirkan pada 4 Julai 1909 dan meninggal dunia pada tahun 1989.

Ketiga-tiga jurutera tersebut telah menubuhkan syarikat kejuruteraan senjata untuk pengeluaran senjata anti-pertempuran udara yang bertempat di sebuah gudang milik jabatan bomba di daerah Oberndorf, Jerman Barat dan dikenali dengan nama Heckler & Koch GmbH dengan jumlah pekerja seramai 140 orang.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Edmund Heckler
1906 - 1960.
Theodor Koch
1905 - 1976.
Alexius Wilhelm Seidel
1909 - 1989.

Syarikat Heckler & Koch ini mengeluarkan produknya berteraskan pengeluaran senjata api rekaan syarikat ini untuk dibekalkan kepada pasukan keselamatan negaranya iaitu Jerman dan beberapa negara-negara lain. Pada tahun 1956, pihak HK telah mengeluarkan satu produk terbaru untuk dibekalkan kepada pasukan infantri Jerman dikenali sebagai senjata raifal HK G3, merupakan produk yang pertama yang berjaya dikeluarkan oleh syarikat tersebut. Ia merupakan satu produk yang dimiliki oleh Tentera Darat Jerman atau didalam Bahasa Jerman dikenali sebagai Bundeswehr dan juga semua angkatan bersenjata diseluruh dunia. Raifal yang berkaliber 7.62 x 51 mm NATO pada mulanya adalah rekaan asal syarikat Mauser dan CETME dari Sepanyol dan direkasemula oleh HK. Seterusnya pada tahun 1966, HK mengeluarkan satu lagi produknya dikenali sebagai Machinenpistole 5 (Machine Pistol 5) atau MP5 yang popular kini digunakan oleh semua organisasi keselamatan termasuk pasukan elit dan penggunaan masih berterusan hingga sekarang. Senjata ini dipertingkatkan trend penggunaannya melalui pengubahsuaian beberapa komponen senjata bagi menjadikan sistem ini sebagai sistem persenjataan yang terbaik masa kini.

Kini, Heckler & Koch telah berjaya mencipta beberapa lagi produk berasaskan senjata api yang amat berkualiti. Malahan beberapa cawangannya telah dibuka di seluruh negara.

Senarai senjata api keluaran Heckler & Koch[sunting | sunting sumber]

Senjata Khas
  • G11: raifal kajian.
  • G41: bagi menggantikan senjata HK G3; dan digantikan dengan HK G36.
  • P11: pistol bawah permukaan air.

Singkatan bagi nama senjata Heckler & Koch[sunting | sunting sumber]

Pekerja syarikat HK menjalankan ujian menembak setiap produk bagi memastikan ia benar-benar berkualiti.
Penggunaan teknologi kejuruteraan melalui komputer membolehkan setiap pekerja memastikan keluaran syarikat HK lebih bermutu.

(Format: Perkataan pendek = Bahasa Jerman kepada Bahasa Melayu dan Inggeris

  • A = Ausführung ("Versi")[1]
  • G = Gewehr ("Rifle") atau "Raifal"
  • K = Kurz ("Short") atau ("Pendek") bagi pistol dan submesingan atau Karabiner ("Carbine") bagi raifal dan raifal tempur.
  • AG = Anbau-Gerät ("Attached Device") atau Anbaugranatwerfer ("Attached Grenade Launcher", Pelancar Bom Tangan)
  • GMG = Granatmaschinengewehr (Grenade machine gun, Mesingan Bom Tangan)
  • GMW = Granatmaschinenwerfer (Automatic Grenade Launcher)
  • MG = Maschinengewehr ("Machinegun", Mesingan)
  • MP = Maschinenpistole ("Submachinegun", Submesingan)
  • PSG = Präzisions-Schützen-Gewehr ("Precision Marksman's Rifle", Raifal Penembak Tepat)
  • SD = Schalldämpfer ("Sound dampened", atau pelenyap bunyi bagi MP5 dan USP serta Mark 23 yang mempunyai muncung laras yang boleh dipasang dengan alat tersebut)
  • SG = Schützen-Gewehr ("Marksman's Rifle", Raifal Penembak Tepat)
  • UMP = Universal-Maschinenpistole ("Universal Machine Pistol", Submesingan Umum)
  • UCP = Ultimate Combat Pistol, Pistol Tempur Akhir
  • USP = Universal-Selbstladepistole ("Universal Self-loading Pistol", Pistol Serbaguna Umum)
  • ZF = Zielfernrohr ("Telescopic Sight", Pejera Teleskopik)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]