Heckler & Koch G36

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Heckler & Koch Gewehr 36 (G36)
Domok g36.JPG
Raifal G36E, raifal standard utama infantri Jerman.
Jenis Raifal Tempur/Karbin
Tempat asal  Jerman
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 1995 - Kini
Digunakan oleh Jerman, Albania, Amerika Syarikat, Brazil, Britain, Chile, Cyprus, Finland Perancis, Georgia, Hong Kong, Indonesia, Ireland, Itali, Latvia, Lithuania, Malaysia, Norway, Filipina, Poland, Portugis, Singapura, Sepanyol, Thailand.
Sejarah pengeluaran
Pereka Heckler & Koch
Direka 1990
Pengeluar Heckler & Koch Oberndorf am Neckar, Jerman
Dihasilkan 1995 hingga sekarang
Aneka Sila lihat versi senjata
Spesifikasi
Berat

3.63 kg (8 lb) (G36)
3.33 kg (7.34 lb) (G36V)
3.30 kg (7.28 lb) (G36K)
3.0 kg (6.61 lb) (G36KV)
2.82 kg (6.22 lb) (G36C)
3.83 kg (8.44 lb) (MG36)

3.50 kg (7.72 lb) (MG36E)
Panjang 999 mm (39.3 in) udi dipanjangkan / 758 mm (29.8 in) udi dilipat (G36, G36V, MG36, MG36E)
860 mm (33.9 in) udi dipanjangkan / 615 mm (24.2 in) udi dilipat (G36K, G36KV)
720 mm (28.3 in) udi dipanjangkan / 500 mm (19.7 in) udi dilipat (G36C)
Barrel length

480 mm (18.9 in) (G36, G36V, MG36, MG36E)
318 mm (12.5 in) (G36K, G36KV)

228 mm (9 in) (G36C)
Lebar 64 mm (2.5 in)
Tinggi 320 mm (12.6 in) (G36, G36K, MG36)
285 mm (11.2 in) (G36V, G36KV, MG36E)
278 mm (10.9 in) (G36C)
Krew Polis, Tentera dan Pasukan Elit

Cartridge 5.56 x 45 mm NATO
Caliber 5.56 mm (.223 Remington)
Aksi Sistem Gas, Bolt Berputar dan Bolt Tertutup (Closed Bolt).
Kadar tembakan 750 tembakan/min
Halaju muncung 920 m/s
Jarak tembakan efektif 200 hingga 800 (bergantung pada tenagan)
Jarak tembakan maksimum 300 m/s
Sistem suapan Kelopak peluru 30 hingga 100 butir (Kelopak dram)
Penglihatan Pejera Refleks

Heckler & Koch Gewehr 36 atau HK G36 adalah raifal tempur atau karbin yang dicipta pada tahun 1990-an oleh syarikat persenjataan Jerman Barat iaitu Heckler & Koch. Raifal atau karbin ini merupakan 1 produk HK yang begitu istimewa kerana ia merupakan senjata yang menggunakan kaliber NATO 5.56x45mm yang berjaya menggantikan raifal tempur HK G3 dan HK 33 yang digunakan oleh pasukan keselamatan Jerman. Kini, penggunaannya telah diperluaskan ke seluruh agensi pertahanan luar negara baik dari pasukan polis, tentera mahupun pihak berkuasa awam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Syarikat Heckler & Koch atau HK mula mencipta senjata G36 pada tahun 1990, kerana pada ketika itu Bundeswehr meminta pihak HK untuk mencipta raifal tempur yang baru bagi menggantikan raifal G3 yang telah digunakan sejak tahun 1950an. Sebelum ini, rancangan HK untuk mencipta senjata jenis HK G11 dan senjata konvensional HK G41 dibatalkan pada tahun 1980an atas sebab-sebab tertentu.

Bagi senjata baru Jerman melalui pengeluaran HK 50 (Project 50), HK telah mengkaji beberapa struktur yang terdapat dalam beberapa rekabentuk ciptaanya sebelum ini, dan juga telah membuat beberapa inovasi baru, berdasarkan pengalaman syarikat tersebut dalam mencipta senjata-senjatanya sebelum ini, seperti HK36, VP70, dan G11. Sistem tembakannya lebih menyerupai Armalite AR-18, yang menggunakan sistem gas piston ke belakang, dan sistem bolt berputar Johnson & Stoner.

Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

Secara fizikalnya, bahagian luar senjata ini seperti pengadang tangan, tangkai pemegang, badan serta udi senjata ini diperbuat daripada bahan polimer tahan lasak. Kerana kos pengilangannya yang amat murah serta tempoh jangkawaktu penghasilan yang pendek, tahan lasak, tidak mudah berkarat, mudah dipegang serta amat ringan. Tangkai cekah berada diatas laras dan mempunyai tombol yang boleh dipusingkan ke kiri atau kanan senjata bagi membolehkan pengguna senjata ini boleh mencekah senjata ini sama ada dari arah kiri atau kanan senjata ini mengikut kedudukan pengguna mengendalikan senjata.

Kelopak senjata ini boleh diisi dengan kapasiti 30 butir peluru dan diperbuat dari plastik telus cahaya yang tahan lasak. Ini membolehkan pengguna mengetahui jumlah peluru yang tinggal dalam kelopak. Mempunyai lengkongan dan turut mempunyai 2 tombol dibahagian tepi sebelah kanan kelopak yang boleh dipadankan dengan 2 lurah khas kelopak lain bagi membolehkan ia digabungkan menjadi kelopak berkembar.

Bahagian pengadang tangan menyeliputi keseluruhan laras serta kitaran gas dan turut mempunyai beberapa lubang yang panjang bagi memberikan pengudaraan yang cukup untuk menyejukkan laras dan sistem mekanikal senjata. Terdapat 1 slot dibawah pengadang tangan yang menyimpan sistem kaki dua atau bipod yang boleh diluruskan ke bawah untuk menjadikan platform senjata ini lebih kukuh bagi penembakan yang efektif.

Sistem kitaran gas bagi senjata G36 adalah paling mudah, tetapi efektif dan efisyen. Ia melambangkan pengalaman syarikat tersebut yang begitu sinonim dengan senjata yang popular seperti HK MP5 dan HK G3 sejak bertahun lamanya.

5 komponen utama senjata G36 ini yang terdiri daripada badan, laras, perumah bolt dan komponen bolt, sistem picu dan sistem pejera. Sepertimana MP5, senjata ini menggunakan sistem close bolt. Piston gas, rod penolak dan spring tendangbalas diletakkan dibahagian atas laras. Terdapat 6 tombol pengunci pada bahagian bolt berputar (rotate bolt) bagi memastikan penembakan akan berlaku dengan selamat. Sistem kunci berputar akan dibuka selepas tekanan gas melepasi bahagian hadapan laras dan memasuki liang atas gas untuk menolak omboh ke belakang dan memulakan kitaran mekanikal untuk tembakan berikut. Pergerakan keluar kelongsong ke belakang hanya akan dibuat selepas tekanan didalam laras telah keluar sepenuhnya bagi memudahkan proses pengeluaran kelongsong dari kurung (chamber) dan ditendang keluar sebelah kanan liang buang senjata.

Sistem pejera pada G36 adalah paling moden kerana ia menggunakan 2 sistem pejera optik yang boleh digabungkan dalam satu unit. Skop atau pejera optik berkuasa 3X dipadankan secara kekal dengan tangkai pemegang atas, sementara diatas pejera terdapat 1 penderia elektronik yang mempunyai fungsi yang sama dengan AIMPOINT. Skop diselaraskan kepada jarak 200 meter bagi kegunaan am.

Sementara dibahagian atas pemegang tangkai dan dibahagian tepi kiri dan kanan senjata boleh dilengkapi dengan landasan Picatinny yang membolehkan senjata ini dipasangkan dengan peralatan tambahan supaya senjata ini dapat dioperasikan dengan lebih baik. Selain itu, terdapat senjata tambahan yaang boleh dipadankan dengan senjata ini iaitu pelancar grened sama ada dari jenis AG-36 buatan HK sendiri mahupun Colt M203 buatan Amerika Syarikat serta bayonet yang mempunyai rekabentuk sama dengan bayonet raifal AK-47.


Pengguna[sunting | sunting sumber]

Pengguna Luar[sunting | sunting sumber]

Raifal G36 telah menjadi senjata utama Bundeswehr pada tahun 1995 dan turut digunakan oleh Tentera Darat Sepanyol pada tahun 1999. Pada akhir tahun 1990an, sebilangan kecil raifal G36 telah dibeli oleh pasukan Tentera Diraja Britain bagi menggantikan raifal L85A2, tetapi keputusannya masih belum ditentukan. Selain itu, HK G36 juga turut digunakan oleh kesemua pasukan polis Eropah, seperti London Metropolitan Police Department, RAID dan GIGN Perancis, GSG-9 Jerman, Garda National Republic, Portugis, Belanda, dan unit khas polis Poland. Amerika Syarikat tidak ketinggalan untuk menggunakan senjata versi ini, baik dari pasukan polis, tentera dan penguatkuasaan awam. Pasukan khas KOPASSUS dan Detasemen Jala Mengkara (Denjaka) Indonesia, STAR Singapura, pasukan polis Filipina dan Thailand juga turut menempah beberapa jumlah senjata HK G36 bagi kegunaan pasukan elit mereka.

Pengguna G36 ATM dan PDRM[sunting | sunting sumber]

Fail:Malaysian G36C.JPG
Anggota Unit Tindak Khas PDRM dengan senjata G36C.

Bagi Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, sejumlah besar senjata G36 turut ditempah untuk menggantikan senjata-senjata yang telah hampir tamat tempoh jangka hayatnya, sesuai dengan isu Rancangan Malaysia Ke-9. Tentera Laut Diraja Malaysia telah menerima sejumlah raifal G36 versi "KE" (Karbin) dan versi "C" (Kompak) untuk dibekalkan kepada unit lawan keganasan maritim Pasukan Khas Laut selain HK416 dan TLDM turut menggandingkan perolehan kedua-dua senjata tersebut dengan karbin HK XM8 bagi memperkasakan sistem persenjataan khusus unit elit TLDM bagi operasi-operasi menangani keganasan kelak. Selain TLDM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga turut menempah G36 versi kompak khasnya G36C untuk dibekalkan kepada pasukan elit PDRM seperti Komando 69. Ini kerana ukuran penuh termasuk dari laras hingga ke udi yang pendek dan kompak (berukuran 19.67 inci, bersamaan 500 mm dan ia sama panjang dengan submesingan MP5) amat sesuai bagi kesemua pertempuran khasnya tempur jarak dekat (CQB), operasi dihutan dan sebagainya. Selain itu, ia juga sesuai gunakan didalam kenderaan misalnya kereta, trak mahupun di dalam landrover sepertimana senjata MP5 yang biasanya digunakan oleh anggota polis jika dibandingkan dengan raifal berukuran penuh yang paling sukar untuk menghalakan senjata ke sasaran dengan pantas. Selain G36C, PDRM turut mengujinilai senjata-senjata lain keluaran Jerman ini seperti MP7 PDW, UMP .45, HK 416, 417, XM8 dan MG4 untuk kegunaan unit-unit selain PGK selepas uji nilai persenjataan HK dijalankan bersama ATM pada bulan Disember 2006.

Versi[sunting | sunting sumber]

HK G36-LMG dengan bipod dan kelopak peluru dram.

Raifal G36 dicipta dengan tiga versi utama, seperti G36 (Standard), G36K (Kurz: Pendek), dan G36C (Compact/Commando). Manakala versi keempat pula merupakan senjata SL8 yang dicipta khusus untuk pasaran awam di Amerika Syarikat, khasnya bagi sukan menembak oleh orang awam. Walaupun mekanisma SL8 menyerupai G36, SL8 tidak mempunyai kebolehan menembak secara semburan. Ruang kelopaknya dicipta supaya ia tidak boleh menggunakan kelopak berkapasiti 30 butir. Bahagian pistol grip biasa digantikan dengan pistol grip berlubang, dan bahagian sistem pejera refleksnya digantikan dengan sistem pejera logam yang biasa. Versi kelima pula adalah senjata G36-LMG (Light Machine Gun), merupakan senjata G36 versi Standard dengan laras yang lebih berat, turut dilengkapi dengan bipod, dan mengunakan kelopak drum berkapasiti 100 butir peluru, boleh digunakan sebagai senjata bantuan utama bagi tembakan perlindungan.

Kekunci Selamat[sunting | sunting sumber]

Bagi senjata G36K/C/KE, ia mempunyai 4 jenis sistem kekunci dan picu selamat. Terdapat 4 jenis kekunci yang diterjemahkan daripada Bahasa Jerman:

  • S: Kekunci penutup/Safe (Sicher),
  • E: Tembakan Manual atau Separa Automatik (Einzelschuss),
  • 2 Tembakan 2 butir
  • F: Tembakan Semburan/Auto (Feuerstoß)

Bagi senjata G36/G36E, terdapat 5 jenis sistem kekunci dan picu selamat:

  • S (Tutup/Safe), E (S/Automatik), F (Semburan/Auto) (Standard bagi Bundeswehr)
  • S (Tutup/Safe), E (S/Automatik)
  • S (Tutup/Safe), E (S/Automatik), 2 (2 butir), F (Semburan/Auto)
  • 0 (Tutup/Safe), 1 (S/Automatik), 2 (2 butir)
  • 0 (Tutup/Safe), 1 (S/Automatik), 2 (2 butir), 3 (3 T/Semburan/Burst)



Data Saiz HK G36
Versi Ukuran (mm)¹ Ukuran Laras (mm) Berat (kg)² Pejera Kelopak
G36, Standard 999 (758) 480 3.6 (4.0) 3.0 × Pejera Optik,
Pejera Red Dot
Standard (30),
Drum (100)
G36K, Kurz (Short) 860 (615) 318 3.3 (3.7)
G36C, Compact/Commando 720 (500) 228 2.8 (3.2) Landasan Picatinny,
Aperture/Kekotak
LMG36, Light Machine Gun 999 (758) 480 3.6 (4.0) 3.5× Pejera Optik,
Pejera Refleks
G36E (or V), Export 999 (758) 480 3.3 (3.7) 1.5× Pejera Optik
G36KE (or KV), Kurz Export 860 (615) 318 3.0 (3.4)
G36E-LMG (or V), Light Machine Gun Export 999 (758) 480 3.3 (3.7)
SL 8-1, Awam 980–1030 (-) 510 4.2 (4.4) Pejera Logam
(Dilengkapi Pejera Teleskopik)
Standard (10)


¹ Ukuran: Dengan Udi Tetap atau Udi Boleh Lipat
² Berat: Kelopak Tanpa Peluru atau Kelopak Isi Peluru (Isi Penuh)

Sila Lihat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai senjata api Pistol
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.