Helmi Gimmick

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Helmi Gimmick
Kelahiran
Helmi bin Harun

1961 (umur 62–63)
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara, usahawan
Tahun aktif1990–2009
Laman web rasmiwww.helmigimmick.com

Helmi Harun, lebih dikenali sebagai Helmi Gimmick ialah seorang usahawan dan bekas pelakon dan penyanyi Malaysia.[1] Beliau terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Mr. Cinderella, MX3 dan Janji Diana. Sebagai pengacara, beliau dikenali menerusi rancangan Famili Ceria yang disiarkan di ntv7.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Helmi Harun memulakan kerjayanya dalam bidang muzik sebagai ahli kumpulannya sendiri, Helmi & The Gimmick. Dari kumpulan muziknya inilah beliau dikenali sebagai Helmi Gimmick atau Helmi the Gimmick.[3]

Beliau mula mendapat perhatian meluas apabila menjadi pengacara rancangan kuiz Famili Ceria yang bersiaran di ntv7. Helmi menjadi pengacaranya selama semusim sebelum tempatnya digantikan oleh Chef Wan. Helmi juga pernah menjadi juruhebah di Time Highway Radio (THR) (kini dikenali Gegar).[4]

Selain itu, beliau juga pernah merakamkan album solo bertajuk Tongkat Ali yang dikeluarkan pada 13 Jun 2001.[5]


Helmi kini lebih kepada pengacara majlis di acara tertutup untuk orang koperat dan kerajaan , memandangkan mempunyai mahir bahasa Melayu, Inggeris,Cina,Tamil dan sedikit asas bahasa Perancis.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2002 Mr. Cinderella Hassan
2003 Mr. Cinderella 2
Janji Diana Salleh
MX3 Helmi
2006 Cicak-Man Pegawai polis Pelakon undangan

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2000–2001 Famili Ceria ntv7 Pengacara Untuk Musim 2.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Tongkat Ali (2001)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Karya tercalon Keputusan
2002 Anugerah Industri Muzik ke-9 Album Pop Etnik Terbaik Dirinya sendiri Helmi Gimmick Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Helmi Anuar (27 April 2022). "Helmi Gimmick Masih Wujud Biarpun 15 Tahun Tak Keluar TV". Getaran. Dicapai pada 18 Disember 2022.
  2. ^ "Helmi, the feel-good man" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 29 Julai 2000. Dicapai pada 23 Disember 2021.
  3. ^ "Helmi and his gimmicks" (dalam bahasa Inggeris). Sunday Mail. 9 April 1995. Dicapai pada 23 Disember 2021.
  4. ^ Nor Akmar Samudin (28 Mei 2001). "Helmi bercakap seorang". Harian Metro. Dicapai pada 23 Disember 2021.
  5. ^ Hartati Hassan Basri (13 Jun 2001). "Dunia Helmi bermula". Harian Metro. Dicapai pada 23 Disember 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]