MX3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
MX3
Mx3 01.jpg
Poster keluaran tayangan
Pengarah Yusof Kelana
Penerbit Yusof Kelana
Penulis Yusof Kelana
Dilla Hussein
Dibintangi oleh Saiful Apek
Zul Yahya
Faizal Hussein
Juliana Banos
Sheila Rusly
Sarimah Ibrahim
Syanie
Syarikat
produksi
Skop Productions Sdn. Bhd.
ME Communications Sdn. Bhd.
Pengedar Skop Productions Sdn. Bhd.
Mula ditayangkan
25 November 2003[1]
Tempoh tayangan
105 minit
Negara Malaysia
Bahasa
Perbelanjaan RM1.1 juta
Pecah panggung RM1.13 juta

MX3 ialah sebuah filem aksi komedi penyiasatan Malaysia 2003 arahan Yusof Kelana dan ditulis bersama oleh Yusof dan Dilla Hussein.[2][3] Filem ini dibintangi oleh Saiful Apek, Faizal Hussein, dan Zul Yahya sebagai teraju utama. Filem ini ditayangkan serentak dengan filem Mr. Cinderella 2 (2003) pada Hari Raya Aidilfitri.[4] MX3 bermaksud 'M kali tiga' iaitu singkatan 3 penyiasat bernama Masdor, Mamat dan Malek. Rosyam Nor melakonkan watak Castella yang menyerupai watak Castello dalam filem Gerak Khas The Movie (2001).[5][6][7]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Tiga sahabat karib Masdor, Mamat dan Malek—ialah penyiasat persendirian yang menubuhkan syarikat penyiasat persendirian, MX3. Masdor terjaga mimpi apabila Masdor memukul Mamat dan Malek menggunakan bantal yang Masdor ternampak Men in Black, terpaksa mereka tidur di belakang dan melarang Masdor tidur di antara Mamat dan Malek.

Sepanjang menjalankan operasi penyiasatan, mereka sering mendapat kes-kes kecil sahaja sehinggalah muncul Puan Lolita yang sanggup membayar upah mahal untuk mengintip suaminya yang mempunyai hubungan sulit. MX3 berjaya menyelesaikan kes itu dalam jangka masa yang singkat. Lantaran itu, sebuah syarikat insurans telah melantik mereka untuk menyiasat tuntutan palsu sebanyak RM10 juta yang dibuat oleh Marissa. Kes itu agak rumit kerana suami Marissa dilaporkan sudah mati tetapi mayatnya tidak dijumpai.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama
  • Saiful Apek sebagai Masdor, penyiasat persendirian dan ahli kumpulan MX3.
  • Faizal Hussein sebagai Mamat, penyiasat persendirian dan ahli kumpulan MX3. Seorang pemandu teksi sepenuh masa.
  • Zul Yahya sebagai Malek, penyiasat persendirian dan ahli kumpulan MX3.
Pelakon undangan
  • Sarimah Ibrahim sebagai Marisa, isteri kepada Iskandar.
  • Syanie sebagai Lolita, rakan sekerja Julia di syarikat insurans dan bekas isteri Mandrum.
  • Juliana Banos sebagai Julia, pegawai insurans.
  • Sheila Rusly sebagai Melati, pembantu rumah warga Indonesia yang tinggal bersama Marisa dan Iskandar.
  • Azlee Jaafar sebagai Iskandar Shah, suami kepada Marisa yang berpura-pura meninggal.
  • Helmi Gimmick sebagai Helmi, konco Marisa.
  • Osman Kering sebagai Mandrum, bekas suami Lolita yang mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita di kelab malam.
  • A. Galak sebagai Sarjan Misai, anggota polis trafik.
  • Farid Amirul sebagai Banduan
  • Rozaidi sebagai Maling, bekas kekasih Melati
  • M. Rajoli sebagai Jiran Mandor
  • Aimi Jarr sebagai pengurus syarikat insurans
  • Zack Taipan sebagai Konco I
  • Lando Zawawi sebagai Konco II
Penampilan istimewa

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

MX3 diterbitkan oleh ME Communications dengan kerjasama Skop Productions dan diarahkan oleh Yusof Kelana yang sebelum ini mengarahkan filem Juara (1991) dan Tragedi Oktober (1996), ia juga merupakan filem pertama beliau dalam tempoh tujuh tahun.[5] Filem ini menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 1.1 juta termasuk promosi.[1] Rosyam Nor dan Erra Fazira yang sebelum ini bekerjasama menerusi filem Gerak Khas The Movie (2001) dan Janji Diana (2003) membuat penampilan istimewa dalam filem ini.[1]

Tenaga kerja filem ini termasuk Datuk Yusof Haslam sebagai Penasihat Penerbitan, A. Galak dan Shahriza Mahmud sebagai penolong pengarah, Omar Ismail sebagai jurukamera, Omar Man (Pengarah Fotografi), Bob Musalwah dan Zainal G. Azmi (Pengurus Produksi), Salehan Shamsudin (Penyunting) dan Rosman Ibrahim (Pengurus Pengedaran). Penggambaran dijalankan selama 40 hari bermula 17 Mac 2003 dan dimuktamadkan pada 25 April 2003 di Kuala Lumpur, Bukit Tinggi dan Cameron Highlands.[5]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

MX3 ditayangkan pada 25 November 2003 hingga kejayaan komersial dan kritis, serentak dengan tayangan filem Mr. Cinderella 2. Ia diiklankan sebagai "sebuah filem komedi ceria".[6]

Majlis pratonton filem ini diadakan pada 30 Oktober 2003 di Golden Screen Cinemas, Mid Valley Megamall dan dihadiri oleh ramai karyawan filem tempatan termasuk Aziz M. Osman, Julie Dahlan dan Jins Shamsuddin.[1] Kutipan kasar filem ini adalah sebanyak RM 1.13 juta.[6]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2004 Festival Filem Malaysia ke-17 Pelakon Komedi Terbaik Sheila Rusly Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "MX3 masuk panggung 25 November", Utusan Malaysia, 22 November 2003.
  2. ^ "Yusof Kelana returns with latest work", New Straits Times, 19 March 2003. Director, Yusof Kelana returns to directing career after seven years of hiatus.
  3. ^ Bintang, "MX3, taruhan terbaru Yusof Kelana", Harian Metro, 20 Mac 2003.
  4. ^ "MX3, Yusof Kelana’s new flick", The Star (Malaysia), 23 November 2003.
  5. ^ a b c "MX3 filem terbaru Yusof Kelana". Utusan Malaysia. 21 Mac 2003. Dicapai 3 Februari 2018. Selepas berehat panjang daripada mengarah filem, Yusof Kelana bangun semula dengan filem terbaru arahannya, MX3. Seperti kelaziman beberapa syarikat filem lain dan senario pasaran kini, pendekatan yang diambil adalah bercorak komedi penyiasatan. 
  6. ^ a b c "Sembilan hari tayangan - Mampukah MX3 balik modal?". Utusan Malaysia. 3 November 2003. Dicapai 3 Februari 2018. 
  7. ^ MX3 Filemkita.com. Dicapai pada 4 Februari 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]