Henri Bedimo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Henri Bedimo
Henri Bédimo - OL System.JPG
Maklumat peribadi
Nama penuh Henri Bedimo Nsamé
Tarikh lahir (1984-06-04) 4 Jun 1984 (umur 37)
Tempat lahir Douala, Cameroon
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Pertahanan (bola sepak)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002–2003 Grenoble 0 (0)
2003–2006 Toulouse 24 (0)
2006–2007 Le Havre 23 (0)
2007–2010 Châteauroux 75 (4)
2010–2011 Lens 50 (1)
2011–2013 Montpellier 78 (2)
2013–2016 Lyon 97 (3)
2016–2018 Marseille 34 (1)
Pasukan kebangsaan
2009–2016 Cameroon 51 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Henri Bedimo Nsamé (lahir 4 Jun 1984) merupakan pemain bola sepak Cameroon yang kini bermain di posisi pertahanan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Bedimo memulakan kerjaya bola sepaknya pada 1999 di mana beliau berusia 15 tahun dengan berpindah ke Perancis dan sertai Grenoble sebagai kelab pertama dalan kerjaya profesionalnya. Beliau kemudian berpindah ke Toulouse secara percuma pada 2003. Pada tahun berikutnya, beliau membuat debut profesional untuk kelab menentang Lens, 0-0 pada perlawanan pembukaan musim pada 7 Ogos 2004.

Bedimo sertai Le Havre secara percuma pada 2006. Pada perlawanan pembukaan musim pada 28 Julai 2006, beliau membuat debut untuk kelab dengan tewas 3-1 kepada Amiens. Tiga bulan kemudian, Bedimo menerima kad merah secara langsung buat pertama kali dalam kerjayanya ketika pasukannya menang 1-0 ke atas Istres pada 13 Oktober 2006. Pada penghujung musim, Bedimo menjaringkan gol sendiri apabila pasukannya akur tewas 2-1 kepada Montpellier pada 14 Mei 2007. Pada musim 2006–07, beliau membuat 23 penampilan untuk kelab dalam musim pertamanya.

Selepas musim 2007–08, Bedimo meninggalkan Le Havre untuk berpindah ke Châteauroux secara percuma pada 22 Julai 2007. Pada perlawanan pembukaan musim, Bedimo bermain 90 minit penuh ketika menentang Clermont Foot, 0-0. Pada 21 September 2007, Bedimo menjaringkan gol pertama dalam kerjanya apabila golnya membuat pasukannya menang 1-0 ke atas Chamois Niortais. Di Châteauroux, Bedimo mula dikaitkan perpindahan ke bekas kelabnya, Grenoble tetapi kelab Bedimo ingin mendapatkan khidmatnya sekali lagi pada musim hadapan.

Pada 11 Januari 2010, Bedimo berpindah ke Lens atas cadangan oleh ejen beliau, Roger Boli untuk sertai kelab. Bedimo membuat debut pada 6 Februari 2010 apabila pasukannya menang 2-1 ke atas Le Mans. Dua minggu kemudian selepas debut pada 20 Februari 2010, beliua menjaringka gol pertamanya menentang Monaco, 3-0. Pada penghujung musim, Lens tersingkir ke Ligue 2.

Pada Jun 2011, Bedimo menandatangani kontrak empat tahun di Montpellier. Pada perlawanan pembukaan musim, Bedimo membuat debut untuk kelab apabila menang 3–1 ke atas Auxerre dan tiga kemudian iaitu pada 27 Ogos 2011, beliau menjaringkan gol pertamanya apabila tewas 2-1 kepada Lyon. Pada 15 April 2012, beliau menjaringkan gol sendiri apabila tewas 2-1 Lorient. Pada penghujung musim, Montpellier menjuarai trofi liga pertama dalam sejarah kelab apabila menewaskan Auxerre 2-1 pada perlawanan terakhir musim.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Bedimo termasuk dalam skuad Cameroon yang beraksi di Piala Negara-Negara Afrika 2010 dan Piala Dunia FIFA 2014.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Montpellier