Stéphane Mbia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Stéphane Mbia
Stéphane Mbia 5404.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhStéphane Mbia Etoundi
Tarikh lahir (1986-05-20) 20 Mei 1986 (umur 33)
Tempat lahirYaoundé, Cameroon
Ketinggian1.89 m (6 ka 2+38 in)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniSevilla
Nombor25
Kerjaya remaja
2003–2004Akademi Sukan Kadji
2004Rennes
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2004–2009Rennes105(4)
2009–2012Marseille69(5)
2012–2014Queens Park Rangers29(0)
2013–2014Sevilla (pinjaman)18(3)
2014–Sevilla6(3)
Pasukan kebangsaan
2005–Cameroon52(3)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 5 Oktober 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 10 Jun 2014

Stéphane Mbia Etoundi (lahir 20 Mei 1986) merupakan pemain bola sepak Cameroon yang kini bermain untuk Sevilla FC dan pasukan kebangsaan Cameroon. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Mbia membuat debut untuk Rennes pada musim 2005–06. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada November 2006 menentang Lyon. Pada 14 Julai 2009, Mbia melengkapkan perpindahan sebanyak £10.4 juta ke Marseille dari Rennes.

Queens Park Rangers[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Ogos 2012, Mbia menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers dari Marseille dengan bayaran yang tidak didedahkan.[1][2]

Pada 27 Oktober 2012, Mbia dibuang padang pada 17 minit permainan dalam penampilan keempatnya untuk QPR ketika tewas 1-0 kepada Arsenal. Beliau digantung oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) tiga perlawanan akibat tidak memenuhi syarat ketika menentang Reading, Stoke City dan Southampton.[3] Pada Mei 2013, Mbia mengatakan bahawa beliau ingin meningglkan Queens Park Rangers selepas pasukannya turun ke divisyen dua.

Sevilla[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Ogos 2013, Mbia dipinjam ke Sevilla FC.[4] Mbia membuat debut untuk Sevilla pada 1 September dan membuat hantaran kepada Kévin Gameiro untuk gol pertama Málaga CF, 2-2.[5] Pada 27 Oktober, Mbia membuat dua hantaran untuk Ivan Rakitić dan Jairo Samperio ketika menang 2-1 ke atas Osasuna.[6] Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 24 November menentang Real Betis, Sevilla menang 4-0..[7]

Pada 1 Mei 2014, beliau menanduk masuk gol kemenangan pada masa tambahan untuk Sevilla menang pada separuh akhir Liga Europa menentang Valencia dan Sevilla layak ke perlawanan akhir.[8] Sevilla ke perlawanan akhir bertemu dengan Benfica di Turin, Itali pada 14 Mei. Pada 3 Jun, Mbia dipilih sebagai "Team of The Year" bersama rakan sepasukan, Ivan Rakitić, Nicolás Pareja and Beto.[9] Pada Anugerah LFP, beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik liga Afrika bersama Yacine Brahimi dan Youssef El-Arabi.

Pada 31 Ogos 2014, Mbia sertai Sevilla secara rasmi..[10] Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 18 September dengan menanduk masuk dari hantaran Gerard Deulofeu ketika Sevilla menang 2-0 ke atas Feyenoord.[11]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Mbia membuat debut untuk pasukan kebangsaan Cameroon pada 2005. Beliau sebahagian daripada skuad Cameroon yang beraksi di Piala Negara-Negara Afrika 2008 di Ghana. Mbia menjaringkan dua gol ketika perlawanan suku akhir menentang Tunisia.[12]

Mbia termasuk dalam skuad Cameroon yang beraksi di Piala Dunia FIFA 2010.[13] Pada 2 Jun 2014, Mbia termasuk dalam senarai 23 pemain oleh pengurus Volker Finke untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[14]

Pada 26 Ogos 2014, Mbia menjadi kapten pasukan kebangsaan Cameron menggantikan Samuel Eto'o yang mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
3 Jun 2007 Monvoria, Liberia  Liberia
0–1
1–2
Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2008
2
4 Februari 2008 Tamale, Ghana  Tunisia 0–1 2–3 Piala Negara-Negara Afrika 2008
3
2–3

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 30 Januari 2013
Kelab Musim Liga Piala Piala liga Eropah Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Rennes 2004–05 Ligue 1 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0
2005–06 22 0 0 0 0 0 3 0 25 0
2006–07 30 1 0 0 0 0 0 0 30 1
2007–08 25 3 0 0 0 0 4 1 29 4
2008–09 27 0 5 1 1 0 2 1 35 2
Jumlah 105 4 5 1 1 0 9 2 120 7
Perancis Marseille 2009–10 Ligue 1 27 2 1 0 2 0 7 0 37 2
2010–11 26 1 1 0 4 0 6 0 37 1
2011–12 15 2 1 0 2 0 5 0 23 2
2012–13 1 0 0 0 0 0 3 0 4 0
Jumlah 69 5 3 0 8 0 21 0 101 5
England Queens Park Rangers 2012–13 Liga Perdana Inggeris 29 0 2 0 1 0 32 0
Sepanyol Sevilla 2013–14 La Liga 20 3 2 0 0 0 8 2 30 5
Jumlah kerjaya 223 12 12 1 10 0 38 4 283 17

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Rennes
Marseille
Sevilla

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "EXCLUSIVE: STEPHANE SEALS SWITCH". QPR. 31 August 2012. Dicapai 31 August 2012. 
  2. ^ "EXCLUSIVE: BARTON JOINS MARSEILLE". QPR. 31 August 2012. Dicapai 31 August 2012. 
  3. ^ "Mbia sent off versus Arsenal; match report 27 October 2012". 
  4. ^ "QPR midfielder Stephane Mbia joins Sevilla on loan". BBC Sport. 26 August 2013. Dicapai 24 April 2014. 
  5. ^ "Gameiro double thwarts Málaga". ESPNFC. 1 September 2013. Dicapai 1 May 2014. 
  6. ^ "Sevilla see off 10-man Osasuna". ESPNFC. 27 October 2013. Dicapai 1 May 2014. 
  7. ^ "Sevilla ease to victory over Betis". ESPNFC. 24 November 2013. Dicapai 1 May 2014. 
  8. ^ "Sevilla advance with last-gasp winner". ESPNFC. 1 May 2014. Dicapai 1 May 2014. 
  9. ^ "UEFA Europa League squad of the season". UEFA. 3 June 2014. Dicapai 6 June 2014. 
  10. ^ "STÉPHANE MBIA NUEVO JUGADOR DEL SEVILLA FC". Sevilla FC. 31 August 2014. Dicapai 31 August 2014. 
  11. ^ "Quick-fire Sevilla catch Feyenoord cold". UEFA. 18 September 2014. Dicapai 18 September 2014. 
  12. ^ "Tunisia 2–3 Cameroon". The Guardian. 4 February 2008. Dicapai 1 May 2014. 
  13. ^ "World Cup 2010: Cameroon finalise World Cup squad". BBC Sport. 11 May 2010. Dicapai 1 May 2014. 
  14. ^ "Eto'o, Song headline Cameroon's final 23". FIFA. 2 June 2014. Dicapai 6 June 2014.