Benoît Assou-Ekotto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Benoît Assou-Ekotto
Maklumat peribadi
Nama penuh Benoît Pierre David Assou-Ekotto[1]
Tarikh lahir (1984-03-24) 24 Mac 1984 (umur 40)
Tempat lahir Arras, Perancis
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)[2]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Tottenham Hotspur
Nombor 32
Kerjaya remaja
1994–2004 Lens
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2006 Lens 67 (1)
2006– Tottenham Hotspur 155 (4)
2013–2014Queens Park Rangers (pinjaman) 27 (0)
Pasukan kebangsaan
2009– Cameroon 24 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 04:37, 3 April 2014 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 June 2014

Benoît Pierre David Assou-Ekotto (lahir 24 Mac 1984) merupakan pemain bola sepak Cameroon yang kini bermain untuk Tottenham Hotspur. Beliau bermain di posisi pertahanan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

RC Lens[sunting | sunting sumber]

Pada usia 10 tahun, Assou-Ekotto mengikut abangnya menandatangani kelab Lens sebelum membuat debut pada 28 Mac 2004 menentang Paris Saint-Germain, Lens menang 1–0. Beliau bermain 66 perlawanan Ligue 1 untuk Lens. Beliau kemudian bermain tujuh perlawanan Piala UEFA di mana Lens tersingkir selepas tewas kepada Udinese pada pusingan 32. Pada permulaan musim 2005–06, beliau bermain kesemua perlawanan Lens di Piala UEFA di mana Lens menduduki tempat kedua pada kejohanan itu. Pada musim 2005–06, beliau hanya terlepas empat perlawanan liga daro[ada 38 perlawanan dan pasukannya menduduki tempat keempat dan sekali lagi layak ke Piala UEFA.

Tottenham Hotspur[sunting | sunting sumber]

Pada musim panas 2006, Assou-Ekotto berpindah ke Tottenham Hotspur dengan bayaran tertutup tetapi media mengatakna sekitar £3.5 juta. Beliau membuat debut pada perlawanan pembukaan musim 2006-07, tewas 2-0 kepada Bolton Wanderers. Pada Disember 2006, beliau kehilangan posisinya dan digantikan oleh Lee Young-pyo.

Beliau menjaringkan gol pertama dalan kariernya ketika menang 2–1 ke atas Liverpool dalam musim 2009–10 dari jarak 20 meter.[3] Ketika pertengahan musim, beliau kehilangan tempatnya kepada Gareth Bale tetapi jurulatih Harry Redknapp meletakkan Bale di posisi sayap kiri.[4]

Beliau memulakan musim 2012–13 dengan menjaringkan gol kelima kariernya dengan menjaringkan gol dari 25 meter menentang West Bromwich Albion tetapi beliau terlepas tiga perlawanan akibat cedera pada lutut.

Queens Park Rangers (pinjaman)[sunting | sunting sumber]

Pada 2 September 2013, Assou Ekotto telah dipinjam ke kelab Queens Park Rangers. Beliau membuat debut untuk pasukan itu pada 18 September menentang Brighton & Hove Albion. Beliau bermain 27 perlawanan liga dan membantu QPR kembali ke Liga Perdana Inggeris melalui perlawanan play-off.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Assou-Ekotto (kanan) bermain untuk Cameroon pada 2009

Assou-Ekotto membuat debut untuk Cameroon pada 11 Februari 2009 menentang Guinea dalam satu perlawanan persahabatan.[5] Beliau termasuk dalam skuad Cameroon yang beraksi di Piala Negara-Negara Afrika 2010 tetapi beliau mengalami kecederaan dan tidak sertai kejohanan itu. Assou-Ekotto juga termasuk dalam senarai akhir 23 pemain oleh jurulatih Paul Le Guen untuk Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Beliau bermain setiap minit dalam ketiga-tiga perlawanan Cameroon pada kejohanan dunia itu.[6]

Assou-Ekotto juga mengambil bahagian di Piala Dunia FIFA 2014.

Pasukan kebangsaan Cameroon
Tahun Kmncln Gol
2009 5 0
2010 10 0
2011 1 0
2012 0 0
2013 2 0
Jumlah 18 0

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Kelab Liga Musim Liga Piala Piala liga Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Lens Ligue 1 2003–04 3 0 0 0 0 0 0 0 3 0
2004–05 29 1 0 0 0 0 0 0 29 1
2005–06 35 0 0 0 0 0 7 0 42 0
Jumlah 67 1 0 0 0 0 7 0 74 1
England Tottenham Hotspur Liga Perdana Inggeris 2006–07 16 0 1 0 3 0 5 0 25 0
2007–08 1 0 0 0 0 0 1 0 2 0
2008–09 29 0 1 0 4 0 2 0 36 0
2009–10 30 1 3 0 1 0 0 0 34 1
2010–11 30 0 2 0 1 0 11 0 44 0
2011–12 34 2 0 0 1 0 2 0 37 2
2012–13 15 1 2 0 0 0 5 0 22 1
Jumlah 155 4 9 0 10 0 21 0 200 4
Jumlah kerjaya 222 5 9 0 10 0 28 0 274 5

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

RC Lens

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ name="Hugman2010-11">Hugman, Barry J., penyunting (2010). The PFA Footballers' Who's Who 2010–11. Mainstream Publishing. m/s. 26. ISBN 978-1-84596-601-0.
  2. ^ "Premier League Player Profile". Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-28. Dicapai pada 7 April 2011.
  3. ^ Phil McNulty (16 August 2009). "Tottenham 2–1 Liverpool". BBC Sport.
  4. ^ "Assou-Ekotto pledges future to Tottenham". FourFourTwo. 10 January 2011.
  5. ^ "Cameroon 3 – 1 Guinea". Google Translator. fecafootonline.com. 11 February 2009. Dicapai pada 29 August 2009.
  6. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil™: - FIFA.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-29. Dicapai pada 2014-12-27.