Herman Tino
Herman Tino | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Masrun bin Tamsi |
Kelahiran | 5 Disember 1954 |
Berasal dari | Tanjong Karang, Selangor, Malaysia |
Genre | Asli & POP Melayu |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1981–kini |
Syarikat rakaman | EMI |
Pasangan | Noraini Ibnu |
Herman Tino mencipta nama sebagai seorang penyanyi pada tahun 1981-1986. Beliau dilahirkan pada 5 Disember 1954 di Tanjong Karang, Kuala Selangor. Nama sebenar beliau ialah Masrun bin Tamsi dan berketurunan Jawa.
Herman Tino pertama kali muncul dengan album Mengapa Dikenang Mengapa Difikir pada tahun 1983 dan berjaya mencipta fenomena ketika itu. Lagunya berjaya bertahan di dalam carta lagu radio selama berpuluh minggu ketika itu.
Beliau pernah berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak pada tahun 1989 sebagai tanda protes terhadap suatu perkara yang sehingga kini masih lagi misteri. Beliau tidak pernah memberitahu apakah sebabnya beliau mengambil keputusan berjalan kaki sejauh itu pada ketika itu.
Terbaru, pada tahun 2013 beliau juga telah berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Tanjung Karang sebagai simbolik ketika beliau bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 di Parlimen Tanjung Karang.
Beliau juga telah muncul berlakon di dalam beberapa drama dan filem tempatan Malaysia.
Antara lagu Herman Tino yang masih hangat hingga kini ialah Mengapa Dikenang Mengapa Difikir, Pelita Dalam Kabus, Berkorban Apa Saja, Yale Yale, Makan Sirih, Kamar Sepi, Ojo Kesandung, Cinta Tertahan Tahan, Kupendam Biarpun Parah dan banyak lagi.
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau menyertai pilihan raya umum Malaysia 2013 sebagai calon bebas, bertanding kerusi parlimen Tanjung Karang.[1] Tetapi kalah teruk kerana tiada penyokong.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album
[sunting | sunting sumber]-
Kulit album Melayu Klasik oleh Herman Tino & Zaleha Hamid
- Akibat Putus Cinta
Lagu popular
[sunting | sunting sumber]- Kupendam Biarpun Parah
- Akibat Putus Cinta
- Pelita Dalam Kabus
- Cinta Tertahan-tahan
- Ojo Kesandung
- Kamar Sepi
- Mengapa Dikenang Mengapa Difikir
- Derma Bukan Tontonan
- Aku MilikMu
- Suara Di Rantau
- Tengkar Tengkaran
- Di Sini Saja
- Maharani
- Seri Banang
- Timang Banjar
- Berkorban Apa Saja
- Serampang Laut (duet Sharifah Aini)
Akibat Putus Cinta
[sunting | sunting sumber]- Serampang Laut (duet bersama Sharifah Aini
- Akibat Putus Cinta
- Bahagia Bersama
- Bahgia Sejati
- Bantulah Sekadar Mampu
- Bebaskan
- Berkorban Apa Saja
- Cinta Lara
- Cinta Tertahan tahan
- Di Ambang Sore
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Sofazr The Movie - Jiwa Kacau | Wak Herman | |
2013 | Hello | Pak Man |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Kampung Kolesterol | Ayah Pink | TV9 | Penampilan khas |
2023 | Nak Dengar Cerita Hantu? | DEGUP |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Herman Tino bertanding Bebas di Parlimen Tanjong Karang". Kosmo! Online. 20/04/2013. Dicapai pada 20 April 2013. Check date values in:
|date=
(bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Artist : Info Herman Tino Diarkibkan 2012-11-02 di Wayback Machine Cinema Malaysia