Hey! Kau
"Hey! Kau" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Sandra Dianne | ||||
Dilancarkan pada | Jun 2015 | |||
Format | Muat turun digital, media penstriman | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 3:50 | |||
Syarikat | Indigital Music | |||
Penulis | Tam Spider, Iman Imran | |||
Penerbit | Tam Spider | |||
Kronologi Kronologi single Sandra Dianne | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Hey! Kau" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Sandra Dianne, dikeluarkan sebagai single sulungnya selepas tersingkir dari Mentor Legend.[1] Lagu ini ialah hasil karya Tam Spider dengan liriknya ditulis oleh Iman Imran dan dikeluarkan pada Jun 2015 oleh Indigital.[2]
Sambutan[sunting | sunting sumber]
"Hey! Kau" dikeluarkan pada Jun 2015 sebagai single sulung Sandra selepas tamat Mentor Legend.[3] Video lirik untuk lagu "Hey! Kau" di saluran YouTube rasmi Indigital pada 23 Ogos 2015. Sejak dilancarkan, ia telah meraih jumlah tontonan sebanyak 5 juta tontonan. "Hey Kau!" turut mendapat respon positif di Indonesia apabila lagu tersebut telah dimainkan di beberapa stesen radio di republik itu.
Persembahan secara langsung[sunting | sunting sumber]
Sandra mempersembahkan lagu "Hey! Kau" secara langsung dalam rancangan MeleTOP pada 19 Januari 2016[4] dan dalam konsert minggu pertama Big Stage musim ketiga pada 16 Ogos 2020.
Kemunculan lain[sunting | sunting sumber]
Lagu ini juga menjadi lagu tema drama Cik Cinderella dan Encik Tengku dibintangi oleh Zahirah MacWilson dan Shukri Yahaya.
Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]
- Muat turun digital[5]
- "Hey! Kau" – 3:50
Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]
Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | Jun 2015 | Muat turun digital[5] Penstriman digital[6] |
Indigital |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Othman, Kemalia (9 Mei 2016). "Sandra Gembira 'Hey Kau' Terima Respons Positif Di Indonesia". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2020. Dicapai pada 21 Ogos 2016.
- ^ Georgie Joseph (2 September 2015). "Tak sia-sia mantap vokal". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-08. Dicapai pada 30 Oktober 2015.
- ^ Michelle Gun (22 September 2015). "Impian tiga gadis terkabul". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-11. Dicapai pada 2 Oktober 2015.
- ^ "Persembahan 'live' Sandra "Hey! Kau"... Jom dengarkan Sandra "Hey! Kau"". MeleTOP. 19 Januari 2016. Dicapai pada 23 Oktober 2016.
- ^ a b "Hey Kau! - Single by Sandra". iTunes (MY). Dicapai pada 23 Oktober 2015.
- ^ "Hey Kau! - Single by Sandra". Spotify. Dicapai pada 23 Oktober 2015.