Rustam bin Mustafa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tam Spider)
Jump to navigation Jump to search
Tam Spider
Nama lahirRustam bin Mustafa
Kelahiran (1973-09-14) 14 September 1973 (umur 46)
Masjid Tanah, Melaka Melaka,  Malaysia
Kediaman Malaysia
GenreRock
PekerjaanPenyanyi, penggubah lagu, pelakon
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif1996 - kini
Syarikat rakaman
Luncai Emas
Kegiatan berkaitan
Kumpulan Spider, M. Nasir

Rustam bin Mustafa atau dikenali sebagai Tam merupakan vokalis kumpulan Spider. Beliau dilahirkan pada 14 September 1973 di Melaka.

Perkahwinan terbaru Tam Spider[sunting | sunting sumber]

Setelah 11 tahun menduda, akhirnya Tam Spider bernikah dengan Aida Mustafa di Masjid Jamek Pekan Nanas, Pontian, Johor. Anak Tam Spider, Aliff hasil daripada perkahwinan sebelum ini turut berasa gembira dengan perkahwinan bapanya itu. Pasangan ini telah bertunang pada 15 Ogos 2009, selepas hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing dan berkahwin pada 8 November 2009 yang lalu. Majlis perkahwinannya telah diadakan di Dewan Komuniti, Pekan Nanas Pontian Johor dan dihadiri kira-kira lebih 1,000 tetamu yang terdiri daripada oleh ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kedua-dua belah pihak termasuklah anggota-anggota kumpulan Spider dan komposer serta penyanyi terkenal, M. Nasir.[1]


Beliau juga menjadi pemain gitar bagi beberapa artis lain dan juga merupakan seorang pengubah lagu.

Lagu hasil ciptaan[sunting | sunting sumber]

  • "Di Pintu Syurga" - Dayang Nurfaizah
  • "Hey Kau" - Sandra
  • "Bertakhta Di Hati" - Faradhiya

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.