Big Stage (musim 3)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Big Stage
Musim 3
Dihoskan oleh
Juri
Bil. peserta12
JuaraAzzam Sham
Naib juaraUsop
Bil. episod8
Keluaran
RangkaianAstro Ria
Tarikh siaran16 Ogos –
4 Oktober 2020
Kronologi musim
← Sebelumnya
Musim 2

Musim ketiga Big Stage, juga dikenali secara kolokial sebagai Big Stage 2020: Norma Baharu memulakan tayangan perdana pada 16 Ogos 2020 dan berakhir pada 4 Oktober 2020. Pada tahun ini, terdapat kelainan untuk edisi kali ini kerana tiada peserta yang membabitkan dari luar negara yang terlibat seperti musim kedua yang lalu ekoran penularan pandemik COVID-19 dengan tidak membuka ruang perkongsian di peringkat antarabangsa atas faktor keselamatan dan kesihatan bagi menangani pandemik ini. Mengangkat tema Dimensi Berbeza Big Stage 2020 pada skala Norma Baharu, musim ketiga kali ini akan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan berikutan negara masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).[1] Dengan pelbagai perubahan dilaksanakan demi mematuhi syarat dan garis panduan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan antaranya dengan penganjuran konsert mingguan dalam skala kecil dengan jumlah penonton yang sedikit.[2] Juara untuk musim ketiga disandang oleh Azzam Sham.[3]

Format rancangan[sunting | sunting sumber]

Seramai 12 bintang BBNU yang terdiri daripada 8 bintang lelaki dan 4 bintang wanita bersaing dan berentap di pentas utama Big Stage yang berlangsung selama 8 minggu untuk musim ketiga. Peserta lelaki terdiri daripada Azzam Sham, Qody Rany, Usop, Hafiz Zainal, Yamani Abdillah, Fadh Majid, Dinie Rashid, dan Amir Hasan. Manakala peserta perempuan ialah Nanasheme, Farisha Iris, Hanie Soraya dan Sandra Dianne.

Tiga ikon muzik tersohor tanah air Faizal Tahir, Ajai dan Dayang Nurfaizah telah dilantik selaku juri tetap untuk musim ketiga ini. Sementara itu, seorang juri jemputan juga akan diundang khas secara bergilir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap untuk mengadili persembahan. Alif Satar dan Sherry Alhadad menggalas tugas sebagai pengacara konsert mingguan Big Stage. Live Plus Big Stage pula, Radin yang merupakan Personaliti dari ERA bergandingan bersama Isha Norsham menjadi pengacara untuk belakang tabir manakala Studio Big Stage dikendalikan oleh Sissy Imann dam Neeta Manishaa menjadi pengacara untuk kapsul harian serta perkembangan bintang-bintang Big Stage membuat persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan. Tambahan pula, tiga selebriti iaitu Neelofa, Caprice, dan Michael Ang telah dipilih menjadi Presiden Netizen yang berperanan memberi pandangan dari mata penonton.

Peserta[sunting | sunting sumber]

Mengikut susunan bagi setiap peserta (umur dicatat mengikut waktu pertandingan) [4]

*Nota: Telah Meninggal Dunia. [5]

Konsert mingguan[sunting | sunting sumber]

Minggu 1[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Disiarkan : 16 Ogos 2020
  • Tema : Starter Pack
Peserta Lagu Penyanyi Asal
Hanie Soraya "Hujung Dunia" Hanie Soraya
Usop "Selamanya" Usop
Azzam Sham "Salam Sejahtera" Samudera
Amir Hasan "Akad" Payung Teduh
Yamani Abdillah "Usang" Rahim Maarof
Fadh Majid "Kenangan Lalu Flybaits
Sandra Dianne "Hey! Kau" Sandra Dianne
Dinie Rashid "Bukan Cinta Aku Dinie Rashid
Farisha Iris "Tak Malu" Farisha Iris
Hafiz Zainal "Fly Me To The Moon" Frank Sinatra
Nanasheme "Hantu Atau Buaya x Boleh Blah" Nanasheme
Qody Rany "Dia" Qody Rany
  • Juri Jemputan : Hael Husaini
  • Presiden Netizan : Neelofa
  • Tiga Terbawah : Nana Sheme, Amir Hasan & Hafiz Zainal.

Tiada Penyingkiran

Minggu 2[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Disiarkan : 23 Ogos 2020
  • Tema : Hype Beat
Peserta Lagu Penyanyi Asal
Farisha Iris "Pura-Pura Bujang" Baby Shima
Fadh Majid "Alalala Sayang" Azarra Band
Amir Hasan "Donde" Andi Bernadee
Qody Rany "Cindai" Siti Nurhaliza
Yamani Abdillah "Paku" Ara Johari
Hafiz Zainal "Katakan Tidak" Afgan
Hanie Soraya "Ku Bahagia" Melly Goeslaw
Dinie Rashid "Batu Dan Golek" Faizal Tahir
Usop "Hati" Hael Husaini
Nanasheme "Mata" Ayda Jebat
Sandra Dianne "Kau Atau Aku" Elyana
Azzam Sham "Sinar" Megat Rahim
  • Juri Jemputan : Ernie Zakri
  • Presiden Netizen : Caprice
  • Tiga Terbawah : Fadh Majid, Hanie Soraya & Amir Hasan
  • BBNU Paling Gempak (Minggu 1) : Azzam Sham

Tersingkir : Hanie Soraya

Minggu 3[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Disiarkan : 30 Ogos 2020
  • Tema : Duominasi
Peserta & Artis Undangan Lagu Penyanyi Asal
Hafiz Zainal & Muna Shahirah "Dilema 03" Nora & Vince
Dinie Rashid & Wani Kayrie "Takdir Tercipta" Hafiz Suip & Adira
Sandra Dianne & Sufi Rashid "Aku Kau Dan Muzik" Akim & Stacy
Azzam Sham & Khai Bahar "Canggung" Wany Hasrita
Amir Hasan & Sarah Suhairi "Bicara Rasa" Ariff Bahran & Sarah Suhairi
Nanasheme & Adzrin "Setia" Faizal Tahir & Elizabeth Tan
Usop & Ara Johari "Senja Nan Merah" Awie & Ziana Zain
Fadh Majid & Kucaimars "Kekasih Bayangan" Cakra Khan
Qody Rany & Amir Masdi "Salam Untuk Kekasih" Nadia
Farisha Iris & Fieya Julia "Cinta" Melly Goeslaw & Krisdayanti
Yamani Abdillah & Syafiq Farhain "Isabella 98" Amy Search, Jamal Abdillah, Zamani & Saleem
  • Juri Jemputan : Lah Ahmad
  • Presiden Netizen : Michael Ang
  • Tiga Terbawah : Dinie Rashid, Amir Hasan & Sandra Dianne.
  • BBNU Paling Gempak (Minggu 2) : Azzam Sham

Tersingkir : Amir Hasan

Minggu 4[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Disiarkan : 6 September 2020
  • Tema : Baby Bash
Peserta Lagu Penyanyi Asal
Azzam Sham "Mengintai Dari Tirai Kamar" Exists
Hafiz Zainal "Laguku Untukmu" Hasnol
Fadh Majid "Mentera Semerah Padi" M. Nasir
Farisha Iris "Kau Kekasihku" Siti Nurhaliza
Yamani Abdillah "Mimpi Laila" Yasin Sulaiman
Qody Rany "Ukiran Jiwa" Awie
Dinie Rashid "Gubahan Rindu Puisi Syahdu" Fauziah Latiff
Nanasheme "Don't Speak" No Doubt
Usop "Bukan Ku Tak Sudi" Iklim
Sandra Dianne (Dikecualikan)* "Nuri" Ella
  • Juri Jemputan : Joe Flizzow
  • Presiden Netizen : Elly Mazlein
  • Tiga Terbawah : Hafiz Zainal, Qody Rany, Yamani Abdillah & Sandra Dianne* [6]

Tersingkir : Yamani Abdillah

Minggu 5: Tribute[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Disiarkan : 13 September 2020
  • Tema : #SandraDalamKenangan
  • Presiden Netizen : Elly Mazlein

Tersingkir : Sandra Dianne (Dibatalkan penyertaan)

Minggu 6: Suku akhir[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Disiarkan : 20 September 2020
  • Tema : Rotasi 36T & Battle
Peserta Lagu Penyanyi Asal
Dinie Rashid "Umpan Jinak Di Air Tenang" Ahmad Jais
Qody Rany "Teman Pengganti" Black & Malique
Fadh Majid "Seperti Mati Lampu" Elmo Genk x Conrad Good Vibration
Hafiz Zainal "Rampas" Akim & The Majistret
Nanasheme "Budak Ngam" Sophia Liana x Budak Ngam
Azzam Sham "Numb" Linkin Park
Usop "One Call Away" Charlie Puth
Farisha Iris "How You Like That" Blackpink
Battle Round
Peserta Lagu Penyanyi Asal
Azzam Sham "Merisik Khabar" Sudirman
Qody Rany
Dinie Rashid "Sejati" Faizal Tahir
Nana Sheme
Fadh Majid "Bujang Senang" Wings
Hafiz Zainal
Farisha Iris "Tak Ada Logika" Agnes Monica
Usop
  • Juri Jemputan : Mas Idayu
  • Presiden Netizen : Elly Mazlein
  • Tiga Terbawah : Hafiz Zainal, Nana Sheme, Dinie Rashid
  • BBNU Paling Gempak (Minggu 4) : Azzam Sham

Tersingkir : Nana Sheme & Hafiz Zainal

Minggu 7: Separuh akhir[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Disiarkan : 27 September 2020
  • Tema : Veto Juri & Duominasi Platinum
Tema Peserta / Peserta & Artis Undangan Lagu Penyanyi Asal
Veto Juri Farisha Iris "Semalam" Aina Abdul
Duominasi Platinum Dinie Rashid & Aizat Amdan "Sumpah" Naim Daniel
Veto Juri Qody Rany "Rude" Magic
Duominasi Platinum Usop & Haqiem Rusli "Kembali Merindu" Slam
Veto Juri Fadh Majid "Someone You Loved" Lewis Capaldi
Duominasi Platinum Azzam Sham & Bob Yusof "Gundah" Ernie Zakri
Veto Juri Azzam Sham "Tak Mungkin Bersama" Judika
Duominasi Platinum Farisha Iris & Syamel "Ratusan Purnama" Marthino Leo & Melly Goeslow
Veto Juri Dinie Rashid "Adventure Of A Lifetime" Coldplay
Duominasi Platinum Qody Rany & Naqiu "Satu" S.M Salim & Zainal Abidin
Veto Juri Usop "Lelaki Ini" Anuar Zain
Duominasi Platinum Fadh Majid & Shiha Zikir "Percayalah" Afgan & Raisa

Tersingkir : Farisha Iris

Minggu 8: Konsert akhir[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Disiarkan : 04 Oktober 2020
  • Tema : Ultimatum (Slow and Fast Beat)
Slow Beat
Finalis Lagu Penyanyi Asal
Azzam Sham "Aku Bidadari Syurgamu" Siti Nurhaliza
Qody Rany "Bukan Dia Tapi Aku" Judika
Dinie Rashid "My Baby You" Marc Anthony
Fadh Majid "Bila Rasaku Ini Rasamu" Kerispatih
Usop "Peluang Kedua" Nabila Razali
Fast Beat
Finalis Lagu Penyanyi Asal
Dinie Rashid "Kau Bunga Cintaku" Anuar Zain
Fadh Majid "Pantun Budi" S.M Salim
Usop "Arjuna Mencari Cinta" Dewa 19
Azzam Sham "Grenade" Bruno Mars
Qody Rany "Aladin" Spider

Pemenang dan hadiah[sunting | sunting sumber]

  • Juara: Azzam Sham (RM 100,000 beserta Trofi)
  • Naib Juara: Usop (RM 50,000 beserta Trofi)
  • Tempat Ketiga: Qody Rany (RM 25,000 beserta Trofi)
  • Tempat Keempat: Dinie Rashid (RM 10,000 beserta Trofi)
  • Tempat Kelima: Fadh Majid (RM 5,000 beserta Trofi)

Kedudukan mingguan[sunting | sunting sumber]

Rank M1 M2 M3 M4 M5 (Tribute) M6 (Suku Akhir) M7 (Semi Final) M8 (Grand Finale)
1 Azzam Sham Usop Usop Usop - Fadh Majid Azzam Sham Juara: Azzam Sham
2 Qody Rany Azzam Sham Farisha Iris Fadh Majid - Qody Rany Usop Naib Juara: Usop
3 Usop Qody Rany Azzam Sham Azzam Sham - Usop Fadh Majid Ketiga: Qody Rany
4 Sandra Dianne Farisha Iris Qody Rany Dinie Rashid - Azzam Sham Qody Rany Keempat: Dinie Rashid
5 Fadh Majid Nana Sheme Fadh Majid Nana Sheme - Farisha Iris Farisha Iris Kelima: Fadh Majid
6 Yamani Abdillah Sandra Dianne Hafiz Zainal Farisha Iris - Hafiz Zainal Dinie Rashid
7 Dinie Rashid Hafiz Zainal Yamani Abdillah Hafiz Zainal - Nana Sheme
8 Hanie Soraya Dinie Rashid Nana Sheme Qody Rany - Dinie Rashid
9 Farisha Iris Yamani Abdillah Dinie Rashid Yamani Abdillah
10 Nana Sheme Fadh Majid Amir Hasan Sandra Dianne
11 Amir Hasan Hanie Soraya Sandra Dianne
12 Hafiz Zainal Amir Hasan

Kunci warna

     Bottom 3 (Markah Juri/Presiden Netizen)
     Terbatal Penyertaan (Tarik Diri/Meninggal Dunia)
     Tersingkir (Undian Penonton Terendah)
     Juara Keseluruhan (Markah Juri + Undian Penonton)

Kronologi[sunting | sunting sumber]

  • Pada 5 September 2020, Sandra terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 9.2, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) berdekatan Subang Jaya, Selangor pada jam 2:30 petang. Beliau mengalami kecederaan di kepala selepas kereta Great Wall yang dinaiki bersama rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbalik. Sandra dibawa ke Unit Rawatan Rapi Hospital Putrajaya di mana keadaan beliau dilaporkan tidak sedarkan diri. Beliau dilaporkan dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani latihan penuh konsert minggu keempat Big Stage. Pada awal 2 pagi tanggal 11 September 2020 iaitu 5 hari selepas bertarung nyawa, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Putrajaya. Konsert pada minggu ketiga merupakan persembahannya yang terakhir di dalam Big Stage 2020 sebelum beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan telah disahkan meninggal dunia. [7][8]
  • Sebagai tanda penghormatan terakhir, pihak Astro mengambil keputusan untuk tidak meneruskan Konsert Big Stage 2020 minggu kelima pada Ahad (13 September 2020) seperti kebiasaan sebaliknya bakal mengadakan sebuah konsert tribute istimewa berjudul #SandraDalamKenangan bagi mengenang Allahyarhamah dan penglibatan beliau dalam industri seni tanahair terutamanya sepanjang pertandingan Big Stage 2020 berlangsung. [9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dimensi berbeza Big Stage 2020 pada skala norma baharu Utusan Borneo. 6 Ogos 2020. Dicapai pada 10 Oktober 2020.
  2. ^ "Tiada peserta luar negara, Usop, Qody dan Nana Sheme antara 12 'BBNU' bakal berentap di Big Stage 2020". Mstar Online. 4 Ogos 2020.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (4 Oktober 2020). Juara Big Stage 2020 milik Azzzam Sham Harian Metro. Dicapai pada 10 Oktober 2020.
  4. ^ "Senarai 12 peserta Big Stage 2020". Iluminasi. 4 Ogos 2020.
  5. ^ "Bintang Big Stage 2020, Sandra Dianne meninggal dunia". Astro Awani. 11 September 2020.
  6. ^ "Sandra di ICU, dikecualikan dari Big Stage". Harian Metro. 6 September 2020.
  7. ^ Farihad Shalla Mahmud (6 September 2020). "Penyanyi Sandra Dianne tak sedar diri selepas kemalangan". Berita Harian. Dicapai pada 7 September 2020.
  8. ^ Syafil Syazwan Jefri (6 September 2020). "Sandra Dianne Kemalangan". Harian Metro. Dicapai pada 7 September 2020.
  9. ^ Astro Gempak (11 September 2020). ""Konsert Big Stage 2020 Minggu Kelima Akan Digantikan Dengan Konsert Tribute #SandraDalamKenangan" - Pengurus Saluran Astro Ria". Astro Gempak. Dicapai pada 11 September 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]