Hiba Abu Nada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hiba Abu Nada
هبة أبو ندى
Potret Abu Nada
Kelahiran
Hiba Kamal Saleh Abu Nada

(1991-06-24)24 Jun 1991
Makkah, Arab Saudi
Meninggal dunia20 Oktober 2023(2023-10-20) (umur 32)
Khan Yunis, Genting Gaza
PekerjaanPenyajak, novelis, ahli nutrisi

Hiba Kamal Abu Nada (Arab: هبة كمال أبو ندى; 24 Jun 1991 - 20 Oktober 2023) ialah seorang penyair, novelis, pakar pemakanan,[1] dan Wikimediawan dari Palestin.[2] Novelnya, Oksigen bukan untuk si mati memenangi tempat kedua dalam Anugerah Sharjah untuk Kreativiti Arab pada 2017.[3][4] Beliau terbunuh di Semenanjung Gaza oleh serangan udara Israel dalam perang Israel–Hamas 2023.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Abu Nada dilahirkan di Mekah, Arab Saudi pada 24 Jun 1991. Beliau menerima ijazah sarjana muda biokimia dari Universiti Islam, Gaza, dan ijazah sarjana dalam pemakanan klinikal dari Universiti Al-Azhar.[5]

Beliau bekerja sebentar di Pusat Kreativiti Rusul, yang dikaitkan dengan Institut Anak Yatim al-Amal.[6] Menurut Al-Ayyam, beliau "sibuk dengan keadilan, kebangkitan Arab, dan realiti kehidupan Palestin di bawah pendudukan."[7]

Dia menerbitkan beberapa koleksi puisi, dan sebuah novel, bertajuk al-Uksujīn laysa lil-mawtā ("Oksigen bukan untuk orang mati", Arab: الأكسجين ليس للموتى). Pada 2017, beliau memenangi tempat kedua dalam Anugerah Sharjah tahunan ke-20 bagi Kreativiti Arab, anjuran Emiriah Arab Bersatu bagi novelnya.[8][9] Buku itu diterbitkan semula oleh Dar Diwan pada 2021.[10]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Catatan terakhirnya dalam talian adalah pada 8 Oktober 2023, dengan tulisannya berbunyi:[11]

Gelapnya malam Gaza selain cahaya roket, sepinya selain bunyian bom, gerunnya selain ketengangan doa, hitamnya selain cahaya syuhada. Selamat malam, Gaza.

Pada 20 Oktober 2023, beliau terbunuh dalam perang Israel–Hamas akibat serangan udara Tentera Udara Israel yang mengenai rumahnya di Khan Yunis di selatan Gaza. Beliau berumur 32 tahun.[12][13]

Karya[sunting | sunting sumber]

  • ‏الأكسجين ليس للموتى ‏ [Oksigen bukan untuk si mati: sebuah novel] (dalam bahasa Arab). ‏دائرة الثقافة، حكومة الشارقة،‏, al-Shāriqah. 2017. ISBN 978-9948-23-314-5. OCLC 1032289333 – melalui Wikidata: Q123139804.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "وزارة الثقافة تنظم أمسية شعرية بالتعاون مع بلدية غزة". Alwatan Voice (dalam bahasa Arab). 29 August 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2017. Dicapai pada 20 October 2023.
  2. ^ "Gaza: Muerte de una poeta - ContraPunto". ContraPunto (dalam bahasa Sepanyol). 21 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 October 2023. Dicapai pada 23 October 2023.
  3. ^ ""الثقافة" تكّرم الروائية "أبو ندى" لفوزها بجائزة الشارقة للإبداع العربي". Alray (dalam bahasa Arab). 15 March 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2023. Dicapai pada 20 October 2023.
  4. ^ "الأكسجين ليس للموتى". Department of Culture, Sharjah (dalam bahasa Arab). 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2023. Dicapai pada 20 October 2023.
  5. ^ "حوار صحفي مع الأديبة هبة أبو ندى". Women for Palestine (dalam bahasa Arab). 12 March 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2019. Dicapai pada 20 October 2023.
  6. ^ Al-Daour, Aisha (Spring 2021). "Heroes for Change or Systems for Change?". Masters thesis, Malmö University. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 October 2023. Dicapai pada 29 October 2023.
  7. ^ "هبة أبو ندى ." www.al-ayyam.ps. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 October 2023. Dicapai pada 25 October 2023.
  8. ^ "الحدث الثقافي: فلسطين تكسب جائزتين في الشعر والرواية". Al-Hadath (dalam bahasa Arab). 17 February 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 October 2023. Dicapai pada 20 October 2023.
  9. ^ "وزارة الثقافة تشيد بفوز حجاوي وابو ندى في جائزة الشارقة للإبداع العربي". Palestinian Ministry of Culture (dalam bahasa Arab). 2017. Dicapai pada 20 October 2023.
  10. ^ "الأكسجين ليس للموتى (Oxygen is not for the dead)". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 October 2023. Dicapai pada 25 October 2023.
  11. ^ "Read the last words of writer Heba Abu Nada, who was killed last week by an Israeli airstrike". Literary Hub (dalam bahasa Inggeris). 24 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 October 2023. Dicapai pada 25 October 2023.
  12. ^ Ramadan, Alsayid (21 October 2023). "حاصلة على جائزة الشارقة للإبداع العربي.. وفاة الأديبة الفلسطينية الشابة هبة أبو ندى ضحية قصف غزة". Al-Bayan (dalam bahasa Arab). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 October 2023. Dicapai pada 21 October 2023.
  13. ^ Al-Kardousi, Elham (21 October 2023). "معلومات عن الشاعرة الفلسطينية هبة أبو ندى.. قتلها الاحتلال في غزة". El Watan News (dalam bahasa Arab). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2023. Dicapai pada 21 October 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Media sosial: Facebook: 100002457890081 Twitter: HebaAbuNada Instagram: heba.abu.nada Sunting ini di Wikidata