Perang Israel−Palestin 2023

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perang Israel-Palestin 2023 atau dinamakan sebagai Taufan al-Aqsa (Dalam Bahasa Arab: طوفان الأقصى) manakala serangan balas Israel dipanggil sebagai Operasi Pedang Besi (Ibrani: מבצע חרבות ברזל, rumi: Mivtsa Kherevot Barzel).[1] Bermula dengan sebuah operasi ketenteraan mengejut bermula dengan pelancaran roket yang digalakkan oleh pejuang kemerdekaan Palestin, Briged Izzuddin Al-Qassam dari Genting Gaza. Unit itu juga menggalakan penyusupan kilat ke bandar-bandar Israel yang mengelilingi sempadan antara Israel dan Genting Gaza.

Perang Israel−Palestin 2023
Sebahagian daripada konflik Israel–Palestin

     Gaza

     Wilayah Jajahan Israel dengan keberadaan Mujahidin Palestin      Kawasan dipindahkan

  Sempadan maksimum kemaraan Palestin
Tarikh7 Oktober 2023 – kini
(1 bulan, 4 minggu dan 1 hari)
Lokasi
Status

Sedang berlaku

  • Pihak Palestin menembusi sempadan Gaza–Israel dan memasuki Daerah Selatan
  • Ketenteraan Israel melancarkan serangan udara ke Gaza
  • Angkatan Pertahanan Israel melaporkan pengawalan semula keseluruhan komuniti sekitar Gaza pada 9 Oktober
  • Israel mengenakan sekatan penuh terhadap Gaza
Pihak yang terlibat

 Negara Palestin

 Israel
Komandan dan pemimpin
Unit terlibat
Kerugian dan korban

Setakat 26 Oktober 2023[6]

  • 7,028 maut
    • 2,913 kanak-kanak
    • 1,709 wanita
    • 397 warga tua
  • 18,484 cedera
300+ maut,
1,590 cedera,[7][8][9]
53 ditangkap[10]
17 warga Nepal diculik oleh Hamas, 7 tercedera[11]
2 warga Thailand terbunuh, 11 diculik oleh Hamas, 8 tercedera,[12][13]
Seorang medik warga Indonesia terbunuh dalam serangan udara Israel[14]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Oktober 2023, sebahagian daripada konflik Israel-Palestin, sebuah operasi ketenteraan mengejut bermula dengan pelancaran roket berjumlah kira-kira 5,000 buah telah dilepaskan ke Israel dari Genting Gaza oleh pejuang Hamas dari Palestin, disusuli dengan penyusupan ketenteraan ke dalam Kibbutz (petempatan luar bandar terancang Israel) yang mengelilingi Gaza dan bandar Sderot di Israel).

Sempadan Israel-Gaza juga hancur akibat diletupkan oleh Briged Izzuddin Al-Qassam dan pejuang palestin yang lain, dan juga dihancurkan oleh rakyat Palestin di Gaza yang menggunakan jentolak yang menghancurkan pagar sempadan Israel-Gaza.

Pejuang Briged Izzuddin Al-Qassam dan Pejuang Palestin yang lain juga menggunakan jip bagi ke wilayah jajahan 1948 melalui jalan darat dan laut.

Kebanyakkan kem-kem tentera IDF berdekatan dengan sempadan Gaza turut dikuasai oleh Briged Izzuddin Al-Qassam dan unit pejuang Palestin yang lain.

Briged Izzuddin Al-Qassam juga menawan pegawai, tentera Israel dan rakyat israel salah satunya komander kanan tentera Israel yang ditawan ialah Nimrod Alloni dan juga pembunuhan Leftenan Israel iaitu Kolonel Yonathan, juga pembunuhan mayor general Israel iaitu kolonel Jonathan Steinberg dan masih ramai lagi.

Permulaan serangan Operasi Ketenteraan Taufan Al-Aqsa juga bertepatan dengan ulang tahun ke-50 Perang Arab–Israel pada 1973.[15]

Sebagai balas, Israel melancarkan serangan ke atas Genting Gaza.[16][17] Menteri Pertahanan Yoav Galant meluluskan panggilan pasukan simpanan. Pemimpin Hamas, Saleh al-Arouri menyatakan bahawa "Mujahidin" memulakan operasi bagi mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan membebaskan tahanan yang selama ini dizalimi zionis. Briged Izzuddin Al-Qassam menerbitkan gambar tentera Israel yang ditangkap. Trafik navigasi terganggu di lapangan terbang di tengah dan selatan Israel.[18]

Korban[sunting | sunting sumber]

Israel[sunting | sunting sumber]

Media Israel melaporkan jumlah kematian sekurang-kurangnya 400 orang, manakala 2,000 lagi tercedera.[19]

Palestin[sunting | sunting sumber]

Berikutan serangan udara Israel sebagai tindak balas, Kementerian Kesihatan Palestin yang diketuai oleh kerajaan Hamas di Gaza melaporkan jumlah kecederaan yang tidak dinyatakan dalam "ramai rakyat". Ia kemudian berkata bahawa 313 orang rakyatnya telah terbunuh manakala 1,788 lain tercedera.[20]

Korban warga asing[sunting | sunting sumber]

Duta Nepal ke Israel, Kanta Rijal, berkata sekurang-kurangnya tujuh rakyatnya di negara itu cedera dalam serangan itu, dan mereka bersama sepuluh yang lain telah ditahan oleh Hamas di sebuah ladang pertanian di Alumim.[11][21] Media Israel juga melaporkan bahawa pekerja asing dari Thailand dan Filipina turut ditawan oleh militan Palestin. Kerajaan Thailand mengakui kemungkinan penculikan dua rakyatnya.

Doktor Tanpa Sempadan menyatakan bahawa Israel menyerang hospital yang dikendalikan Indonesia di Semenanjung Gaza, membunuh seorang jururawat, seorang pemandu ambulans dan mencederakan beberapa yang lain.[22]NGO Indonesia, Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C), mengesahkan bahawa salah seorang kakitangannya telah terbunuh dan IDF telah menyasarkan hospitalnya.[14]

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan kira-kira 20,000 pelarian di utara Gaza dibom oleh tentera Israel pada 2 November 2023, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang,hasil laporan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).[1]

Israel[sunting | sunting sumber]

Siasatan telah dilancarkan berhubung kegagalan pihak berkuasa Israel menghalang serangan daripada berlaku.[23]

Palestin[sunting | sunting sumber]

Kementerian Pendidikan dan Pengajian Palestin mengumumkan penutupan kesemua sekolah di Semenanjung Gaza sehingga diberitahu kelak.[24] Kementerian Kesihatan Palestin telah merayu untuk sumbangan darah dan bantuan perubatan kritikal.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pelbagai reaksi antarabangsa yang diterima. Reaksi yang diberikan pemimpin negara termasuk Argentina, Brazil, India[25][26], Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Eropah berkata Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri daripada serangan bersenjata dan menyifatkan taktik Hamas sebagai keganasan.

Beberapa negara dari Liga Arab termasuk Oman, Yemen, Qatar dan juga negara bukan arab seperti Iran dan Pakistan menyuarakan sokongan mereka kepada Palestin, dan menyalahkan pendudukan haram Israel atas peningkatan keganasan berikut.[27][28][17][29]

Pada 11 Oktober 2023, bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad berkata beliau menyokong tindakan Palestin khususnya pejuang Hamas yang melakukan serangan mengejut terhadap Israel. Beliau berkata, tindakan Hamas adalah akibat tekanan teruk yang dialami oleh rakyat Palestin sejak sekian lama sehingga tidak mampu berbuat apa melainkan mengatur serangan mengejut.[30]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hamas announces 'Al-Aqsa Storm,' claims to have fired 5,000 rockets". CNN. 7 Oktober 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  2. ^ PFLP (7 Oktober 2023). "صادر عن كتائب الشهيد أبو علي مصطفى الجناح العسكري للجبهة الشعبية لتحرير فلسطين".
  3. ^ "الحرية – بيان عسكري صادر عن كتائب المقاومة الوطنية (قوات الشهيد عمر القاسم) استشهاد ثلاثة من مقاتلينا داخل اراضينا المحتلة عام 48". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  4. ^ a b "Qassam Brigades announces control of 'Erez Crossing'". Roya News. 7 Oktober 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  5. ^ "Israel Army Fires Artillery at Lebanon as Hezbollah Claims Attack". Asharq Al-Awsat (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 October 2023. Dicapai pada 8 October 2023.
  6. ^ "Palestinian death toll from Israeli attacks on Gaza surges to 7,028" (dalam bahasa Inggeris). Anadolu Ajansı. Dicapai pada 27 Oktober 2023.
  7. ^ McKernan, Bethan (7 Oktober 2023). "Hundreds die and hostages held as Hamas assault shocks Israel". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0029-7712. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  8. ^ "Israeli death toll in Hamas onslaught rises to at least 300". The Times of Israel. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  9. ^ "IDF: 200 killed in huge assault by Hamas, hostages taken to Gaza; PM: Israel at war". The Times of Israel. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  10. ^ "Israel: At least 40 dead, 800 wounded, dozens taken by Hamas". i24news.tv. 7 Oktober 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  11. ^ a b "At least 7 Nepali injured, 17 held captive by Hamas in Israel". India Today. 7 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2023. Dicapai pada 7 October 2023.
  12. ^ "2 Thais killed, 8 injured, 11 kidnapped in Hamas attack on Israel". Bangkok Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 October 2023.
  13. ^ "Two Thais killed in Israel-Gaza violence, says Thailand PM". The Straits Times. 8 October 2023.
  14. ^ a b "Indonesia's MER-C condemns Israeli strikes killing its staff in Gaza". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 October 2023. Dicapai pada 8 October 2023.
  15. ^ Kayyem, Juliette (7 Oktober 2023). "A Devastating Attack by Hamas". The Atlantic (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  16. ^ "N12 - תיעוד: מחבלים חדרו לשדרות עם נשקים שלופים - וירו על..." N12. 2023-10-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-10-07. Dicapai pada 2023-10-07.
  17. ^ a b "Rocket Barrage From Gaza Strikes Israel, Several Wounded". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). 2023-10-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-10-07. Dicapai pada 2023-10-07.
  18. ^ Airports close in southern, central Israel following rocket fire
  19. ^ "LAPOR LANGSUNG Perang Palestin-Israel, jumlah korban di Gaza meningkat ke 313, di Israel 400".
  20. ^ https://www.astroawani.com/berita-dunia/lapor-langsung-palestin-terus-bermandi-darah-israel-mengganas-440726. Missing or empty |title= (bantuan)
  21. ^ "At least 7 Nepali injured, 17 held captive by Hamas in Israel: Nepal's envoy". ANI. 7 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2023. Dicapai pada 7 October 2023.
  22. ^ "Doctors Without Borders says healthcare facilities 'cannot become targets' after Israeli forces struck a hospital and ambulance in Gaza". Business Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 October 2023. Dicapai pada 8 October 2023.
  23. ^ Gardner, Frank (7 October 2023). "How did Israeli intelligence fail to stop major attack from Gaza?". BBC (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2023. Dicapai pada 7 October 2023.
  24. ^ Aisha, Nour Abu. "Israeli army declares state of readiness of war". Anadolu Agency (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 October 2023. Unknown parameter |arcjive-url= ignored (bantuan)
  25. ^ "India sides with West, condemns 'terrorist attacks in Israel' by Palestine's Hamas group". The Telegraph.
  26. ^ "PM Modi affirms solidarity with Israel, surprise assault chills recent thaw in region". Indian Express. 7 October 2023.
  27. ^ "Saudi Arabia joins global calls for de-escalation of conflict between Palestinians, Israelis". Arab News. 7 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2023. Dicapai pada 7 October 2023.
  28. ^ Kwen, James (7 October 2023). "Nigeria Reacts To Israel, Palestine Hostilities, Calls For De-escalation". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 October 2023. Dicapai pada 8 October 2023.
  29. ^ "Saudi Arabia, Qatar, Oman and Bahrain call for immediate de-escalation between Israel and Palestine". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2023. Dicapai pada 7 October 2023.
  30. ^ ADNAN, TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD (2023-10-11). "'Saya sokong Hamas 100 peratus' - Tun M". Sinar Harian.