Pergi ke kandungan

Wabar batu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Hiraks batu)

Wabar batu
Di Erongo, Namibia
Pengelasan saintifik
Nama binomial
Procavia capensis
(Pallas, 1766)
     Taburan asli

Wabar batu atau hiraks batu (nama saintifik: Procavia capensis) adalah mamalia darat saiz sederhana yang berasal dari kawasan benua Afrika pinggir gurun Sahara (kecuali Lembangan Congo) dan Timur Tengah.[1] Spesies ini dijumpai bersarang di celah-celah batu muka bumi berketinggian hingga 4200 meter[2] yang memungkinkannya melarikan diri dari pemangsa.[2][3]

Ia adalah salah satu daripada lima spesies hidup dari order Hyracoidea, dan satu-satunya spesies dalam genus Procavia;[4] ia secara biologinya berkait rapat dengan dugong (melalui kelompok ordo Sirenia) dan gajah.[5]

Ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]

Badan wabar jenis ini kontot mencapai panjang 50 sentimeter dengan berat ditimbang sehingga 4 kilogram; wabar jantan agak lebih berat dari wabar betina sebanyak 10%. Bulu badan ia tebal berwarna perang kelabuan menggelap di kawasan lembap mahupun menerang di kawasan kering seperti gurung.[6]

Kepala wabar jenis ini sedikit lonjong bermisai hitam di muncungnya dengan leher yang kontot.[7]

Spesies ini dirakam mengeluarkan sebanyak lebih 20 jenis bunyi dan isyarat boleh didengari.

Spesies wabar ini 95% waktu aktifnya berjemur;[7] ia sering berjemur dalam kawanan di mana setiap ekor saling menindih untuk mengawal atur suhu kelompok.[8]

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Spesies wabar ini sering memakan pelbagai jenis tumbuhan terutamanya yang berdaun lebar atau dikotil[9] serta juga sering memangsakan serangga melata.[7] Kandungan air yang diperolehi dari dedaun ini menjadikan ia kurang minum namun boleh senang haus di bawah sinaran langsung matahari.[10]

Makanan sering dicari dalam lingkungan 50 m dari sarang secara berkawanan di mana salah seekor wabar ini menjadi pemantau sebarang ancaman bahaya yang boleh diteriakkan sebagai isyarat berlari kembali ke sarang.[11]

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Musim mengawan wabar batu dari Februari hingga April di mana alat kelamin reporduktif seperti buah zakar dan vesikel mani bertambah lebih besar daripada biasa.[12] Kedua-dua jantan dan betina menjadi matang selepas 16 bulan.[13]

Tempoh bunting betina selama 6 hingga 7 bulan di mana ia boleh melahirkan antara 2 hingga 4 ekor anak dalam keadaan terbuka mata dengan berbulu sempurna. Seekor hiraks atau wabar batu boleh hidup selama 10 tahun[13]

  1. 1 2 Butynski, T.; Hoeck, H.; Koren, L. & de Jong, Y.A. (2015). "Procavia capensis". The IUCN Red List of Threatened Species. 2015. IUCN: e.T41766A21285876. doi:10.2305/IUCN.UK.2015-2.RLTS.T41766A21285876.en.
  2. 1 2 George A. Feldhamer; Lee C. Drickamer; Stephen H. Vessey; Joseph F. Merritt; Carey Krajewski (2007). Mammalogy: Adaptation, Diversity, Ecology. JHU Press. m/s. 376. ISBN 9780801886959.
  3. ↑ Adrienne Gear (2008). Nonfiction Reading Power: Teaching Students how to Think While They Read All Kinds of Information. Pembroke Publishers Limited. m/s. 105. ISBN 9781551382296.
  4. ↑ Shoshani, J. (2005). "Order Hyracoidea". Dalam Wilson, D.E.; Reeder, D.M (eds.). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference (3rd ed.). Johns Hopkins University Press. pp. 88–89. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.
  5. ↑ Jane B. Reece; Noel Meyers; Lisa A. Urry; Michael L. Cain; Steven A. Wasserman; Peter V. Minorsky (2015). Campbell Biology Australian and New Zealand Edition. Pearson Higher Education AU. m/s. 470. ISBN 9781486012299.
  6. ↑ Bothma, J.d.P. (1966). "Color Variation in Hyracoidea from Southern Africa". Journal of Mammalogy. 47 (4): 687–693. doi:10.2307/1377897. JSTOR 1377897.
  7. 1 2 3 "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-05. Dicapai pada 2009-04-27.{{cite web}}: CS1 maint: archived copy as title (link)
  8. ↑ "The Creature Feature: 10 Fun Facts About the Rock Hyrax (Or, Are You Ready to Rock Hyrax?)". Wired (dalam bahasa Inggeris AS). ISSN 1059-1028. Dicapai pada 2021-09-21.
  9. ↑ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-24. Dicapai pada 2009-04-27.{{cite web}}: CS1 maint: archived copy as title (link)
  10. ↑ African Wildlife Foundation: Hyrax
  11. ↑ Kotler, B. P.; Brown, J. S.; Knight, M. H. (1999). "Habitat and patch use by hyraxes: there's no place like home?". Ecology Letters. 2 (2): 82–88. doi:10.1046/j.1461-0248.1999.22053.x.
  12. ↑ Glover, T.D.; Millar, R.P. (1970). "Seasonal Changes in the Reproductive Tract of the Male Rock Hyrax". Journal of Reproduction and Fertility. 23 (3): 497–499. doi:10.1530/jrf.0.0230496.
  13. 1 2 Olds, N.; Shoshani, J. (1982). "Procavia capensis" (PDF). Mammalian Species. 171 (171): 1–7. doi:10.2307/3503802. JSTOR 3503802. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2005-10-30.