Houston

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
City of Houston
Bandar Houston
Bendera City of Houston Bandar Houston
Mohor rasmi City of Houston Bandar Houston
Nama panggilan: Space City
Kedudukan di Harris County, Texas
NegaraAmerika Syarikat
NegeriTexas
KauntiHarris
Fort Bend
Montgomery
Diperbadankan5 Jun 1837
Kerajaan
 • Datuk BandarBill White
Keluasan
 • Bandar601.7 batu persegi (1,558 km2)
 • Tanah579.4 batu persegi (1,501 km2)
 • Air22.3 batu persegi (57.7 km2)
Aras
43 ft (13 m)
Penduduk
 (2007)[1][2]
 • Bandar2,242,193
 • Kepadatan3,828/batu persegi (1,471/km2)
 • Urban
3,822,509
 • Metro
5,728,143
 • Demonim
Orang Houston
 (ke-4 di A.S., ke-6 A.S.)
Zon waktuUTC-6 (CST)
 • Musim panas (DST)UTC-5 (CDT)
Kod kawasan713, 281, 832
Kod FIPS48-35000GR2
GNIS feature ID1380948GR3
Laman sesawanghoustontx.gov

Houston [ˈhjuːstən, hiu-stĕn] ialah bandar raya keempat terbesar di Amerika Syarikat dan bandar raya terbesar di negeri Texas. Mengikut anggaran Bancian Amerika Syarikat pada tahun 2008, bandar raya ini diduduki oleh 2.2 juta orang dalam kawasan seluas 600 batu persegi (1,600 kilometer persegi). Houston ialah pusat pentadbiran Harris County dan pusat ekonomi kawasan metropolitan Houston–Sugar Land–Baytown, iaitu kawasan metropolitan keenam terbesar di A.S. dengan lebih 5.7 juta penduduk.

Houston diasaskan pada 30 Ogos 1836 oleh adik-beradik Augustus Chapman Allen dan John Kirby Allen di atas sebidang tanah berhampiran tebing Buffalo Bayou.[3] Bandar raya ini diperbadankan pada 5 Jun 1837, dan dinamakan sempena Presiden Republik Texas ketika itu, iaitu bekas Jeneral Sam Houston yang pernah melibatkan diri sebagai komander dalam Pertempuran San Jacinto, yang berlangsung 25 batu (40 kilometer) di timur tapak bandar raya ini. Industri pelabuhan dan kereta api yang berkembang bersama penemuan minyak pada tahun 1901 telah meningkatkan bilangan penduduknya tanpa henti. Pada pertengahan abad ke-20, Houston menempatkan Pusat Perubatan Texas, iaitu kawasan penumpuan institusi penjagaan kesihatan dan penyelidikan yang terbesar di dunia, dan Pusat Angkasa Lyndon B. Johnson binaan NASA di mana terletaknya Pusat Kawalan Misi.

Dengan taraf bandaraya global beta,[4] ekonomi Houston bertapak kukuh dalam sektor-sektor tenaga, perkilangan, aeronautik, pengangkutan, dan kesihatan di samping menjadi pusat utama pembinaan kelengkapan lapangan minyak; hanya Bandaraya New York yang lebih menempatkan ibu pejabat syarikat Fortune 500 dalam lingkungan batas sempadan kotanya.[5] Port of Houston merupakan pelabuhan yang paling banyak tanan bawaan air antarabangsa dan kedua terbanyak tanan kargo yang diuruskan di Amerika Syarikat.[6] Para penduduknya berbilang keturunan dan agamanya di samping komuniti antarabangsa yang semakin berkembang. Bandaraya ini menempatkan banyak institusi dan pameran kebudayaan yang menarik lebih 7 juta pengunjung setahun ke Houston Museum District. Houston juga berbangga dengan persada seni visual dan persembahan yang kaya di Theater District, tidak lupa juga merupakan salah sebuah daripada sebilangan kecil bandaraya A.S. yang menawarkan syarikat setempat yang beroperasi sepanjang tahun untuk semua seni persembahan utama.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "US Census Bureau Population Finder: Houston city, TX". factfinder.census.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-04. Dicapai pada 2009-03-28.
  2. ^ "Population Estimates for the 25 Largest U.S. Cities based on July 1, 2006 Population Estimates" (PDF). www.census.gov. Dicapai pada 2009-03-28.
  3. ^ McComb, David G. (19 Januari 2008). ""Houston, Texas"". Handbook of Texas Online. Dicapai pada 2008-06-01.
  4. ^ "GaWC - The World According to GaWC 2008". Globalization and World Cities Research Network. Dicapai pada 2009-03-01.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Fortune 500 tidak disediakan
  6. ^ U.S. Port Ranking by Cargo Volume 2004 Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine. Port Industry Information, American Association of Port Authorities. 2004. Diterima pada 2007-01-15.
  7. ^ "Museums and Cultural ArtsPDF (31.8 KB)", Greater Houston Partnership. Retrieved on 2009-03-21.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]