Huang Long

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam mitos Cina, Huang Long (Tulisan Cina Tradisional: 黃龍; Tulisan Cina Ringkas: 黄龙; pinyin: Huáng​lóng​; Bahasa Kantonis (Yale): wong4 lung4; Bahasa Jepun: Kōryū or Ōryū; Bahasa Korea: Hwang-Ryong; Vietnam: Hoàng Long; secara harfiah: "Naga Kuning") ialah seekor naga tanpa tanduk yang pernah menjelma dari Sungai Luo dan mempersembahkan unsur-unsur tulisan kepada Maharaja Fu Xi. Menurut legenda, ketika tampil di hadapan Fu Xi, naga ini menyumbat sebuah lubang di angkasa yang dibuat oleh raksasa Gong Gong. Siang malam, musim dan cuaca ditentukan dengan bangun, tidur dan nafasnya.

Dalam kebudayaan Asia Timur, di kalangan Empat Lambang ini adakalanya wujudnya seekor pelindung kelima iaitu Huang Long. Dewa ini merupakan pelindung pusat yang mewakili unsur tanah dalam lima unsur Cina, serta perubahan musim.

Huang Long tidak muncul dalam mitos Jepun, yang mana unsur kelima dalam perunsuran Jepun ialah Kekosongan, dan tidak mungkin dilambangkan oleh haiwan. Oleh itu, Huang Long sering dilupakan. Bagaimanapun, ada yang menganggap Ōryū (naga kuning) sebagai padanan Jepun bagi Huang Long kerana mempunyai beberapa persmaan.

Di akhir pemerintahannya, Maharaja legenda yang pertama iaitu Huang Di dikatakan menaiki seekor naga kuning untuk naik ke Syurga. Memandangkan orang Cina menganggap Huang Di sebagai leluhur mereka, mereka juga bergelar "keturunan naga". Legenda ini turut menyumbang kepada penggunaan naga Cina sebagai lambang kekuasaan raja.