Hubungan Albania-Palestin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungan Albania-Palestin
Peta menunjukkan lokasi Albania dengan Palestine

Albania

Palestin

Albania dan Palestin menjalinkan hubungan diplomatik pada tahun 1990. Albania telahpun mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara sejak 1988. Palestin mempunyai kedutaan di Tirana, tetapi Albania tidak mempunyai kedutaan di Palestin.[1] Kedua-duanya ialah ahli Pertubuhan Kerjasama Islam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Selepas pengisytiharan Kemerdekaan Palestin, Albania rasminya mengiktiraf Negara Palestin pada tahun 1988 dan pada tahun 1989 Kedutaan Negara Palestin, dengan perwakilan diplomatik penuh, dibuka rasminya di Albania. Dengan pembukaan kedutaan tersebut, hubungan antara Albania dan Palestin dipertingkatkan lagi dengan lawatan Presiden Palestin Yasser Arafat pada penghujung tahun 1996.

Albania adalah salah satu daripada 41 negara yang berkecuali dalam pengundian bagi permohonan Palestin untuk negara pemerhati bukan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 29 November 2012.

Pada 2015, Albania merupakan salah satu daripada 119 negara anggota PBB (daripada 193) yang mengundi menyokong menaikkan bendera Palestin di PBB.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Government of Albania (January 2011). "Diplomatic list" (PDF). Ministry of Foreign Affairs. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 July 2011. Dicapai pada 6 August 2011. "Embassy of the State of Palestina".

Templat:Foreign relations of Albania