Liga Arab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Liga Negara-negara Arab
ليݢ نݢارا٢ عرب
جامعة الدول العربية
Jāmiʿa ad-Duwal al-ʿArabiyya
Bendera Liga Arab
Emblem Liga Arab
Bendera Emblem
Lokasi Liga Arab
Pejabat pentadbiranKaherah, Mesir
Bahasa rasmi
DemonimArab
JenisPertubuhan serantau
Negara anggota
Pemimpin
Ahmed Aboul Gheit
Ali Al-Daqbaashi
Sudan
Badan perundanganParlimen Arab
Pendirian
22 Mac 1945
Keluasan
• Jumlah keluasan
13,132,327 km2 (5,070,420 bt2)
Populasi
• Perkiraan 2015
423,000,000[2]
27.17/km2 (70.4/sq mi)
KDNK (PPP)2016
• Jumlah
$6.5 trillion (4th)
$9,300
KDNK (nominal)2011
•  Jumlah
$3.5 trillion
$4,200
Mata wang
Zon waktu()
Laman web rasmi
www.LasPortal.org
  1. Dari 1979 hingga 1989, Tunis, Tunisia.
  2. Republik Arab Syria digantung

Liga Negara-Negara Arab (Arab: جامعة الدول العربية Jāmaʻat ad-Duwal al-ʻArabiyya), ialah sebuah organisasi negera-negara Arab. Matlamat pertubuhan ini ialah mengukuhkan kerjasama ekonomi, sosial, komunikasi, pasport, visa, dan kesihatan. Ahli-ahli Liga Arab juga dilarang menggunakan kekerasan ke atas satu sama lain.

Ibu negara Mesir iaitu Kaherah merupakan ibu pejabat tetap organisasi berkenaan.

Tujuh negara membentuk Liga Arab pada 22 Mac 1945 dengan matlamat utamanya ialah:

"Berkhidmat untuk kepentingan negara-negara Arab, memastikan persekitaran yang lebih baik, menjamin masa depan kesemua negara-negara Arab dan memenuhi harapan negara-negara Arab."

Keahlian[sunting | sunting sumber]

Ahli-ahli terkini Liga Arab (dan tarikh kemasukan mereka):

Pada bulan Januari 2003, Eritrea menyertai Liga Arab sebagai pemerhati.

Perbandingan dengan organisasi lain[sunting | sunting sumber]

Liga Arab menyerupai Pertubuhan Negara-negara Amerika, Majlis Eropah, atau Kesatuan Afrika, yang mana ia mempunyai matlamat politik yang utama; seseorang boleh menyamakan fungsi Liga Arab sama seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang membezakan mereka ialah Liga Arab bersifat serantau. Walau bagaimanapun keahliannya berdasarkan kebudayaan berbanding kedudukan geografi.

Kesemua ahli Liga Arab juga merupakan ahli Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Setiausaha Agung Liga Arab[sunting | sunting sumber]

Setiausaha Agung Liga Arab
Nama Asal Tahun dilantik Tahun berhenti
Abdul Rahman Hassan Azzam Mesir 1945 1952
Abdul Khlek Hassouna Mesir 1952 1972
Mahmoud Riad Mesir 1972 1979
Chedi Klibi Tunisia 1979 1990
Dr. Ahmad Esmat Abd al Meguid Mesir 1991 2001
Amr Moussa Mesir 2001 kini

Garis masa[sunting | sunting sumber]

  • 1942: United Kingdom mencadangkan idea penubuhan Liga Arab sebagai usaha mendapat sokongan negara-negara Arab dalam perang menentang Jerman.
  • 1944: Wakil khas dari Mesir, Iraq, Lubnan, Yaman Utara, Arab Saudi, Transjordan (Jordan dan Palestin) bertemu di Iskandariah Mesir, dan bersetuju untuk menubuhkan Liga Arab.
  • 1945: Negara-negara Arab menandatangani Pakatan Liga Arab, menandakan bermulanya usaha penubuhan Liga Arab.
  • 1945: Negara-negara Liga Arab memboikot perniagaan orang Yahudi di Palestin (diteruskan selepas Israel ditubuhkan).
  • 1946: Anggota Liga Arab menandatangani Perjanjian Kebudayaan.
  • 1948: Anggota Liga Arab mengisytiharkan perang ke atas Israel.
  • 1950: Negara-negara anggota menandatangani Perjanjian Kerjasama Pertahanan dan Ekonomi.
  • 1953: Negara anggota menubuhkan Majlis Ekonomi dan Sosial. Libya menyertai Liga Arab.
  • 1956: Sudan sertai Liga Arab.
  • 1958: Maghribi dan Tunisia menyertai Liga Arab. PBB mengiktiraf Liga Arab dan menugaskannya sebagai wakil PBB dalam bidang pendidikan, sains, dan kebudayaan di wilayah-wilayah Arab.
  • 1961: Kuwait sertai Liga Arab.
  • 1962: Algeria sertai Liga Arab.
  • 1964: Sidang kemuncak pertama di Kaherah. Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Liga Arab (ALESCO) ditubuhkan. Sidang kemuncak kedua pada musim luruh mengalu-alukan penubuhan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
  • 1967: Yaman Selatan menyertai Liga Arab.
  • 1971: Oman, Bahrain, Qatar, dan Emiriah Arab Bersatu sertai Liga Arab.
  • 1973: Mauritania sertai Liga Arab.
  • 1974: Somalia dan Palestin (diwakili PLO) sertai Liga Arab.
  • 1976: Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah membenarkan penubuhan pasukan pengaman (kebanyakkan dari Syria) di Lubnan.
  • 1977: Djibouti sertai Liga Arab.
  • 1979: Liga Arab menggantung keahlian Mesir selepas Presiden Mesir Anwar Sadat melawat Baitulmaqdis dan perjanjian damai Mesir dan Israel. Ibu pejabat Liga Arab dipindahkan ke Tunis.
  • 1987: Liga Arab mengeluarkan kenyataan mengenai pertahanan Iraq dalam pertelingkahan negara itu dengan Iran.
  • 1989: Mesir diterima memasuki semula Liga Arab. Ibu pejabat berpindah semula ke Kaherah.
  • 1990 (Mei): Sidang kemuncak di Baghdad mengkritik Barat kerana menghalang Iraq daripada membangunkan senjata lebih canggih.
  • 1990 (Ogos): Dalam satu sidang khas, 12 daripada 20 negara mengutuk pencerobohan Iraq ke atas Kuwait. Yaman yang bersatu menyertai Liga Arab.
  • 1994: Liga Arab mengutuk keputusan Majlis Kerjasama bagi negara-negara Arab di Teluk untuk mengakhiri sekatan perdagangan ke atas Israel.
  • 1996: Majlis Liga Arab memutuskan bahawa Iraq, Syria, dan Turki patut berkongsi sumber air daripada Sungai Euphrates dan Sungai Tigris yang mengalir di negara-negara berkenaan. (Hal ini ialah hasil daripada aduan Iraq dan Syria mengenai kegiatan pembinaan di selatan Turki yang menjejaskan bekalan air mereka.)
  • 1998: Setiausaha Agung Liga Arab mengutuk sebarang ancaman serangan ke atas Iraq. Menteri Dalam Negeri dan Kehakiman Liga Arab menandatangani perjanjian untuk mengukuhkan kerjasama mengatasi keganasan.
  • 2002: Sewaktu sidang tahunan di Beirut pada bulan Mac, Liga Arab mencadangkan mengiktiraf Israel sekiranya Israel berundur daripada wilayah yang ditakluknya semasa perang tahun 1967, pengunduran Israel dari Tebing Barat, Genting Gaza, Baitulmaqdis Timur, Bukit Golan dan membenarkan pelarian Palestin dan keturunan mereka kembali ke Israel.
  • 2002: Pemimpin Libya Muammar Gadhafi mengugut untuk menarik diri daripada menjadi ahli Liga Arab kerana "kegagalan negara Arab" dalam menyelesaikan krisis di antara Amerika Syarikat dan Iraq di samping krisis Israel-Palestin.
  • 2003: Liga Arab mengundi (21-1) menuntut pengunduran segera dan tanpa bersyarat tentera dari AS dan British dari Iraq. (Kuwait mengundi menentang usul itu.)

Sidang Kemuncak Liga Arab[sunting | sunting sumber]

  1. Kaherah, Mesir: 13-17 Januari 1964.
  2. Iskandariah, Mesir: 5-11 September 1964.
  3. Al-Daralbidia (Casablanca), Maghribi : 13-17 September 1965.
  4. Al-Kortom (Khartoum), Sudan: 29 Ogos 1967.
  5. Al-Rabat, Maghribi: 21-23 Disember 1969.
  6. Kaherah, Mesir (mesyuarat tergempar pertama): 21-27 September 1970
  7. Algiers, Algeria: 26-28 November 1973.
  8. Al-Rabat, Maghribi: 29 Oktober 1974.
  9. Al-Reiad (Riyadh), Arab Saudi (mesyuarat tergempar kedua): 17-28 Oktober 1976.
  10. Kaherah, Mesir: 25-26 Oktober 1976.
  11. Baghdad, Iraq: 2-5 November 1978.
  12. Tunis, Tunisia: 20-22 November 1979.
  13. Amman, Jordan: 21-22 November 1980.
  14. Fes, Maghribi: 6-9 September 1982.
  15. Al-Daralbidia (Casablanca), Magribi (mesyuarat tergempar ketiga): 7-9 September 1985
  16. Amman, Jordan (mesyuarat tergempar ke-4): 8-12 November 1987.
  17. Algiers, Algeria (mesyuarat tergempar ke-5): 7-9 Jun 1988.
  18. Al-Daralbidia (Casablanca), Maghribi (mesyuarat tergempar ke-6): 23-26 Jun 1989.
  19. Baghdad, Iraq (mesyuarat tergempar ke-7): 28-30 Mac 1990.
  20. Kaherah, Mesir (mesyuarat tergempar ke-8): 9-10 Ogos 1990
  21. Kaherah, Mesir (mesyuarat tergempar ke-9): 22-23 Jun 1996.
  22. Kaherah, Mesir (mesyuarat tergempar ke-10): 21-22 Oktober 2000.
  23. Amman, Jordan: 27-28 Mac 2001.
  24. Beirut, Lubnan: 27-28 Mac 2002.
  25. Sharm el-Sheikh, Mesir: 1 Mac 2003.
  26. Tunis, Tunisia: 22-23 Mei 2004.
  27. Algiers, Algeria: 22-23 Mac 2005.
  28. Khartoum, Sudan: 28-30 Mac 2006.
  29. Riyadh, Arab Saudi: 27-28 Mac 2007.
  • Sidang kemuncak ke-12 di Fes, Maghribi berlaku dalam masa berbeza:
    • Pada 25 November 1981: Mesyuarat tamat tanpa bersetuju dengan dokumen yang dikemukakan. Ia dianggap sidang kemuncak paling pendek yakni hanya selama lima jam.
    • Pada 6-9 September 1982.
  • Terdapat dua sidang kemuncak tetapi tidak ditambah dalam sistem Liga Arab.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

  • Setiausaha Agung
  • Timbalan Setiausaha Agung
  • Majlis Liga Arab
  • Majlis Ekonomi & Sosial Liga Arab
  • Jawatankuasa Teknikal
  • Majlis Kementerian-Kementerian Istimewa
  • Pertubuhan Profesional Arab
  • Kesatuan Arab

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Libya mengumumkan penarikannya daripada Liga Arab pada 24 Oktober 2002 yang mana akan berkuat kuas setahun kemudian; bagaimanapun Libya membatalkannya pada 16 Januari 2003, diterima semula 3 April 2003, dan sekali lagi membatalkan (25 Mei 2003) keputusannya untuk menarik diri.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Syria suspended from Arab League, The Guardian
  2. ^ total population 450 million, CIA Factbook estimates an Arab population of 533 million, see article text.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]