Hubungan Australia–Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungan Australia–Brunei
Peta menunjukkan lokasi Australia dengan Brunei

Australia

Brunei
Bangunan Suruhanjaya Tinggi Australia di Bandar Seri Begawan

Australia dan Brunei menjalinkan hubungan diplomatik pada tahun 1984. Australia mempunyai suruhanjaya tinggi di Bandar Seri Begawan, dan Brunei mempunyai suruhanjaya tinggi di Canberra.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hubungan antara kedua-dua negara boleh dikesan semasa Perang Dunia II apabila Tentera Australia memainkan peranan penting untuk membebaskan Brunei daripada pendudukan Jepun pada 1945.[2] Hubungan semasa antara kedua-dua negara terjalin sejak 1984 apabila Australia menjadi antara negara pertama yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan Brunei.[1][2][3] Kedua-dua negara telah menikmati hubungan mesra sebelum tahun 1959 apabila Brunei memperoleh pemerintahan sendiri.[4] Kini, hubungan itu tertumpu terutamanya kepada pertahanan dan keselamatan, pendidikan, serta perdagangan.[4]

Hubungan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Dari 2012 hingga 2013, Brunei disenaraikan sebagai rakan dagangan ke-39 terbesar Australia dengan jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara mencecah U$1.026 bilion.[4] Petroleum mentah Brunei merangkumi U$978 juta jumlah perdagangan.[4] Terdapat juga beberapa guru Australia dan profesional lain bekerja di Brunei, manakala Australia menjadi salah satu destinasi bagi pelajar-pelajar Brunei.[4]

Hubungan pertahanan[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua negara menikmati hubungan pertahanan, khususnya dalam latihan ketenteraan.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Australia-Brunei Relations". Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2014. Dicapai pada 20 Februari 2014.
  2. ^ a b Jatswan S. Sidhu (22 December 2009). Historical Dictionary of Brunei Darussalam. Scarecrow Press. m/s. 29–. ISBN 978-0-8108-7078-9.
  3. ^ "Sultan of Brunei heading to Australia". The Australian. 29 April 2013. Dicapai pada 20 Februari 2014.
  4. ^ a b c d e "Australia-Brunei bilateral relations". Department of Foreign Affairs and Trade. Januari 2014. Dicapai pada 20 Februari 2014.
  5. ^ Rabiatul Kamit (2 March 2012). "Brunei and Australia fortify defence relations". The Brunei Times. asiaone. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2014. Dicapai pada 20 Februari 2014.