Perebutan wilayah di Laut China Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta yang menampilkan tuntutan-tuntutan wilayah di Laut China Selatan.
Tuntutan wilayah kelautan di Laut China Selatan

Perebutan wilayah di Laut China Selatan melibatkan tuntutan-tuntutan pulau dan wilayah kelautan pada beberapa negara berdaulat di wilayah tersebut, iaitu Brunei, Republik Rakyat China, Republik China (Taiwan), Malaysia, Filipina, dan Vietnam. Terdapat perebutan wilayah yang berlaku pada kepulauan Paracel dan kepulauan Spratly, serta sempadan wilayah kelautan di Teluk Tonkin dan tempat-tempat lainnya. Terdapat perebutan tambahan di perairan di dekat Kepulauan Natuna, Indonesia.[1] Kepentingan negara-negara yang berbeza meliputi perebutan wilayah perikanan di sekitar dua kepulauan tersebut; pengambilan minyak bumi dan gas alam di bawah perairan pelbagai bahagian di Laut China Selatan; dan kawalan strategik dari laluan-laluan perkapalan penting.

Perebutan secara khusus[sunting | sunting sumber]

Penjelasan perebutan
BN KH CN ID MY PH SG TW VN
Wilayah sembilan garis putus
Pesisir Vietnam
Wilayah laut utara pulau Kalimantan
Kepulauan Laut Tiongkok Selatan
Wilayah laut utara Kepulauan Natuna
Wilayah laut barat Palawan dan Luzon
Wilayah Sabah
Selat Luzon
Wilayah Pedra Branca

Perebutan-perebutannnya meliputi sempadan wilayah kelautan dan kepulauan. Terdapat beberapa perebutan, yang masing-masing melibatkan sejumlah negara yang berbeza:

  1. Wilayah sembilan garis putus yang diklaim oleh China yang meliputi kebanyakan wilayah Laut China Selatan dan tuntutan-tuntutan Zon Ekonomi Eksklusif dari Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, dan Vietnam.
  2. Sempadan wilayah kelautan di sepanjang persisir Vietnam antara Brunei, Kemboja, China, Indonesia, Malaysia, Filipina, Taiwan, dan Vietnam.
  3. Sempadan wilayah kelautan di utara pulau Kalimantan antara Brunei, China, Indonesia, Malaysia, Filipina, Taiwan, dan Vietnam.
  4. Pulau-pulau di Laut China Selatan, yang meliputi Kepulauan Paracel, Kepulauan Prata, Gorong pasir Scarborough dan Kepulauan Spratly antara Brunei, China, Malaysia, Filipina, Taiwan, dan Vietnam.
  5. Sempadan wilayah kelautan di utara perairan Kepulauan Natuna antara kemboja, China, Indonesia, Malaysia, Taiwan, dan Vietnam.[2]
  6. Sempadan wilayah kelautan di lepas pesisir Palawan dan Luzon antara Brunei, China, Malaysia, Filipina, Taiwan, dan Vietnam.
  7. Sempadan wilayah kelautan, wilayah tanah, dan kepulauan Sabah (awalnya Borneo Utara), termasuk Ambalat dan Labuan, antara Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Filipina.
  8. Sempadan wilayah kelautan dan kepulauan di Selat Luzon antara China, Filipina, dan Taiwan.
  9. Sempadan wilayah kelautan di Pedra Branca dan pulau-pulau di sekitarnya antara Indonesia, Malaysia, Singapura.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Keck, Zachary (20 Maret 2014). "China's Newest Maritime Dispute". The Diplomat. Dicapai pada 12 Februari 2015. 
  2. ^ Natuna Islands

Senarai pustaka[sunting | sunting sumber]

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]