Hubungan Brunei–Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Hubungan Malaysia-Brunei
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dengan Brunei

Malaysia

Brunei

Hubungan Malaysia-Brunei adalah hubungan luar negeri di antara Malaysia dan Brunei. Brunei mempunyai kedutaan besar di Kuala Lumpur, dan Malaysia mempunyai kedutaan besar di Bandar Seri Begawan. Kedua-dua negara adalah ahli penuh ASEAN dan Negara-Negara Komanwel. Kedua-dua negara mengongsi sempadan tanah di pulau Borneo.

Pautan pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Negeri Sarawak dan Sabah di Malaysia Timur berhubung dengan Brunei melalui Lebuhraya Pan Borneo.

Pertikaian[sunting | sunting sumber]

Sempadan tanah Malaysia dengan Brunei di sekitar Limbang kini berada dalam pertikaian. Hal ini berpunca pada zaman Raja Putih apabila Charles Brooke mengilhak kawasan tersebut daripada Brunei pada 1890.[1] Ini menyebabkan Brunei terpisah menjadi dua bahagian.

Bagi mengelak perseteruan, pada 2003, Brunei dan Malaysia bersetuju menghentikan penjelajahan gas dan minyak di luar pesisir dan dasar laut dalam usaha membantu mencapai kata sepakat dalam perbincangan. Bagaimanapun, rundingan ini asyik tertangguh dan menemui jalan buntu hingga mencetuskan gagasan meminta pertimbangan antarabangsa.

Pada Mac 2009, kedua negara bersetuju, dengan pemeteraian Surat Pertukaran, untuk menyelesaikan isu ini dan menanda sempadan mengikut lima persetujuan terdahulu, di mana dua daripadanya berkenaan Limbang secara langsung, dan menggunakan prinsip legeh untuk menyambung sempadan terpisah.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tuntutan Brunei Ke Atas Limbang: Isu Persempadanan Dan Kedaulatan Malaysia[pautan putus] UiTM Sarawak
  2. ^ Nurbaiti Hamdan (20 Mac 2009). "Limbang border to be set". The Star. Dicapai pada 2010-03-20.

Templat:Hubungan luar negeri Brunei