Hubungan Malaysia–Turkmenistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Hubungan Malaysia - Turkmenistan semakin erat semenjak Turkmenistan mencapai kemerdekaan pada 1991 .Hubungan diplomatik terjalin sejak 1992. Malaysia baru mendirikan pejabat konsulat di Ashgabat pada 2011 . Turkmenistan terletak di Asia Tengah dan berjiran dengan Kazakhstan dan Rusia. Penduduknya tidak ramai, sekitar 5 juta orang sahaja.

Duta Malaysia ke Turkmenistan ialah Datuk Saipul Anuar Abdul Muin

Lawatan Najib Tun Razak[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Julai 2011, Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak menemui Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov di Istana Presiden , Ashgabat , ibu negara tersebut. Kemudian mereka bertemu di Kiyanji, Turkmenbasy, kira-kira 600 kilometer dari Ashgabat.

Rombongan turut disertai oleh Menteri Luar, Anifah Aman, Nor Mohamed Yakcop dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Kerjasama ekonomi[sunting | sunting sumber]

Pada 2010 jumlah dagangan kedua-dua negara hanya AS$28.90 juta berbanding AS$205.61 juta pada tahun 2009.

Dewan Perniagaan Turkmenistan dan Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia telah mengadakan MOU bersama.Perjanjian penjualan gas antara Petronas dengan Turkmen Gas disaksikan oleh Presiden Turkmenistan.

Najib dan Presiden Berdimuhamedov merasmikan bersama Terminal Gas Petronas dan menyaksikan upacara pengeluaran gas pesisir pantai pertama Petronas di Kinyali, Turkmenbashy.[1] 500 juta meter padu gas akan dikeluarkan dalam fasa-fasa akan datang. Petronas melabur AS$5.2 bilion untuk projek gas asli itu. Pelajar negara itu akan ditambah pengambilan di Universiti Petronas di Tronoh, Perak.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]