Anifah Aman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Dato' Sri
Anifah Aman @ Haniff Amman
AnifahAmanUS.jpg
Menteri Luar Negeri
Dalam jawatan
April 2009 – 9 Mei 2018
Digantikan oleh Saifuddin Abdullah
Ahli Parlimen
untuk P176 Kimanis, Sabah
Memegang jawatan
2004
Majoriti 5,723 (PRU-13)
Ahli Parlimen
untuk P154 Beaufort, Sabah
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului oleh Nurnikman Abdullah
Digantikan oleh Azizah Mohd Dun
Majoriti 6800
Butiran peribadi
Lahir (1953-11-16) 16 November 1953 (umur 64)
Keningau, Borneo Utara
Parti politik BEBAS[1]
Barisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO (-2018)
Pasangan Datin Sri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad
Hubungan Musa Aman (Abang)
Yamani Hafez Musa (Anak saudara)
Anak-anak 3
Pekerjaan Ahli Parlimen

Dato' Sri Anifah Aman @ Haniff Amman (lahir 16 November 1953) adalah ahli politik Malaysia yang juga bekas Menteri Luar, seorang Ahli Parlimen Kimanis, Sabah yang bebas. Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Kehidupan peribadi dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

YB Dato' Sri Anifah sudah berkahwin dengan Datin Sri Rubiah Datuk Abdul Samad dan mempunyai 3 orang anak. Beliau juga adalah adik kepada Datuk Seri Panglima Musa Aman, Menteri Besar Sabah. Beliau juga adalah graduan Sarjana dalam falsafah ekonomi dan undang-undang dari University College of Buckingham (kini University of Buckingham), United Kingdom.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Beliau memasuki politik apabila mula bertanding sebagai calon Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias pada pilihan raya 1994. Bagaimanapun, beliau tewas di kerusi DUN Klias dalam satu pertandingan sengit antara Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) pada ketika itu, Datuk Lajim Ukin yang mempertahankan kerusinya dengan majoriti 405 undi. Anifah sekali lagi diberi peluang pada pilihan raya 1999 untuk bertanding kerusi Parlimen Beaufort dan memenanginya.[2]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PKR, Ismail Bungsu dengan majoriti sebanyak 5,453 undi. Beliau memperolehi 10,242 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 1,615 undi. Dua lagi calon bebas ialah Jaafar Ismail (4,789) dan Benjamin Basintal (205).[3]

Jawatan dalam UMNO[sunting | sunting sumber]

  • Bendahari UMNO Bahagian Beaufort bemula 1994
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Beaufort pada penggal 2001-2003
  • Ketua UMNO Bahagian Kimanis

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Menolak Jawatan Timbalan Menteri[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi ditolak. Sebelum pilihan raya 2008, beliau telah menjadi Timbalan Menteri selama 2 penggal.

Disaman kerana dakwa tawar jawatan Timbalan Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Mei 2009, semasa sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton di Washington, Anifah Aman mendakwa Anwar Ibrahim menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepadanya jika melompat parti UMNO kepada PKR.

Pada 16 Mei 2009, peguam S. N. Nair mewakili Anwar Ibrahim menafikan tawaran tersebut. Beliau dituntut menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam. [4] Pada 27 Mei 2009, writ saman difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta , Kuala Lumpur pada 2.10 petang oleh firma guaman Messrs S.N.Nair & Partners.Anwar Ibrahim tuntut ganti rugi pampasan RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi untuk menahan Anifah melafaz, bercakap atau menulis atau menerbitkan perkataan fitnah.Anggota Parlimen Kimanis itu sebagai defendan pertama, Menteri Luar sebagai defendan kedua, dan kerajaan Malaysia dinamakan defendan ketiga.[5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Anifah berkahwin dengan Siti Rubiah Abdul Samad dan mempunyai 3 anak lelaki. Anifah juga merupakan adik kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: Beaufort, Sabah[6]
Tahun Kerajaan Undi Peratus Pembangkang Undi Peratus
1999 Anifah Aman (UMNO) 16,009 64% Ak Aliuddin Pg (PBS) 9,209 36%
Parlimen Malaysia: Kimanis, Sabah[6]
Tahun Kerajaan Undi Peratus Pembangkang Undi Peratus Lain-lain Undi Pedratus
2004 Anifah Aman (UMNO) 9,655 66% Awang Tengah Awang Amin (PKR) 4,547 31%
2008 Anifah Aman (UMNO) 10,242 59% Ismail Bongsu (PKR) 1,615 9% Jaafar Ismail (Ind)

Benjamin Basinta (Ind)

4,789

205

28%

1%

2013 Anifah Aman (UMNO) 13,754 61% Jaafar Ismail (PKR) 8,031 35% Jamil William Core (SAPP)

Lusin Balangon (STAR)

650

240

3%

1%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Anifah Aman pula keluar UMNO
  2. ^ "Two 'seniors' upset over positions". New Straits Times. 19 March 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2008. Dicapai 19 March 2008. 
  3. ^ "Anifah Aman springs surprise, declines deputy minister's post". New Straits Times. 18 March 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2008. Dicapai 18 March 2008. 
  4. ^ "Anwar nafi dakwaan Anifah", Utusan Online. 16 Mei 2009.
  5. ^ "Anwar Fail Saman Fitnah RM100 Juta Terhadap Anifah", Bernama.com. 27 Mei 2009.
  6. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada asal pada 6 September 2011. Dicapai 24 June 2010. .