Ibn Ajrum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ibn Āj̲rūm atau (Berber: Ajeṛṛom atau Ajerrum) dan nama penuh beliau: Abu Abdallah Mohammed ibn Mohammed ibn Dawud ibn Adjurrum es-Sanhadji (1273–1323) ialah seorang ahli tatabahasa terkenal kelahiran Maghribi yang menulis sinopsis tatabahasa Arab, Al-Muqadimmah al-Ajrumiyyah fi Mabadi Ilm al-Arabiyyah (lebih biasa diringkaskan menjadi al-Ajrumiyyah).[1] Nama beliau menunjukkan bahawa beliau berketurunan puak Sanhajah dalam bangsa Barbar, namun tidak banyak yang diketahui tentang hayat beliau melainkan beliau meninggal dunia di Fes.[2] "Adjurrum" dikatakan bermaksud "ahli sufi yang miskin" dalam bahasa Barbar Sanhajah.

Mukaddimah Ibn Adjurrum[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ajrūmīyyah

Ibn Ajrum adalah penulis Muḳaddimah yang terkenal itu yang membawa namanya, satu karya kecil bermuka surat sedikit yang mengandungi sistem iʿrāb. Karya ini yang merumuskan sintaks dan mudah dihafaz, popular di negara-negara Arab, di barat dan juga di timur. Disebabkan ia terlalu ringkas, sebanyak lebih kurang 60 buah ulasan ditulis oleh ahli-ahli tatabahasa terkemudian terhadapnya yang membuktikan penyebarannya secara meluas. Ia dikenali di Eropah sejak kurun ke-16, antara karya terawal yang boleh didapati pakar bahasa Arab bagi kajian sistem tatabahasa Arab. Ia diterbitkan beberapa kali dan diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa Eropah. Patut dicatatkan bahawa al-Suyuti (Bug̲h̲ya, 102) menganggap Ibn Ajrum mewakili aliran Kufah, berdasarkan hakikat bahawa beliau menggunakan istilah k̲h̲afḍ , dan bahawa beliau menganggap bentuk perintah adalah muʿrab dan kayfamā menyebabkan jazm.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Christian Literature Society for India; Hartford Seminary Foundation (1 January 1920). The Moslem World. Published for the Nile Mission Press by the Christian Literature Society for India. m/s. 88. Dicapai 1 February 2012. 
  2. ^ M. Th. Houtsma , E.J. Brill's first encyclopaedia of Islam 1913-1936, see entry "Ibn Adjurrum" NS GAL II, 237 and BJ (2)
  3. ^ Troupeau, G. "Ibn Ād̲j̲urrūm". BrillOnline Reference Works. Dicapai 17 July 2014. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Brockelmann, II, 308-10, S II, 332-5
  • M. al-Mak̲h̲zūmī, Madrasat al-Kūfa, Bag̲h̲dād 1955, 117
  • G. Troupeau, Trois traductions latines de la Muqaddima d’Ibn Ād̲j̲urrūm, in Études d’Orientalisme dédiées à la mémoire de Lévi-Proçal, i, Paris 1962, 359-65.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Morocco-writer-stub Templat:Morocco-scientist-stub