Ibrahim Chik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ibrahim Chik (meninggal 29 Disember 2011) merupakan seorang nasionalis, bekas pemimpin Angkatan Pemuda Insaf seangkatan dengan Shamsiah Fakeh yang memimpin Angkatan Wanita Sedar 1946. Beliau yang berasal dari Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang telah mengangkat senjata melawan Pentadbiran Tentera British (BMA). Beliau dan rakan sekolahan dari sekolah pondok menanam semangat pejuang Pahang seperti Dato' Bahaman, Tok Gajah, dan Mat Kilau. British menekan pertubuhan yang berjuang mendapatkan kemerdekaan seperti Kesatuan Melayu Malaya (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). UMNO yang ditubuhkan pada 1946 masih baru, dipenuhi dengan golongan elit dan bangsawan seperti Dato Onn, Tunku Abdul Rahman, dan Tun Abdul Razak. Parti Komunis Malaya (PKM) dan Malayan People's Anti Japanese Army (MPAJA) yang diberi pengiktirafan di London juga diharamkan oleh British.

Akhirnya, beliau menyertai Rejimen Ke-10 yang menjadi sayap PKM seperti Abdullah C. D., Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, dan lain-lain sebagai wadah perjuangan. Beliau mengetuai bahagian perang saraf dan propaganda PKM bagi menarik orang Melayu menyertai perjuangan mereka. Slogan beliau ialah ‘Merdeka dengan darah!’.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Beberapa pihak[nyatakan menurut siapa?] tidak senang dengan cubaan meletakkan Ibrahim Chik sebaris dengan Dato'k Bahaman, Tok Gajah, dan Mat Kilau yang berjuang menuntut kemerdekaan. Artikel bertajuk 'UKM Harus Berwaspada Usaha Iktiraf Pejuang Komunis oleh Putera Malaysia' pada 24 November 2004 disiarkan dalam surat khabar Utusan Malaysia.[1] Kementerian Dalam Negeri tidak pernah mengharamkan buku ini. Akan tetapi, pengurusan tertinggi UKM bertindak menyimpan buku-buku ini di dalam stor UKM sahaja.[perlu rujukan]

Ramai berpendapat[nyatakan menurut siapa?] anggota-anggota PKM ini ialah petualang, bukan pejuang kemerdekaan Tanah Melayu.[perlu rujukan]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada tanggal 29 Disember 2011, Ibrahim Chik telah meninggal dunia akibat sakit tua di kampung halamannya di rumah anaknya, Taman Setia Jasa, Temerloh, Pahang.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ PUTERA MALAYSIA (24 November 2004). "UKM harus berwaspada usaha iktiraf pejuang komunis". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 26 November 2017. Dicapai pada 26 November 2017 – melalui Utusan Online. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  2. ^ Amin Iskandar (1 Januari 2012). "2012 tanpa Ibrahim Chik". Malaysiakini. Diarkib daripada yang asal pada 26 November 2017. Dicapai pada 26 November 2017. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Memoir Ibrahim Chik: Dari API ke Rejimen ke-10. 2004. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-666-1 (Berkulit lembut). 220hlm. RM35.00.