Mat Kilau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mat Kilau
Matkilau.jpg
Mat Kilau ketika sudah lanjut usianya
KelahiranMat Kilau bin Imam Rasu
s. 1866–67
Jerantut, Pahang, Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia16 Ogos 1970 (umur 103–104)[1]
Gambang, Pahang, Malaysia
Nama lain
  • Mohamed bin Ibrahim
  • Mat Siam
Terkenal keranapenentangan terhadap campur tangan British di Pahang
Pasangan
  • Yang Chik binti Imam Daud (k. 1886)
  • Esah (ditinggalkan 1895)[2]
  • Ajrah binti Bakar ()
  • Mak Besar ()
Ibu bapaTok Gajah
Teh Mahda Tok Kaut

Mat Kilau (Jawi: مت كيلاو; lahir Mat Kilau bin Imam Rasu sebelum menukar namanya kepada Mohamed bin Ibrahim dengan nama gelaran Mat Siam, Jawi: مت سيام; s. 1866–67[1] – 16 Ogos 1970[3]) merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang. Ibu beliau ialah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam kira-kira tahun 1865–1867 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.[4]

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Mat Kilau bin Imam Rasu dilahirkan pada kira-kira tahun 1866 atau 1867 di Kampong Pulau Tawar, namun kelahirannya sering dianggap jatuh pada tahun 1847.[1][4] Kelahirannya jatuh ketika zaman pemerintahan Raja Bendahara Pahang ketika itu iaitu Tun Ahmad. Bapanya ialah Imam Rasu bin Shahrum atau lebih dikenali dengan nama Tok Gajah manakala ibunya pula ialah Mahda binti Tok Kaut Burau. Mat Kilau mahir mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir Pahang". Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.[5]

Pada usia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong.[5] Imam Daud ialah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya.[perlu rujukan] Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.[5] Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj. Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu.[perlu rujukan]

Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan.[perlu rujukan]

Sejarah perjuangan[sunting | sunting sumber]

Mat Kilau ketika menceritakan sejarah perjuangan beliau setelah muncul dari persembunyiannya dan pulang ke Kampung Pulau Tawar, Jerantut

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Atas dasar pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah, Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Janggut bersekutu berganding bahu memulakan pemberontakkan ke atas pihak British. Namun begitu, pihak pemberontak tidak mendapat sokongan Sultan terhadap pergerakkan penentangan British pada masa itu. Sultan yang pada masa itu hanya mementingkan darjat dan talian persahabatan dengan pihak British sanggup mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri bagi mematahkan pemberontakkan di Semantan.

Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.[6]

Buruan British[sunting | sunting sumber]

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober 1895. The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya akibat cantasan pedang. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah.[7] Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.[8] Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.[9]

Keluar dari persembunyian[sunting | sunting sumber]

Mat Kilau ketika ditemu ramah wartawan
Mat Kilau ketika ditemui di kampungnya.

Dalam bulan Disember 1969, Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar.[perlu rujukan] Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.[perlu rujukan] Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau, maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar Jerantut.[perlu rujukan] Pada hari Jumaat 26 Disember 1969,[10][11] Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.[12]

Pengisytiharan ini telah menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan Jawatankuasa Penyiasat Munchul-nya Mat Kilau (EYD: Jawatankuasa Penyiasat Munculnya Mat Kilau).[13] Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.[14][catatan 1] Beberapa orang telah ditemu ramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth.[16][17]

Pada hari Sabtu 15 Ogos, beliau telah dilaporkan berada dalam keadaan tenat.[18] Setelah sepuluh hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, pada hari Ahad 16 Ogos kira-kira pukul 6.45 pagi,[catatan 2] Mat Kilau meninggal dunia di rumahnya di Batu Lima, Paya Besar, Jalan Kuantan–Gambang kerana keuzuran.[20][21] Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun[22] namun menurut buku laporan jawatankuasa penyiasatan Mat Kilau, beliau meninggal dunia ketika berusia 104 tahun.[1][3] Beliau kemudiannya dikebumikan di Kampung Kedondong.[3] Kenduri arwah tujuh hari untuk beliau telah diadakan pada malam Isnin 23 Ogos di Masjid Pulau Tawar, Jerantut dan dihadiri oleh kira-kira 1,200 orang.[23]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Sebuah galeri yang menempatkan artifak peninggalan beliau dibuka kepada orang awam di Jerantut pada 30 September 2015.[24]

Filem[sunting | sunting sumber]

Kisah hidup Mat Kilau telah difilemkan pada April 2018 dan diterbitkan oleh Studio Kembara, ia diarahkan oleh pelakon-pengarah pemenang anugerah Syamsul Yusof, dibintangi oleh Ady Putra sebagai Mat Kilau.[25][26] Biopik Mat Kilau turut dijayakan oleh Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan As'ari, Farid Amirul, A. Galak, Nadiya Nisaa, pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan bintang baru, Ali Karimie.[27]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Terdapat juga laporan berita yang menyatakan tarikh pembentukannya jatuh pada 5 Januari 1970[15]
  2. ^ Pada 1 Disember 1981, zon waktu Malaysia telah ditukar oleh Perdana Menteri Malaysia, Mahathir bin Mohamad, daripada +7.5 jam kepada +8 jam.[19] Jadi, mengikut waktu Malaysia sekarang, kematiannya berlaku pada pukul 7.15 pagi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "UMOR MAT KILAU ANTARA 103 KA-104 SAHAJA". Berita Harian Singapura (diterbitkan pada 8 Ogos 1970). 7 Ogos 1970. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
  2. ^ Kim & Clifford 1961, m/s. 154-160, Enclosure 9.
  3. ^ a b c Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) 1983, m/s. 235.
  4. ^ a b Bakar Ya'akub (16 Ogos 1970). "Beribu tiba ziarahi jenazah Mat Kilau". Berita Harian Singapura (diterbitkan pada 17 Ogos 1970). Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
  5. ^ a b c "Makam Mat Kilau". pdtjerantut.pahang.gov.my/. 2018. Diarkib daripada yang asal pada 17 Jun 2020. Dicapai pada 17 Jun 2020.
  6. ^ Mat Kilau, Gov
  7. ^ "THE PAHANG REBELS CAUGHT AT LAST" [Pemberontak Pahang Akhirnya Ditangkap Jua.]. The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (dalam bahasa Inggeris). 21 Oktober 1895. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
  8. ^ "The Sheriff and Deputy Registrarship of Penang" [Sheriff dan Pemangku Pendaftaran Pulau Pinang.]. Mid-day Herald (dalam bahasa Inggeris). 22 Oktober 1895. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
  9. ^ Mat Kilau Turut Laung Merdeka Pada 31 Ogos 1957, 10 Januari, 2007, Oleh Tuan Sharifah Shahaini dan Mohd Shukri Ishak
  10. ^ "KESATRIA AGONG, 132 TAHUN, MUNCHUL DI-PEKAN". Berita Harian Singapura (diterbitkan pada 28 Disember 1969). 27 Disember 1969. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
  11. ^ "Mat Kilau atau Mat Siam?". Berita Harian Singapura (diterbitkan pada 29 Disember 1969). 28 Disember 1969. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
  12. ^ Abu Bakar Ya'akub (28 Disember 1969). "Akuan 'Mat Kilau' di-masjid: Ahli2 sejarah berpendapat Mat Kilau meninggal". Berita Harian Singapura (diterbitkan pada 29 Disember 1969). Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
  13. ^ Bakar Ya'akub (5 Januari 1970). "Siasat: Izin rasmi Sultan". Berita Harian Singapura (diterbitkan pada 6 Januari 1970). Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
  14. ^ Laporan Jawatan Kuasa Menyiasat Munchul-nya Mat Kilau 1970, m/s. 1.
  15. ^ Jaafar Hussin (20 Januari 1970). "SHOR SUPAYA J-KUASA MAT KILAU JADI BADAN TETAP". Berita Harian Singapura (diterbitkan pada 21 Januari 1970). Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
  16. ^ Bakar Ya'akob (6 Ogos 1970). "Sah sekarang: Kerajaan Pahang akui Mat Kilau". Berita Harian Singapura (diterbitkan pada 7 Ogos 1970). Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
  17. ^ "Mat Kilau: Kerajaan sahkan". Berita Harian Singapura (diterbitkan pada 8 Ogos 1970). 7 Ogos 1970. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
  18. ^ "MAT KILAU SAKIT TENAT". Berita Harian Singapura (diterbitkan pada 16 Ogos 1970). 15 Ogos 1970. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
  19. ^ Syed Kamarulzaman Syed Kabeer (2013). "Pemuliharan Artifak Jam Matahari". Dalam Mat Rofa Ismail (penyunting). Etnosains dan Etnomatematik Alam Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. m/s. 86. ISBN 978-967-488-030-9.
  20. ^ "Perwira Mat Kilau di-ingat". Berita Harian Singapura (diterbitkan pada 17 Ogos 1970). 16 Ogos 1970. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
  21. ^ "Mat Kilau meninggal". Berita Harian Singapura (diterbitkan pada 18 Ogos 1970). 17 Ogos 1970. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
  22. ^ 'Mat Kilau Pejuang Yang Dilabelkan Pemberontak' , 22 Ogos, 2006, Oleh Tuan Sharifah Shahaini dan Zafri Razali
  23. ^ "Kenduri aruah Mat Kilau". Berita Harian (diterbitkan pada 25 Ogos 1970). 24 Ogos 1970. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
  24. ^ "Galeri Mat Kilau dibuka kepada orang ramai". Utusan Online (diterbitkan pada 1 Oktober 2015). 30 September 2015. Diarkib daripada yang asal pada 6 Oktober 2018. Dicapai pada 9 Jun 2020.
  25. ^ Aref Omar (8 Mac 2018). "Syamsul to direct Mat Kilau biopic". New Straits Times. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  26. ^ Florey DM (3 April 2018). ""Mat Kilau" will be more than just a martial arts movie". Yahoo! News. Dicapai pada 20 April 2018.
  27. ^ "'Mat Kilau' angkat industri filem negara ke tahap lebih tinggi". Ismaweb. 29 Mac 2018. Dicapai pada 20 April 2018.

Buku[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]