Iklim kebenuaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Iklim kebenuaan merujuk kepada iklim bercirikan suhu musim sejuk yang cukup sejuk untuk menampung satu tempoh tetap pada setiap tahun. Iklim ini menyaksikan litupan salji, dan hujan dalam jumlah sederhana yang selalunya berlaku dalam musim panas.

Antara rantau yang mengalami iklim kebenuaan ialah sebahagian besar kawasan benua di Hemisfera Utara (terutamanya di Amerika Utara dan Asia), dan juga di kawasan tanah tinggi di bahagian lain di seluruh dunia. Hanya beberapa kawasan di Iran, Turki, Afghanistan, Pakistan dan Asia Tengah mengalami musim sejuk dengan salji yang banyak, yang selalunya cair pada awal musim bunga yang membawa kepada banjir dalam masa yang singkat. Kawasan-kawasan ini secara umumnya mempunyai hutan atau dataran dengan rumput yang tinggi sebagai tumbuhan litup bumi semula jadi yang merangkumi beberapa kawasan pertanian yang produktif di dunia. Iklim jenis ini mengalami sekurang-kurangnya tiga bulan dengan suhu melampau 10 °C dan musim sejuk dengan sekurang-kurangnya satu bulan dengan suhu di bawah -3 °C.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.