Iklim gurun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lokasi gurun seluruh dunia. Selain rantau kutub, gurun biasanya beriklim gersang.

Mengikut skim pengelasan iklim Koppen, iklim gurun (BWh, BWk, BWn), juga dipanggik iklim gersang, ialah sejenis iklim yang bersuhu sederhana dan mengalami curahan hujan yang terlalu sedikit untuk menampung tumbuh-tumbuhan, jika ada pun cuma pokok renek yang jarang. Kawasan-kawasan yang mengalami iklim ini memang selalunya merupakan gurun. Kawasan yang beriklim gurun biasanya mengalami kurang daripada 250 mm (10 inci) curahan hujan setahun, apatah lagi ada tahun-tahun yang setitis kerpasan pun tidak turun. Sekali-sekala, kawasan beriklim gurun boleh menerima kerpasan melebihi 250 mm setahun; tetapi masih dikira sebagai beriklim gurun kerana air lebih cepat terlesap kesan penyejatpeluhan berbanding turun sebagai kerpasan. Umumnya terdapat tiga variasi iklim gurun, iaitu iklim gurun panas (BWh), iklim gurun sejuk (BWk) dan iklim gurun sederhana (adakalanya berlabel BWn).

Untuk menentukan sama ada sesebuah kawasan memang mengalami iklim gersang, pertama sekali ambang kerpasannya (dalam ukuran milimeter) mesti ditentukan dengan langkah-langkah berikut:

  1. Darabkan purata suhu tahunan (dalam °C) dengan 20
  2. Tambahkan nilai-nilai berikut berdasarkan peratusan jumlah kerpasan dalam separuh tahun yang bermatahari tinggi (April hingga September di Hemisfera Utara, atau Oktober hingga Mac di Hemisfera Selatan)
    • >70% jumlah kerpasan: 280
    • 30–70% jumlah kerpasan: 140
    • <30% jumlah kerpasan: 0

Jika kerpasan tahunan kerpasan itu kurang dari separuh ambang itu, maka dikelaskannya BW (iklim gurun).

Iklim gurun panas[sunting | sunting sumber]

Iklim gurun panas lazimnya dijumpai di kawasan subtropika yang menerima cahaya matahari tanpa henti sepanjang tahun dek udara turun yang stabil dan tekanan tinggi. Antara kawasan beriklim sedemikian termasuk Sahara, Arab Saudi, kebanyakan kawasan Iran dan Iraq, kawasan barat laut India, kawasan barat daya Amerika Syarikat, Mexico Utara, Afrika Selatan dan kebanyakan tanah Australia. Di bandar-bandar yang beriklim gurun, tidak jarang dialaminya suhu maksimum sekitar 40°C hingga 45°C, khususnya pada bulan-bulan yang lebih panas dalam setahun. Pada masa yang lebih sejuk, suhu malam mampu menjunam ke bawah takat lebur kerana kehilangan sinaran yang ketara sekali di bawah langit cerah; itupun jarang sekali suhunya turun terlalu ke bawah takat lebur.

Bandaraya utama yang beriklim gurun panas

Iklim gurun sejuk[sunting | sunting sumber]

Jenis iklim gurun ini agak jarang ditemui. Iklim gurun sejuk biasanya ditemui di zon iklim sederhana, selalinya dalam lindung hujan di pergunungan tinggi yang menyekat kerpasan dari angin ke barat, ataupun monsun di Asia Tengah.

Iklim gurun sejuk berciri musim panas yang amat panas dan kering-kontang, itupun tidak sepanas iklim gurun panas. Iklim gurun sejuk juga digeruni kerana musim sejuk yang teramat sejuk sehingga jauh menjunam di bawah takat lebur. Gurun Gobi ialah satu contoh kawasan beriklim gurun sejuk. Sepanas mana musim panasnya, musim sejuknya tetap seamat dingin seperti Asia tengah. Patagonia di Argentina ialah satu lagi contoh iklim BWk. Walaupun tidak sedingin gurun Gobi Desert pada musim sejuk, namun lindungan hujan di Andes menimbulkan keadaan yang amat dingin dan berangin di Patagonia.

Rantau Artik dan Antartik juga sedikit sekali menerima kerpasan sepanjang tahun, disebabkan udara kering yang amat sejuk, tetapi biasanya digolongkan sebagai iklim kutub.

Bandaraya utama yang beriklim gurun sejuk

Iklim gurun sederhana[sunting | sunting sumber]

Jenis iklim gurun ini pula amat jarang ditemui. Iklim gurun sederhana biasanya ditemui di sepanjang pantai barat benua di lokasi tropika atau hampir tropika, tetapi juga ditemui di altitud tinggi di lokasi-lokasi tersebut.

Iklim gurun sederhana bersuhu lebih nyaman dari tempat lain yang sama garis lintang (disebabkan wujudnya arus lautan sejuk berdekatan) serta sering mengalami kabut dan awan rendah, meskipun tempat-tempat sebegini merupakan antara yang terkering di bumi dari segi jumlah penerimaan kerpasannya. Suhunya adalah sederhana sepanjang tahun, biasanya tidak mengalami apa-apa kelampauan suhu yang dialami di iklim gurun panas.

Bandaraya utama yang beriklim gurun sederhana

Carta bandaraya terpilih[sunting | sunting sumber]

Iklim Gurun Panas[sunting | sunting sumber]

Carta iklim untuk Baghdad
J F M A M J J O S O N D
 
 
20
 
14
3
 
 
20
 
17
6
 
 
20
 
22
10
 
 
10
 
28
15
 
 
0
 
35
20
 
 
0
 
40
23
 
 
0
 
43
25
 
 
0
 
42
23
 
 
0
 
39
21
 
 
0
 
32
15
 
 
20
 
23
8
 
 
20
 
16
5
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: Weather Base
Carta iklim untuk Riyadh
J F M A M J J O S O N D
 
 
12
 
20
9
 
 
8.5
 
23
11
 
 
25
 
27
15
 
 
22
 
33
20
 
 
4.6
 
39
26
 
 
0
 
42
28
 
 
0
 
44
29
 
 
0.2
 
43
29
 
 
0
 
40
26
 
 
1.7
 
35
21
 
 
7.9
 
28
15
 
 
13
 
22
11
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: [1]
Carta iklim untuk Phoenix
J F M A M J J O S O N D
 
 
21
 
19
7
 
 
20
 
22
9
 
 
27
 
24
11
 
 
6.4
 
29
14
 
 
4.1
 
34
19
 
 
2.3
 
40
24
 
 
25
 
42
27
 
 
24
 
41
27
 
 
19
 
37
24
 
 
20
 
31
17
 
 
19
 
24
10
 
 
23
 
21
7
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: Weather Channel [2]
Carta iklim untuk Khartoum
J F M A M J J O S O N D
 
 
0
 
32
15
 
 
0
 
34
16
 
 
0
 
38
19
 
 
0
 
41
22
 
 
0
 
42
25
 
 
7
 
41
26
 
 
53
 
38
25
 
 
71
 
37
24
 
 
18
 
39
25
 
 
5
 
40
24
 
 
0
 
36
20
 
 
0
 
33
17
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: BBC Weather [3]
Carta iklim untuk Mexicali
J F M A M J J O S O N D
 
 
13
 
21
5
 
 
9.1
 
24
7
 
 
7.9
 
26
9
 
 
1.3
 
30
12
 
 
0.8
 
34
16
 
 
0.3
 
39
20
 
 
1.5
 
42
24
 
 
8.1
 
41
25
 
 
9.1
 
38
22
 
 
8.9
 
33
15
 
 
4.6
 
26
8
 
 
11
 
21
5
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: [4]
Carta iklim untuk Hermosillo
J F M A M J J O S O N D
 
 
10
 
24
9
 
 
9
 
26
11
 
 
3
 
28
15
 
 
1
 
32
18
 
 
1
 
36
21
 
 
2
 
40
23
 
 
50
 
42
28
 
 
53
 
41
28
 
 
30
 
37
24
 
 
11
 
34
19
 
 
8
 
28
13
 
 
14
 
25
10
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: [5]
Carta iklim untuk

Ashgabat

J F M A M J J O S O N D
 
 
22
 
7
-2
 
 
27
 
10
-0
 
 
39
 
16
5
 
 
44
 
24
11
 
 
28
 
30
16
 
 
4
 
36
21
 
 
3
 
38
23
 
 
1
 
37
21
 
 
4
 
32
15
 
 
14
 
23
9
 
 
20
 
17
5
 
 
21
 
10
1
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: World Meteorological Organization

Iklim Gurun Sejuk[sunting | sunting sumber]

Carta iklim untuk

Kashgar

J F M A M J J O S O N D
 
 
2
 
0
-10
 
 
4
 
4
-6
 
 
6
 
13
1
 
 
6
 
21
8
 
 
10
 
26
12
 
 
7
 
30
16
 
 
5
 
32
18
 
 
8
 
30
17
 
 
5
 
26
12
 
 
2
 
19
4
 
 
2
 
10
-1
 
 
1
 
1
-7
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: Weatherbase

Iklim Gurun Sederhana[sunting | sunting sumber]

Carta iklim untuk Lima
J F M A M J J O S O N D
 
 
0
 
26
20
 
 
0
 
26
20
 
 
0
 
26
20
 
 
0
 
24
18
 
 
0
 
22
17
 
 
2.5
 
20
16
 
 
5
 
19
15
 
 
2.5
 
18
15
 
 
2.5
 
19
15
 
 
2.5
 
20
16
 
 
0
 
22
17
 
 
0
 
24
18
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]