Indah Ruhaila (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Indah Ruhaila
Album studio oleh Indah Ruhaila
Dikeluarkan pada13 Oktober 2008[1]
Dirakam pada2007-2008
GenrePop
SyarikatSuria Records
Single daripada album Indah Ruhaila
  1. "Dengarlah Kekasih"
    Dikeluarkan pada: 2008
  2. "Tak Mahu Mengerti"
    Dikeluarkan pada: 2009

Indah Ruhaila merupakan album pop Malaysia 2008 oleh penyanyi Indah Ruhaila. Album ini merupakan album studio pertama dan terakhir beliau yang diterbitkan oleh Suria Records dan dikeluarkan pada 13 Oktober 2008.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Berkonsepkan pop balada, abum Indah Ruhaila mengambil masa setahun untuk disiapkan, bermula dengan proses pemilihan lagu dan diikuti dengan rakaman suara. Antara komposer yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Aiman, Alfa, Sharon Paul, Neves, Along Exists, Siew serta Faizal Tahir.

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Indah Ruhaila dikeluarkan pada 13 Oktober 2008 di bawah syarikat rakaman Suria Records. Lagu "Dengarlah Kekasih" dan "Tak Mahu Mengerti" dikeluarkan sebagai single. "Dengarlah Kekasih" dipilih sebagai lagu tema drama Obsesi arahan Murali Abdullah lakonan Remy Ishak dan Lisa Surihani.[3]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. TajukPenulis Masa
1. "Dengarlah Kekasih"  Aiman / Zimi Sofaz 4:02
2. "Tak Mahu Mengerti"  A Farrugia / Zimi Sofaz 2:50
3. "Berikanku Mimpi Indah"  Alfa Booty Kesuma / Tisya 4:12
4. "Lihat Di Baris Tiga"  Neves / Naziar 3:38
5. "Jujur Padaku"  G-Nola / Musrad 3:48
6. "Siapa Luka Siapa"  Neves / Layla Ismail 3:45
7. "Akan Ku Harungi"  Sharon Paul / Mable 4:07
8. "Hati Ini"  Faizal Tahir / Hani MJ 4:29
9. "Bukan Sehari"  Aiman / Habsah Hassan 4:34
10. "Tak Kuasa Aku"  Alfa Booty Kesuma / Tisya 4:07
11. "Retas"  G-Nola / Ayang Batrisyia 4:39

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Indah Ruhaila". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai 2017-03-15. 
  2. ^ Album pertama melodi Indah Utusan Malaysia, 20 Oktober 2008.
  3. ^ Lagu album baru Indah Ruhaila, artis baru Suria Records Budiey, Sensasi Selebriti, 3 November 2008.