Suria Records

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suria Records
SRC.jpeg
Syarikat indukSuwah Enterprise
Diasaskan1970
StatusAktif
Label edaranSuwah Enterprise Publishing
GenrePelbagai
Negara asalMalaysia
LokasiNo. 40, Jalan Kaskas (2), Taman Cheras, 56100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tapak web rasmisuriarecords.com.my

Suria Records (juga dikenali sebagai SRC) ialah sebuah syarikat rakaman Malaysia yang ditubuhkan pada 1970 dan beribu pejabat di Kuala Lumpur. Ia merupakan salah satu daripada syarikat rakaman terbesar di Malaysia. Nama-nama besar seperti Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Liza Hanim dan New Boyz telah merakamkan suara mereka di syarikat rakaman ini.[1] Artis Indonesia seperti Rossa, Kumpulan Ungu, Imam S. Arifin (allahyarham), Mega Mustika, Evie Tamala, Ikke Nurjanah, Andra and the BackBone, Alda Risma (allahyarhamah), Desy Ratnasari, Mayangsari, Nia Daniaty, Paramitha Rusady, Five Minutes, Mulan Jameela, Seventeen, Dewa 19, dan sebagainya. Anak syarikat penerbitan dan pengedaran lagunya ialah Suwah Enterprise Publishing dan telah mempunyai ratusan album dan lagu di dalam katalognya.

Ia merupakan ahli Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang mewakili pengedaran dan penerbitan rakaman muzik di Malaysia.[2]

Artis[sunting | sunting sumber]

Artis dalam Malaysia[sunting | sunting sumber]

Artis luar negara[sunting | sunting sumber]

Suria Records turut menguruskan kerjaya artis Indonesia di Malaysia melalui kerjasama dengan syarikat rakaman Indonesia, Trinity Optima Production, GP Records, dan Aquarius Musikindo.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Suria Records berjaya lahirkan artis popular Utusan Malaysia (23 Jun 1999). Diperoleh pada 17 Jun 2009.
  2. ^ RIM: Members Diarkibkan 2018-04-09 di Wayback Machine Persatuan Industri Rakaman Malaysia. Diperoleh pada 17 Jun 2012.
  3. ^ "Siti Nurhaliza diburu syarikat rakaman". Bintang Popular – Berita Minggu. Digital Collections DC5: Cross Search. 14 Jun 2009. Dicapai pada 16 Jun 2011.
  4. ^ Sasaran Wani Kayrie Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 Disember 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]