Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Lisa Surihani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lisa Surihani
Lisa Surihani Anugerah Lawak Warna 2013.jpg
Lisa memegang trofi Pelakon Komedi Wanita Filem Terbaik Anugerah Lawak Warna 2013.
Kelahiran Lisa Surihani binti Mohamed
(1986-03-23) 23 Mac 1986 (umur 32)
Kuala Lumpur, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pendidikan Undang-undang
Pusat pendidikan Kolej Universiti HELP
Universiti Aberystwyth
Pekerjaan Pelakon, model, jurucakap produk dan pengacara
Tahun aktif 1997–kini
Ketinggian 1.50 m (4 ka 11+18 in)
Pasangan Yusry Abdul Halim (k. 2012)
Anak Yahaira Leanne
Yusof Leonne
Ibu bapa Siti Amirah Ahmad (ibu)
Mohamed Mahbob (bapa; meninggal dunia 2008)
Saudara Mohamad Azan Mohamed (abang)

Lisa Surihani binti Mohamed (lahir 23 Mac 1986) atau lebih dikenali sebagai Lisa Surihani ialah seorang pelakon, model, pengacara televisyen dan jurucakap produk Malaysia.[1] Beliau mula bergiat aktif dalam dunia hiburan tanah air sejak 1997 ketika berusia 11 tahun menerusi iklan Ovaltine yang menjadi kemunculan sulungnya di televisyen. Penampilan pertama Lisa di layar kaca ialah menerusi drama Gergasi (2002), seterusnya membuat kemunculan sulungnya di layar lebar pada 2006 menerusi peranannya sebagai Lara dalam filem Goodbye Boys arahan Bernard Chauly, sebelum meraih pengiktirafan meluas menerusi filem I'm Not Single (2008) yang melayakkanya menerima anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-22.

Selepas I'm Not Single, Lisa muncul dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak (2009) sebagai Mustika Sudirman, filem aksi 2010 V3: Samseng Jalanan yang mana watak Kamsah lakonannya telah melayakkan beliau menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23. Filem lakonannya Lagenda Budak Setan yang mana Lisa memegang watak utama sebagai Ayu, telah melayakkannya menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di FFM 23 dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

Sepanjang kerjaya lakonannya, Lisa telah bekerjasama dengan ramai rakan seangkatannya, termasuk Farid Kamil, Shaheizy Sam, Aaron Aziz, Nur Fazura dan Maya Karin. Bagi peranannya sebagai duta dan jurucakap produk, Lisa telah menjadi duta dan jurucakap bagi pelbagai jenama dan produk termasuk Lip Ice Sheer Color, Freshlook, Rexona, DiGi, Garnier, Sofy BodyFit dan Marigold Peel Fresh. Sebagai pengacara, beliau telah mengacarakan program televisyen termasuk Down Memory Lane (RTM), Mari Menari (Astro Ria) dan HBO Sentral (HBO Asia). Beliau berkahwin dengan Yusry KRU pada 23 Februari 2012 dan kini dikurniakan dua cahayamata. Pada Februari 2017, Lisa dilantik sebagai Duta Muhibah UNICEF Malaysia.[2][3][4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Lisa Surihani binti Mohamed pada 23 Mac 1986 di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur kepada ibu bapanya, Siti Amirah binti Ahmad dan Allahyarham Mohamed bin Mahbob (1950–2008).[5][6] Beliau merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik, beliau mempunyai 3 abang (salah seorang abangnya ialah Mohamed Azan) dan seorang adik lelaki, Lisa merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya dan berdarah kacukan Bugis, Cina, India dan Arab.[7] Ketika berusia 3 tahun, keluarganya tinggal di Jalan Gurney, kemudian berpindah ke Kampung Pandan.[7] Beliau dinamakan sebagai Lisa Surihani kerana nama ‘Surihani’ ialah idea bapanya dan ‘Lisa’ ialah pilihan ibunya,[7] Lisa mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Sri Inai semasa zaman sekolah rendah dan menengahnya. Beliau berkelulusan dalam bidang undang-undang daripada Kolej Universiti HELP dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom dan mempunyai ketinggian 150 sentimeter.[8]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

1997–2011: Permulaan kerjaya dan puncak populariti[sunting | sunting sumber]

Lisa Surihani pada 2009.

Lisa Surihani memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak pada 1997 menerusi iklan susu coklat Ovaltine, ketika itu beliau berusia 11 tahun. Ia menjadi iklan pertama yang dijayakan oleh Lisa, setelah itu beliau lebih banyak muncul dalam beberapa iklan di televisyen, termasuk iklan McDonalds (2002) dan Hotlink Siti Nurhaliza Fantasia Tour (2004) bersama Datuk Siti Nurhaliza, turut menjayakan iklan selama seminit ini ialah Sazzy Falak dan Nadiya Nisaa.[9]

Kemunculan pertamanya di kaca TV ialah menerusi drama Gergasi di TV1 pada 2002 dan kemudian disusuli oleh drama Ayah Kami (2004) juga bersiaran di TV1. Pada 2006, beliau membuat kemunculan filem cetera sulungnya menerusi filem Goodbye Boys lakonan Razif Hashim dan Nas-T arahan Bernard Chauly, yang mana beliau memegang watak sebagai Lara. Pada 2008, namanya mula menjadi perhatian ramai apabila beliau melakonkan watak sebagai Maya menerusi filem romantik yang juga filem kedua lakonannya, I'm Not Single[10] arahan Pierre Andre lakonan bersama Farid Kamil, Awal Ashaari dan Intan Ladyana, yang menandakan gandingan pertamaya bersama Farid,[11] filem ini melayakkan beliau menerima anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-22 pada 2009. Lisa berlakon bersama Remy Ishak dalam siri drama romantik Obsesi arahan Murali Abdullah yang disiarkan di TV3 pada 5 November hingga 28 Disember 2008.[12] Lisa menjayakan watak utama sebagai Suriati yang merupakan isteri kedua Tengku Azizudin (Remy) yang telah kematian isteri.[13]

Lisa membintangi telefilem pertama lakonannya, Ponti Anak Remaja bersama pelakon utamanya, Liyana Jasmay yang membuat tayangan perdana di Astro Ria pada 23 Mac 2009. Pada 22 April, beliau berlakon bersama Yana Samsudin dan Rozita Che Wan sebagai pelakon utama drama 3 Janda yang bersiaran di Astro Prima, Lisa memegang watak utama sebagai seorang janda yang bernama Intan. Lisa menjayakan watak wanita misteri bernama Mustika Sudirman dalam filem seram komedi arahan Idham, Jangan Pandang Belakang Congkak lakonan Shaheizy Sam, Lan Pet Pet dan Cat Farish yang ditayangkan pada 4 Jun. Pada 11 Mac 2010, Lisa menjayakan watak antagonis bernama Kamsah dalam filem aksi permotoran V3 Samseng Jalanan arahan sulung Farid Kamil dengan lakonlayar oleh Farid dan Soffi Jikan. Lisa berkata mengenai wataknya: "Pada mulanya Farid ingin menggunakan nama Melor kepada watak saya. Dengan sekali gurauan dalam corong telefon, terkeluar nama Kamsah daripada mulut saya tanpa disangka." Bagi menghidupkan watak Kamsah, beliau diminta oleh Farid untuk menghisap rokok bagi menyesuaikan imej Kamsah yang tidak banyak bercakap.[14] Beliau dan Farid sekali lagi bergandingan menerusi filem Semerah Cinta Stilleto arahan Ahmad Idham.[15] Di samping itu, Lisa berpasangan bersama bekas penyanyi kumpulan Ruffedge, Syed Hussein menerusi drama Adamaya[16] arahan Mohd Feroz Abdul Kader dan ditulis oleh Zarihah Hassan yang bersiaran di Slot Akasia TV3 pada 6 April 2010, drama ini turut dibintangi oleh Allahyarham Faizal Yusup yang meninggal dunia pada sambutan Tahun Baru 2011,[16] Lisa melakonkan watak sebagai Maya, seorang pelajar tahun kedua dalam bidang insurans di sebuah universiti terkemuka.[16] Seterunya, beliau menyertai barisan pelakon utama filem aksi komedi adiwira arahan Azizi "Chunk" Adnan, Kapoww terbitan Tayangan Unggul, Lisa melakonkan watak protagonis, Siti Nurhasnita, dan menyaksikan gandingan pertamanya bersama Zizan Raja Lawak.[17][18]

Pada 7 Oktober 2010, Lisa sekali lagi menjayakan watak Mustika Sudirman dalam kesinambungan filem Jangan Pandang Belakang Congkak, Jangan Pandang Belakang Congkak 2 yang masih mengekalkan barisan pelakon asalnya kecuali Shaheizy Sam.[19] Beliau kemudiannya membintangi filem Zoo arahan Azhari Zain yang mengangkat tema hidupan liar, Lisa melakonkan watak sebagai Shila, seorang penjaga zoo.[20] Penggambaran filem ini dijalankan di Zoo Negara, salah satu muzium haiwan yang terkemuka di Malaysia.[21] Beliau kemudian berlakon bersama Razali Hussein dalam telefilem khas sempena Ramadan yang bertajuk Azan yang disiarkan di TV1,[22] Lisa membawakan watak sebagai Rosa,[22] seorang gadis yang berasal dari keluarga berada yang mengalami trauma setelah terlibat dalam nahas jalan raya.[22] Pada 20 Oktober 2010, beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 menerusi filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan. Kedua-duanya adalah filem gandingan beliau dan Farid.[23]

Beliau kembali ke bidang pengacaraan selepas hampir tiga tahun, Lisa bersama Marion Caunter, Sarah Lian dan Cheryl Samad mengacarakan program sukan 13 episod MyEG Extra Time Bring It! di saluran ESPN.[24] Seterusnya, beliau bersama Awal Ashaari mengacarakan rancangan Mari Menari di Astro Ria.[24]

Pada April 2011, Lisa memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010,[25] menewaskan saingan terdekatnya termasuk Diana Danielle, Liyana Jasmay, Maya Karin dan Scha Al-Yahya, beliau juga dicalonkan bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular, tetapi dimenangi oleh Fasha Sandha. Beliau digandingkan lagi bersama Shaheizy Sam menerusi filem Sekali Lagi arahan Hashim Rejab yang berkisarkan tentang Arman yang menghidap penyakit autisme,[26][27] filem ini memperolehi Lisa mendapat pencalonan bagi Heroin Terhebat di Anugerah Blokbuster yang julung kalinya diadakan, dan pencalonan bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 serta pencalonan bagi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24. Beliau menjadi salah seorang daripada empat selebriti termasuk Aznil Nawawi, Amy Search dan Low Ngai Yuen yang dijemput untuk menghadiri forum online Meja Bulat 1Malaysia di pejabat Perdana Menteri pada Jun 2011.[7][28]

Dalam pada itu, Lisa melakonkan watak antagonis Mila Amylia Rashdan dalam filem drama romantik Ombak Rindu arahan Osman Ali yang diadaptasi daripada novel 2002 dengan judul sama karya Fauziah Ashari, filem yang ditayangkan pada 1 Disember 2011 turut dibintangi oleh Maya Karin, Aaron Aziz dan Bront Palarae ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan, meraih kutipan tayangan tertinggi sebanyak RM10.90 juta di belakang filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof yang meraih kutipan RM11.74 juta.[29] Pada 29 Disember 2011, Lisa berlakon dalam filem terakhirnya bersama Metrowealth Pictures, Papa I Love You arahan Hashim Rejab, lakonan bersama Zalif Sidek dan Mia Sara Nasuha, bagaimanapun, filem ini menjadi kegagalan komersial semasa tayangannya di pawagam.[30]

2012–2014: Teater Tun Siti Hasmah dan Istanbul Aku Datang![sunting | sunting sumber]

Lisa Surihani pada 2012.

Pada awal 2012, beliau memegang watak pembantu dalam kesinambungan trilogi filem yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Ahadiat Akashah, Lagenda Budak Setan 2: Katerina yang dibintangi oleh Farid Kamil dan Maya Karin.[31] Beliau seterusnya membintangi filem psiko-thriller romantik arahan Syafiq Yusof, Saya Amat Mencintaimu (SAM) bersama Shaheizy Sam dan Syamsul Yusof, Lisa melakonkan watak dirinya sendiri sebagai pembantu peribadi dan teman wanita Sam. Filem ini ditayangkan pada 19 Ogos 2012 sempena Hari Raya Aidilfitri, turut dibintangi oleh Neelofa dan Azad Jasmin.[32]

Pada November 2012, Lisa menjayakan peranan sebagai Tun Dr. Siti Hasmah, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam teater penghargaan Tun Siti Hasmah yang diarahkan oleh Erma Fatima, beliau dilaporkan menggantikan Erra Fazira yang menarik diri daripada projek tersebut kerana kekangan masa dan jadual yang padat.[33][34][35] Pelakon lain yang turut menjayakan teater ini termasuk Eja, Esma Danial dan Nazim Othman.[33] Beliau sekali lagi bekerja di bawah arahan Bernard Chauly menerusi filem Istanbul Aku Datang! terbitan Red Communications, yang mana beliau memegang watak sebagai Dian yang pada asalnya dilakonkan oleh Fazura sebelum menarik diri kerana jadual kerjanya yang padat. Filem ini turut dibintangi oleh Tomok dan Beto Kusyairy, dan ditayangkan pada 8 Disember 2012, difilemkan di Istanbul, Turki. Persembahannya dalam filem ini melayakkan beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2013 dan menerima pencalonan bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Festival Filem Antarabangsa Asia yang julung kali diadakan.[36]

Pada 11 April 2013, Lisa menjadi tunjang utama bersama Anzalna Nasir, Nasha Aziz dan Adrea Abdullah menerusi drama Maskara arahan Nizam Zakaria terbitan KRU Studios yang bersiaran di TV1; Lisa menjayakan watak utama sebagai Lynn, yang dipaksa kahwin dengan lelaki lebih tua dan terpaksa hidup dengan lelaki yang tidak dicintainya.[37] Ia mengisahkan tentang empat jelitawan—Lynn, Liza, Hani dan Sue yang membentuk satu sistem sokongan sesama mereka dalam berdepan dengan isu keluarga, masalah cinta, persahabatan sehinggalah ke soal rumahtangga.[38][39]

Lisa meminjamkan suaranya bagi watak Smurfette dalam alihsuara versi bahasa Melayu bagi filem animasi Amerika Syarikat 2011, The Smurfs untuk siaran di HBO Asia pada 22 Jun 2013.[40]

Satu-satunya filem lakonan Lisa dalam tahun yang sama ialah filem Ular arahan Jason Chong, yang menyaksikan pertama kali beliau berlakon bersama suaminya, Yusry KRU.[41] Pada tahun yang sama, beliau membintangi telefilem Mama Mama Mia lakonan bersama Hanis Zalikha yang disiarkan di Astro Ria pada 30 Mei 2013. Pada 2014, Lisa menjadi rakyat Malaysia pertama yang akan muncul di E! News Asia Special[42] bersama pengacaranya Marion Caunter, menjadikan beliau ikon dan pemimpin dalam budaya pop.[42] Rancangan ini membawa penonton dan peminat setia Lisa menyelami apa yang tidak pernah dilihat sebelum ini di dalam kehidupan beliau,[42] menampilkan temubual dengan suaminya, Yusry, keluarga, kawan rapat serta mereka yang rapat dengannya,[42] ia disiarkan di saluran E! Asia pada 13 April 2014.[42] Lisa menyertai artis serantau lain seperti Jay Park dari Korea Selatan, Aaron Aziz dari Singapura, dan Anne Curtis dari Filipina.[1]

Juga pada tahun yang sama, Lisa melangkah ke bidang muzik buat pertama kalinya apabila beliau merakamkan lagu bersama suami menerusi lagu duet julungkali mereka, "Kekasih Abadi"[43] yang mana sisi romantis mereka diluahkan dalam seni dimana mereka telah mengabadikan kisah cinta yang berjanji untuk sehidup semati di dalam lagu ini.[43] Lagu tersebut juga digunakan sebagai lagu tema bagi sebuah program travelog Pasport Cinta Yusry-Lisa,[43] siri sebanyak 13 episod yang mula bersiaran di TV2 pada Mac.[43] Program yang diinspirasikan dengan konsep percutian bulan madu Yusry dan Lisa menampilkan mereka pasangan suami isteri yang mengembara ke seluruh negeri di Malaysia,[43] dimana penonton berpeluang melihat perbezaan perwatakan Yusry dan Lisa dalam merancang percutian-percutian bajet mereka.[43] Pada 8 Januari, lagu "Kekasih Abadi" dimuatnaik di YouTube rasmi KRU Music.[43][44] Selain itu, beliau turut meminjamkan suaranya bagi watak Lucy dalam versi bahasa Melayu bagi filem animasi Hollywood 2013, Despicable Me 2 untuk siaran di HBO Asia, turut meminjamkan suara untuk filem itu ialah Harith Iskander sebagai Gru dan Nelydia Senrose sebagai Margo.

Beliau diberi kepercayaan oleh HBO Asia sebagai pengacara untuk rancangan HBO Sentral yang memulakan tayangan perdana pada 27 April 2014.[45][46] Ini menjadikan beliau sebagai selebriti tempatan pertama yang mengacarakan rancangan itu untuk pasaran Asia, HBO Sentral merupakan panduan bulanan baru di HBO (saluran 411) dan HBO HD (saluran 431) yang memberi peluang kepada penonton untuk mengetahui filem-filem Hollywood yang akan disiarkan pada setiap bulan.[47] Untuk musim kedua, beliau digantikan oleh Nabil Raja Lawak.[48]

Lisa kembali menjayakan watak Ayu dalam trilogi terakhir Lagenda Budak Setan, Lagenda Budak Setan 3: Kasyah - Legenda Berakhir arahan Sharad Sharan. Bersama pelakon berbakat, Fizz Fairuz, beliau membintangi filem seram suspens-thriller arahan Jason Chong, Dendam Orang Mati,[49] Lisa memegang watak utama sebagai Lena yang tersedar dari koma selama dua tahun dan hilang ingatan akibat kemalangan.[49][50] Ketika menjalani penggambaran filem ini, Lisa mengakui tertekan kerana mengalami sedikit gangguan kerana terbawa-bawa watak Lena yang dilakonkannya.[50][51] Menurutnya, beliau banyak mengorbankan masanya demi watak Lena lakonannya.[50] Beliau pada mulanya menolak untuk untuk membintangi filem itu. Bagaimanapun, Lisa memberanikan diri menyahut cabaran tersebut atas dorongan dan nasihat agar keluar daripada kepompong lakonan kebiasaannya.[50][52] Filem beliau seterusnya, Manisnya Cinta di Cappadoccia[53][54][55] arahan Bernard lakonan bersama Fazura dan Shaheizy Sam ditayangkan di pawagam pada 11 Disember 2014 sempena ulang tahun ke-21 tragedi Highland Towers, filem ini juga melayakkan Lisa menerima pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-26 bagi Pelakon Wanita Terbaik,[36] bagaimanapun rezeki tidak memihak kepadanya apabila anugerah itu dimenangi oleh Fazura.[36] Beliau bagaimanapun, tidak dapat memberikan komitmen untuk sebarang promosi Festival Filem Malaysia ke-27 dan hadir pada malam kemuncak kerana beliau sarat mengandung.[56][57] Pada Oktober 2014, Lisa dilaporkan bakal mengarahkan filemnya sendiri sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa[58] dan bakal menduduki kerusi pengarah untuk projek 'Ikal Mayang' ketiga dijadual untuk tayangan pada 8 Mac 2015.[58] Walau bagaimanapun, senarai barisan pelakon yang terlibat masih belum didedahkan oleh pihak penganjur yang ingin merahsiakan perkara ini pada masa itu.[58] Pada bulan yang sama, beliau bersama Tony Eusoff dan Nadia Aqilah mengambil bahagian dalam pementasan ketiga bagi teater muzikal P. Ramlee the Musical arahan Adlin Aman Ramlie dan Zahim Albakri yang diadakan di Istana Budaya pada 3 hingga 12 Oktober di mana Lisa melakonkan watak sebagai Junaidah Haris.[59][60]

Pada 1 November 2014, Lisa memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) menerusi watak lakonannya sebagai Dian dalam filem Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly,[61] beliau menewaskan saingan terdekatnya seperti Diana Danielle (Sembunyi), Ummi Nazeera (Penanggal), Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati) dan Kalpana Sundraju (Dhusrajanam).[61]

2015–kini: Suamiku Encik Perfect 10, Cicakman 3 dan e-bu Babypedia[sunting | sunting sumber]

Lisa memulakan lembaran 2015 dengan filem terbaru lakonannya, Suamiku Encik Perfect 10[62][63] yang sekali lagi memperlihatkan beliau berimej muslimah sekaligus menggandingkannya bersama pelakon kacak Aaron Aziz buat kali kedua.[64][65] Kali terakhir Lisa dan Aaron berlakon bersama ialah pada 2011 menerusi filem Ombak Rindu arahan Osman Ali.[66] Dalam filem arahan Mohd Feroz Abdul Kader ini, Lisa melakonkan watak Aleeya Azmeen, seorang pelajar yang terpaksa berlakon sebagai pasangan suami isteri dengan Zarief Daniel selama seminggu di Malaysia selepas memgandungkan anak bersama teman lelakinya.[67] Seterusnya, Lisa muncul dalam filem lakonannya bersama Zizan Razak, Cicakman 3[68][69] arahan suaminya Yusry KRU dan arahan bersama oleh Ghaz Abu Bakar, menemui penonton di pawagam pada 12 Mac 2015, beliau menggantikan Fasha Sandha yang berlakon dalam dua filem terdahulu, dan memegang watak sebagai Linda, isteri kepada Man/Cicakman.

Selepas Suamiku Encik Perfect 10 dan Cicakman 3, Lisa muncul pula menerusi filem muzikal arahan Osman Ali bertajuk Sinaran yang menggabungkan tiga negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia.[70] Filem yang dinamakan sempena lagu nyanyian Datuk Sheila Majid[71] dengan judul sama ini ditayangkan pada 26 November 2015 turut dibintangi oleh Izara Aishah, pelakon Singapura Syarif dari kumpulan Sleeq dan pelakon Indonesia, Evan Sanders, dalam filem ini, Lisa melakonkan watak Shila, pelajar baharu kolej yang belajar mengenai cabaran dalam menjalani kehidupan dan dalam perhubungan cinta.[72] Filem ini merupakan filem kedua Lisa di bawah arahan Osman selepas Ombak Rindu dan ia juga memerlukan beliau belajar menari.[73][74]

Pada April 2016,[75] beliau bersama suami, Yusry mengacarakan rancangan e-bu Babypedia di saluran Astro Ria,[76] sebuah rancangan yang menyingkap perjalanan saat manis Lisa dan Yusry bergelar ibu dan bapa dan mengupas kebenaran yang terselindung disebalik tradisi yang terdapat di seluruh dunia.[77] Pada majlis pelancaran e-bu Babypedia, Lisa dan Yusry tidak berhasrat memberi hak eksklusif kepada mana-mana stesen televisyen termasuk Astro untuk mendedahkan gambar anak sulung mereka Yahaira Leanne.[78][79]

Pada 14 Mei 2016, Lisa membintangi bersama pelakon senior Didie Alias dan aktor yang sedang meningkat naik, Syafiq Kyle dalam telefilem berjudul Syahadah Yang Hilang arahan Ghaz Abu Bakar yang berkisarkan mengenai seorang wanita tua yang merupakan bekas penari istana yang membela saka. Ia bersiaran menerusi slot Karya 12 di Astro Citra.[80] Beliau meneruskan rentetan kerjasama dengan Bernard menerusi telefilem Kontena Ana yang memulakan tayangan perdana menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra dan Astro Mustika HD pada 12 Ogos 2017, berlatarbelakangkan tahun 2001 di Miri, Sarawak, di mana perceraian melalui SMS berlaku kepada Ana dan dia bertekad untuk membetulkan keadaan. Ini menjadikan Lisa satu-satunya pelakon telefilem ini, yang mana beliau turut mengolah jalan cerita (boleh dirujuk menerusi kredit telefilem ini).[81] Beliau bersama suaminya mengacarakan e-bu Babypedia musim kedua.

Lisa dan suaminya, Yusry berangkat ke Sepanyol bagi menjalani penggambaran muzik video "Abang Nak Tegur" nyanyian usahawan kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman dan Nur Sajat. Muzik video ini mendandakan percubaan sulung Lisa di belakang tabir sebagai kru penerbitan, yang mana beliau berkhidmat sebagai Pembantu Penerbitan dan Pembantu Pengarah Kedua.[82] Pada Mac 2018, Lisa dan suami menjadi tetamu jemputan rancangan terbitan ntv7 Kata Serasi, yang dihoskan oleh Diana Danielle dan Nazrudin Habibur Rahman.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Lisa Surihani dan penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abd Halim mengakhiri perhubungan cinta mereka dengan majlis perkahwinan yang berlangsung selepas solat Asar pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan Majlis Resepsi berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari. Sebelum ini mereka mengadakan sidang akhbar perkahwinan mereka di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya. Mereka tidak bertunang sebaliknya terus bernikah pada 23 Februari 2012.[83][84][85][86][87] Lisa dan Yusry sebelum ini dilaporkan enggan menjadikan hubungan mereka seumpama cinta monyet sebaliknya mahu hubungan yang lebih matang.[88] Sebuah dokumentari eksklusif sebanyak dua episod mengenai kisah cinta pasangan itu sejak dari awal perkenalan sehingga jenjang pelamin telah disiarkan secara eksklusif di Astro Ria paad 25 Februari 2012.[89]

Turut hadir ialah ibu bapa Yusry, Abdul Halim Kamal, Zarina Abdul Wahab Fenner disertai abang sulung, Norman Abd Halim serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad. Lisa dan Yusry menyambut kedatangan cahaya mata sulung mereka, Yahaira Leanne yang dilahirkan pada 15 September 2015,[90][91][92] pada tahun berikutnya, beliau hamil anak kedua.[93][94] Pada 23 April 2017, beliau melahirkan anak keduanya, seorang bayi lelaki kira-kira jam 7.10 pagi dan berada dalam keadaan sihat serta stabil dan ditempatkan di wad Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.[95][96][97] Pada 1 Mei, pasangan ini menamakan cahayamata kedua mereka sebagai Yusof Leonne sempena majlis tahnik bayi kedua mereka.[98][99]

Bapa Lisa, Mohamed Mahbob meninggal dunia pada Disember 2008 akibat kanser paru-paru, meninggalkan beliau dan adik-beradiknya di bawah jagaan ibunya.[100][101][102]

Pada 11 Januari 2013, Lisa mengalami kerugian berjumlah RM50,000 apabila kad ATM miliknya disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab. Berkutan kes tersebut, beliau dan ibunya, Siti Amirah membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang dari akaun banknya. Beliau merujuk kepada pihak bank dan dimaklumkan kad ATM beliau tidak boleh digunakan lagi kerana telah disalah guna individu lain tanpa pengetahuannya.[103][104] Kejadian yang berlaku pada Jumaat jam 10.30 pagi apabila ibu Lisa ingin mengeluarkan sejumlah wang di mesin ATM di sebuah bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi dan mendapati duit yang disimpan sudah tiada dalam akaun.[105] Lisa kemudian menyatakan rasa bersyukur apabila pihak pihak polis berjaya menahan seorang kakitangan bank wanita yang menceroboh akaunnya sehingga mengakibatkan kehilangan wang berjumlah RM50,000 dan memberinya pengajaran untuknya lebih berhati-hati pada masa depan.[106]

Sebagai peminat setia KRU, Lisa lebih mengingati lirik lagu KRU berbanding suaminya. Beliau pernah menjadi penari latar kumpulan ini.[107]

Di dalam media[sunting | sunting sumber]

Dikenali sebagai seorang pelakon yang berbakat, Lisa merupakan salah seorang artis yang bebas dari kontroversi, malah beliau diberi jolokan "Malaysia’s Sweethearts" (Buah Hati Rakyat Malaysia) oleh media tempatan.[1] Mengulas mengenai lakonannya dalam Dendam Orang Mati, Mohd Al-Qayum Azizi dari mSTAR Online berkata "watak Lena adalah paling terbaik yang pernah dibawa oleh Lisa sepanjang kerjaya lakonannya dan tidak hairan sekirannya dia merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik selepas ini."[49] Selain penampilan media elektronik, Lisa juga membuat penampilan media cetak sebagai penghias muka depan beberapa majalah termasuk Mingguan Wanita, Media Hiburan, InTrend, URTV dan Remaja dan akhbar termasuk Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star.[1] Sepanjang dua dekad tahun berkecimpung dalam bidang lakonan, Lisa tidak meletakkan dirinya sebagai status primadona atau diva,[108] namun percaya setiap tanggungjawab mempunyai tekanan tertentu.[109]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Memegang watak sebagai Linda di dalam filem Cicakman 3.
Tahun Tajuk Pengarah Peranan Catatan
2006 Goodbye Boys Bernard Chauly Lara Filem pertama
2008 I'm Not Single Pierre Andre Maya Borhan
2009 Jangan Pandang Belakang Congkak Ahmad Idham Mustika Sudirman
2010 V3 Samseng Jalanan Farid Kamil Kamsah
Semerah Cinta Stilleto Ahmad Idham Siti Laila/Stilla
Lagenda Budak Setan Sharad Sharan Ayu Sidaratul Dursina
Kapoww Azizi 'Chunk' Adnan Siti Nurhasnita
Zoo Azhari Zain Shila
Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Ahmad Idham Mustika Sudirman
2011 Sekali Lagi Hashim Rejab Sheila
Ombak Rindu Osman Ali Mila Amylia Rashdan
Papa, I 💗 You Hashim Rejab Elly
2012 Lagenda Budak Setan 2: Katerina Sharad Sharan Ayu
Cyber X: Ancaman Penggodam Amith Abidin N/A Tidak dikeluarkan
SAM: Saya Amat Mencintaimu Syafiq Yusof Lisa
Istanbul Aku Datang Bernard Chauly Dian
2013 Ular Jason Chong Myra
2014 Despicable Me 2 Pierre Coffin Lucy Alih suara (versi Bahasa Melayu)
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah Sharad Sharan Ayu
Dendam Orang Mati[110][111] Jason Chong Lena
Manisnya Cinta Di Cappadocia Bernard Chauly Izelea
2015 Suamiku, Encik Perfect 10 Feroz Kader Aleeya Azmeen
Cicakman 3 Yusry Abdul Halim,
Ghaz Abu Bakar
Linda
Sinaran Osman Ali Shila
2018 Wheely Filem/drama yang belum dikeluarkan Yusry Abdul Halim Bella Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Sumber
2002 Gergasi TV1
2004 Ayah Kami TV1
2008 Obsesi Suriati TV3
Mertua vs Menantu Astro Prima
2010 3 Janda Intan Astro Prima [112]
Tudung Ekspres Erin Astro Ria [113][114]
2011 Adamaya Maya TV3 [115]
2012 Mana Hilangnya Juwita Anggun Astro Ria [116]
Oh My English! (Musim 2) Dirinya sendiri Astro TVIQ [117]
2013 Maskara Lynn TV1

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Sumber
2009 Ponti Anak Remaja Astro Ria
2010 Azan Rosa TV1 [22]
2013 Mamma Mamma Mia! Astro Ria
2014 Jawa Taiko Alisa Astro Prima [118][119]
Strawberi & Karipap: Sesat Kat Paris Astro Ceria
2016 Syahadah Yang Hilang Zubaidah Astro Citra
2017 Kontena Ana Ana Astro Citra

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Rujukan
2008 Down Memory Lane Dirinya sendiri/pengacara TV1
2010 MyEG Extra Time Bring It! Dirinya sendiri/pengacara ESPN [24]
Mari Menari Dirinya sendiri/pengacara Astro Ria
2011 Siti: Hiburan & Inspirasi Dirinya sendiri/tetamu Astro Ria
2013 HBO Sentral Dirinya sendiri/pengacara HBO Asia [120]
2014 Pasport Cinta Dirinya sendiri TV1 [43]
2016–17 e-bu Babypedia Dirinya sendiri/pengacara Astro Ria
2018 Kata Serasi Dirinya sendiri/tetamu ntv7

Videografi[sunting | sunting sumber]

Muzik video
Tahun Tajuk Penyanyi
2004 "Milikku" Zahid AF2 (menampilkan Cat Farish)

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Sumber
2012 Teater Tun Siti Hasmah Siti Hasmah Mohd Ali Erma Fatima [33]

Endorsmen[sunting | sunting sumber]

Tahun Produk/Iklan Catatan Sumber
1997 Ovaltine Penampilan iklan pertama
Johnson & Johnson
2002 McDonald's
2004 Hotlink Siti Nurhaliza Fantasia Tour bersama Siti Nurhaliza, Nadiya Nisaa dan Sazzy Falak [9]
Rexona
MyEG
2007 Lip Ice
2010 Garnier
Honda Icon
2012 DiGi Easy Prepaid
Freshlook [121]
2013 Marigold Peel Fresh
WeChat bersama Shaheizy Sam
2014 Sofy BodyFit
Astro Kosong-Kosong
2015 Courts bersama Harith Iskander
Oral-B

Kedermawanan dan penajaan[sunting | sunting sumber]

Lisa (kanan) bersama Shaheizy Sam (kiri) sebagai duta WeChat dan Chatime.

Populariti massa Lisa Surihani telah memperlihatkan beliau menjadi duta dan jurucakap bagi pelbagai produk termasuk jenama kosmetik antarabangsa Garnier,[122][123][124][125] jenama minuman buah-buahan Marigold Peel Fresh[126][127][128][129][130][131] serta produk penjagaan pergigian Oral-B dan juga sebagai duta Courts bersama Harith Iskander.[132][133] Selain itu, beliau juga menjadi duta dan jurucakap untuk pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa, antaranya termasuk Lip Ice Sheer Color, Freshlook, WeChat, Rexona dan Sofy BodyFit.

Pada 2012, Lisa ialah antara figura Malaysia yang telah dipilih menjayakan kempen "Saya Pilih Malaysia" yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia, selebriti dan tokoh yang terlibat termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Aizat Amdan, Reshmonu, Soo Wincci dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.[134] Beliau ialah antara selebriti yang mengambil bahagian dalam kempen larian amal #AnakAnak Malaysia Walk 2016 yang diadakan pada 14 Ogos 2016 anjuran Star Media Group Berhad dan Ecowood, selain Lisa, selebriti lain yang terlibat termasuk atlet bina badan Sazali Samad, pereka Datuk Jimmy Choo, pelawak Harith Iskander dan pengacara Elaine Daly.[135]

Pada 21 Februari 2017, Lisa telah dilantik sebagai Duta Muhibah bagi Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu cawangan Malaysia (UNICEF). Peranan ini memperlihatkan beliau mengatasi isu termasuk keganasan terhadap kanak-kanak, buli siber, penderaan/eksploitasi seksual dan keselamatan digital. Ditanya mengenai pemilihannya sebagai duta daru UNICEF Malaysia, beliau berkata: "Saya teruja selepas dipilih men­­­jadi duta kepada orga­nisasi terbesar dunia ini dan sedar ini merupakan satu tanggungjawab berat. Namun, tugas ini tepat pada masanya memandangkan saya juga seorang ibu dan mempunyai pengalaman luas dalam kerja-kerja sukarelawan sebelum ini terutama semasa di alam persekolahan lagi,".[2] Beliau juga merupakan salah seorang duta kempen MPs Against Predators anjuran R.AGE bagi menangani isu berkaitan penderaan seksual kanak-kanak.[136][137] Beliau bersama Harith Iskander, Fahrin Ahmad dan Hunny Madu mempromosikan seminar kesedaran jenayah seksual kanak-kanak “Hentikan!!” yang diadakan pada Mac.[138][139]

Pada 2 April 2018, R.AGE dan SP Setia telah melantik Lisa sebagai duta kempen #StandTogether National Kindness Week yang bertujuan bagi membendung gejala buli di sekolah, dengan 300 sekolah mengambil bahagian.[140]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Sejak 2008, Lisa Surihani telah menggondol 3 trofi Festival Filem Malaysia di mana beliau memenangi kategori Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 menerusi filem I'm Not Single dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Lagenda Budak Setan pada 2010 dan Istanbul Aku Datang pada 2014.

Di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, beliau memenangi Pelakon Filem Wanita Popular, menewaskan Diana Danielle, Liyana Jasmay, Scha Al-Yahya dan Maya Karin. Beliau menerima anugerah Persembahan Komedi Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2013 menerusi hasil kerjanya dalam filem Istanbul Aku Datang. Pada 2014, beliau menerima pencalonan di Anugerah Nickelodeon Kids' Choice bagi kategori Favourite Asian Act, tetapi tewas di tangan penyanyi Hong Kong, G.E.M.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Presenting Asia's rising star". The Sun Daily. 26 March 2014. Dicapai 1 April 2014.  (Inggeris)
  2. ^ a b "Lisa Surihani teruja dilantik duta UNICEF". Utusan Malaysia. 22 Februari 2017. Dicapai 23 Mac 2017. 
  3. ^ "Lisa Surihani duta baru UNICEF". Sinar Harian. 23 Februari 2017. Dicapai 23 Mac 2017. 
  4. ^ "Lisa Surihani kini duta UNICEF". Harian Metro. 21 Februari 2017. Dicapai 23 Mac 2017. 
  5. ^ "Bapa Lisa Surihani meninggal dunia", Berita Harian, 19 Disember 2008.
  6. ^ "Lisa Surihani's father, Mohamed Mahbob dies", New Straits Times, 19 December 2008. (Inggeris)
  7. ^ a b c d Lisa Surihani: Proud of Malaysia Koh Lay Chin, 28 November 2011, The Nut Graph. (Inggeris)
  8. ^ "Malaysia's Résumé - Lisa Surihani". www.malaysiaresume.com. Dicapai 2015-12-01.  (Inggeris)
  9. ^ a b "Maxis - Siti Fantasia Tour Promo". YouTube. Dicapai 2017-02-06. 
  10. ^ "Lisa Surihani pertaruh bakat dalam I'm Not Single". Sensasi Selebriti. 9 Jun 2008. Dicapai 2012-02-06. 
  11. ^ "Gosip percintaan Farid Kamil dan Lisa Surihani". Kosmo!. Dicapai 2012-02-06. 
  12. ^ Saharudin Musthafa (5 November 2008). "Obsesi temukan Remy dan Lisa". Utusan Malaysia. Dicapai 2 Mac 2015. 
  13. ^ Niezam Abdullah, Wanda Idris (28 Disember 2008). "Remy & Lisa serasi sehati". Utusan Malaysia. Dicapai 2 Mac 2015. 
  14. ^ Faizal Saharuni (8 Mac 2010). "Lisa tidak janggal hisap rokok". Kosmo!. Dicapai 15 Mac 2014. 
  15. ^ Haryati Karim (13 April 2010). "Farid, Lisa tidak mahu terikat". Kosmo!. Dicapai 15 Mac 2014. 
  16. ^ a b c Budiey (6 April 2010). "Lisa Surihani & Hussein Ruffedge dalam drama Adamaya". Sensasi Selebriti. Dicapai 31 Mac 2014. 
  17. ^ "Lisa tersepit cinta". Kosmo!. 18 April 2010. Dicapai 15 April 2018. 
  18. ^ Hong Boon How (28 Mac 2010). "Lisa's big on versatility". Carsifu. Dicapai 15 April 2018.  (Inggeris)
  19. ^ Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Sensasi Selebriti (20 September 2010). Dicapai pada 6 Jun 2011.
  20. ^ "Filem Zoo: Lisa Surihani sekali lagi bergandingan dengan Lan Pet Pet". Rotikaya. 13 Julai 2009. Dicapai 15 Mac 2014. 
  21. ^ Faizal Saharuni (24 Jun 2010). "Zoo, kasih manusia dan haiwan". Kosmo!. Dicapai 15 Mac 2014. 
  22. ^ a b c d Budiey (25 Ogos 2010). "Lisa Surihani, Razali Hussin dalam Telemovie Azan". Sensasi Selebriti. Dicapai 26 Mac 2014. 
  23. ^ "Sumpah! Farid bukan kekasih - Lisa Surihani". Utusan Malaysia. 5 Jun 2009. Dicapai 15 Mac 2014. 
  24. ^ a b c Siti Azira Abdul Aziz (29 September 2010). "Lisa Surihani kembali menjadi pengacara". mSTAR Online. Dicapai 19 April 2014. 
  25. ^ "Lisa Surihani Bintang Paling Popular ABPBH 2010?". Eyriqazz.com. 3 April 2011. Dicapai 15 Mac 2014. 
  26. ^ Siti Azira Abd. Aziz (27 September 2010). "Sekali lagi filem pertama gandingan Lisa-Sam". MSTAR Online. Dicapai 13 April 2014. 
  27. ^ Shazryn Mohd Faizal (1 Julai 2011). "Sam, Lisa serasi bersama". Utusan Malaysia. Dicapai 5 Mei 2014. 
  28. ^ "Experts To Gather Ideas From Online Community". Malaysia Today. 12 Jun 2011. Dicapai 1 Disember 2014. 
  29. ^ Ombak Rindu tragedi murahan Utusan Malaysia (11 Disember 2011). Dicapai pada 27 April 2017.
  30. ^ Budiey (11 September 2011). "Filem Papa I Love You". Sensasi Selebriti. Dicapai 2 April 2014. 
  31. ^ "'LAGENDA BUDAK SETAN 2 - KATERINA' MENCENGKAM JIWA". Media Hiburan. 17 November 2012. Dicapai 1 Disember 2014. 
  32. ^ Budiey (29 Ogos 2012). Filem SAM Kutip RM1.4 Juta Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 1 September 2012.
  33. ^ a b c Iss Latiff (1 September 2012). "Lisa Surihani Ganti Erra Fazira, Terajui Watak Tun Siti Hasmah". EntCentral. Dicapai 1 Disember 2014. 
  34. ^ "Erra Fazira Tarik Diri & Lisa Surihani Bakal Bawa Watak Tun Siti Hasmah". Rotikaya. 29 Ogos 2012. Dicapai 1 Disember 2014. 
  35. ^ "Lisa & Datin Sofea Jane Jadi Tun Dr. Siti Hasmah?". Malaysian Digest. 5 September 2012. Dicapai 1 Disember 2014. 
  36. ^ a b c Shakilawati Abdul Rahman (30 November 2014). "Kembara Indah Lisa". Harian Metro. Dicapai 1 Disember 2014. 
  37. ^ "'Desperate Housewives'". Sinar Harian. 18 Mac 2013. Dicapai 1 Disember 2014. 
  38. ^ Budiey (2 April 2013). "Drama Maskara Lakonan Lisa Surihani, Nasha Aziz & Anzalna Nasir". Sensasi Selebriti. Dicapai 1 Disember 2014. 
  39. ^ Budiey (5 April 2013). "Drama Maskara Bakal Jadi Fenomena di TV1". Sensasi Selebriti. Dicapai 1 Disember 2014. 
  40. ^ "The Smurfs - Celeb - Lisa Surihani". ASTRO. Dicapai 2017-04-06. 
  41. ^ Ular... percutian bertukar tragedi Sinar Harian (7 Disember 2013). Dicapai pada 9 April 2014.
  42. ^ a b c d e Ron J. Backus (26 March 2014). "Lisa Surihani has come a long way". The Star Online. Dicapai 1 December 2014.  (Inggeris)
  43. ^ a b c d e f g h "Sisi Romantis Lisa & Yusry Dalam 'Kekasih Abadi'". Malaysia Digest. 3 Januari 2014. Dicapai 30 Mac 2014. 
  44. ^ Aqmar Mustaza (6 November 2014). "Cinta 'orang seni'". Sinar Harian. Dicapai 30 Mac 2014. 
  45. ^ "HBO Sentral tampilkan Lisa Surihani sebagai pengacara". Astro Awani. 23 April 2014. Dicapai 1 Disember 2014. 
  46. ^ "Betul Ke Lisa Surihani Bakal Jadi Hos HBO Sentral?". Sensasi Selebriti. 16 April 2014. Dicapai 1 Disember 2014. 
  47. ^ "Lisa Surihani Dilantik Sebagai Hos HBO Sentral, Peluang Luar Biasa". Rotikaya. 22 April 2014. Dicapai 1 Disember 2014. 
  48. ^ Ifqdar Rahman (28 April 2014). "Bangga walaupun pelat 'R'". Utusan Malaysia. Dicapai 1 Disember 2014. 
  49. ^ a b c Azizi, Mohd Al Qayum (28 Oktober 2014). "Lisa Surihani Kekuatan 'Dendam Orang Mati'". mSTAR Online. Dicapai 1 Januari 2015. 
  50. ^ a b c d "Lisa Surihani diganggu 'Dendam Orang Mati'". TV14. 23 September 2014. Dicapai 1 Januari 2015. 
  51. ^ Aima Yana (15 Oktober 2014). "Dendam Orang Mati: Lisa Surihani Tertekan". Gosip Malaysia. Dicapai 1 Januari 2015. 
  52. ^ Ifqdar Rahman (22 September 2014). "Lisa Surihani yang 'gila'". Utusan Malaysia. Dicapai 1 Januari 2015. 
  53. ^ Ramli, Bibi Nurshuhada (5 Disember 2014). "Lisa and Fazura find sweet friendship". The New Straits Times. Dicapai 1 Januari 2015.  (Inggeris)
  54. ^ Siti Athirah Dzulkifly (16 November 2014). "Kemanisan hidup Fazura & Lisa". Utusan Malaysia. Dicapai 1 January 2015. 
  55. ^ Mohd Izuan Roseli (1 Disember 2014). "Cinta lokasi Sam, cinta sejati Lisa". Kosmo!. Dicapai 1 January 2015. 
  56. ^ "Sarat mengandung, Lisa Surihani tak dapat bersama FFM 27". Berita Harian. 7 Ogos 2015. Dicapai 7 Ogos 2015. 
  57. ^ "Lisa Surihani's pregnancy might make her miss Malaysia Film Festival". The Malay Mail. 7 August 2015. Dicapai 7 August 2015.  (Inggeris)
  58. ^ a b c "Lisa Surihani to direct her own film?". Astro Awani. October 18, 2014. Dicapai October 18, 2014.  (Inggeris)
  59. ^ Anis Remli (10 Oktober 2014). P. Ramlee The Musical masih menyengat Inspirasi. Dicapai pada 22 Mac 2015.
  60. ^ Terence Terog (28 September 2014). "'P. Ramlee The Musical' features a new cast and a great story". The Star Online. Dicapai 1 Disember 2014.  (Inggeris)
  61. ^ a b "Tuah Lisa Surihani, Rusdi Ramli". Sinar Harian. 3 November 2014. Dicapai 1 Disember 2014. 
  62. ^ Aima Yana (15 Januari 2015). "Suamiku, Encik Perfect 10!, Lisa Surihani Terus Cemerlang". Gosip Malaysia. Dicapai 9 Mac 2015. 
  63. ^ Zaidi Mohamad (14 Januari 2015). "Lisa Surihani terus cemerlang". Berita Harian. Dicapai 9 Mac 2015. 
  64. ^ Zaidi Mohamad (12 Januari 2015). "Lisa Surihani, Aaron Aziz kembali dengan Suamiku, Encik Perfect 10!". Berita Harian. Dicapai 9 Mac 2015. 
  65. ^ "AARON AZIZ, 'SUAMIKU ENCIK PERFECT 10' BUAT LISA SURIHANI". Media Hiburan. Dicapai 20 Januari 2015. 
  66. ^ Rudy Imran Shamsudin (18 Januari 2015). "Aaron, Lisa yakin resipi kejayaan". Harian Metro. Dicapai 9 Mac 2015. 
  67. ^ Rudy Imran Shamsudin (14 Januari 2015). "Lisa Surihani selesa dalami watak ibu mengandung". My News Hub. Dicapai 23 Mac 2015. 
  68. ^ "Cicak Man 3 Tonjol Kelainan — Gandingkan Lisa Surihani Dan Zizan Razak". Rotikaya.com. 26 Julai 2013. Dicapai 2015-11-29. 
  69. ^ "Pertaruhan bakat Zizan, Lisa, Fizz". KOSMO!. Dicapai 29 November 2015. 
  70. ^ Noor Ainulyakin Ishak (31 Oktober 2015). "Filem muzikal remaja, Sinaran gabungan tiga negara". Sinar Harian. Dicapai 29 November 2015. 
  71. ^ Noor Ashikin Abdul Rahman (13 November 2015). "Lisa Surihani nervous about acting with Malaysian Jazz Queen Sheila Majid". The New Paper. Dicapai 29 November 2015.  (Inggeris)
  72. ^ Lisa Surihani terkenang susut 10 kg bintangi filem ‘Sinaran’ (VIDEO). The Malay Mail. 17 November 2015. Dicapai 29 November 2015. Lisa Surihani mengakui susut 10 kg semasa penggambaran intensif filem ‘Sinaran’ tahun lalu 
  73. ^ "Lisa Surihani dances again after 10 years". Yahoo! News. 17 November 2015. Dicapai 29 November 2015.  (Inggeris)
  74. ^ Siti Athirah Dzulkifly (22 November 2015). "Sinaran Lisa Surihani & Evan Sanders". Utusan Malaysia. Dicapai 29 November 2015. 
  75. ^ Aqmar Mustaza (16 November 2015). "Lisa Surihani sedia kembali aktif". Sinar Harian. Dicapai 9 Mac 2016. 
  76. ^ "Lisa Surihani, Yusry kongsi pengalaman sebagai ibu bapa". Astro Gempak. Dicapai 2017-03-07. 
  77. ^ "Saat Manis Lisa Surihani Dan Yusry Bergelar Ibu Dan Bapa Dalam eBu BabyPedia". Diarymama. 23 Mac 2016. Dicapai 2017-03-08. 
  78. ^ Kemalia Othman (22 Mac 2016). "Tiada Stesen TV Dapat Hak Dedah Wajah Anak Yusry & Lisa Surihani". mSTAR Online. Dicapai 2017-03-08. 
  79. ^ "Lisa Surihani thrilled to share screen with Sheila Majid in 'Sinaran'". The Malay Mail. 3 November 2015. Dicapai 3 November 2015.  (Inggeris)
  80. ^ "Telefilem Syahadah Yang Hilang". My Infotaip. Mei 2016. Dicapai 10 Mei 2017. 
  81. ^ http://www.myinfotaip.com/2017/08/kontena-ana.html
  82. ^ Syahirah Mokhtazar (11 Disember 2017). "(Showbiz) Actress Lisa Surihani becomes production assistant for the first time". New Straits Times. Dicapai 26 April 2018.  (Inggeris)
  83. ^ Feride Hikmet Atak (27 Februari 2012). "Majlis Resepsi Yusry KRU & Lisa Surihani Meriah". mSTAR Online. Dicapai 9 Mac 2014. 
  84. ^ "Bongkar Rahsia Cinta Lisa Surihani, Yusry Di Astro Malam Ini". mSTAR Online. 25 Februari 2012. Dicapai 9 Mac 2014. 
  85. ^ "Lisa Surihani and Yusry are getting hitched". AsiaOne. December 26, 2011. Dicapai January 1, 2012.  (Inggeris)
  86. ^ "Perhubungan matang Yusry, Lisa". Kosmo!. 8 Jun 2011. Dicapai 1 Januari 2012. 
  87. ^ "Yusry sempurna untuk saya - Lisa". Kosmo!. 11 Januari 2015. Dicapai 15 Januari 2015. 
  88. ^ Feride Hikmmet Atak (7 Jun 2011). "Yusry & Lisa, Hubungan Lebih Matang". mSTAR Online. Dicapai 15 Januari 2015. 
  89. ^ "Bongkar Rahsia Cinta Lisa Surihani, Yusry Di Astro Malam Ini". mSTAR Online. 25 Februari 2012. Dicapai 15 Januari 2015. 
  90. ^ "Lisa, Yusri terima kehadiran orang baharu". Sinar Harian. 16 September 2015. Dicapai 1 Oktober 2015. 
  91. ^ Nadia Azam (21 Mac 2016). "Lisa Surihani merajuk, terharu 'ditipu' Yusry". Malaysiakini. Dicapai 21 Mac 2016. 
  92. ^ Kenneth Chaw (4 November 2015). "Lisa Surihani talks about motherhood". Star2.com. Dicapai 4 November 2015.  (Inggeris)
  93. ^ Farah Harith (November 12, 2016). "Yusry and Lisa expecting baby number 2". Free Malaysia Today. Dicapai March 9, 2017.  (Inggeris)
  94. ^ Ifqdar Rahman (11 November 2016). "Lisa hamil anak kedua". Utusan Malaysia. Dicapai 23 Mac 2017. 
  95. ^ Ifqdar Rahman (23 April 2017). "Lisa Surihani selamat lahirkan anak lelaki". Utusan Malaysia. Dicapai 24 April 2017. 
  96. ^ Syafil Syazwan Jefri (23 April 2017). "Lisa, Yusry timang anak kedua". Harian Metro. Dicapai 24 April 2017. 
  97. ^ Zaidi Mohamad (23 April 2017). "Lisa, Yusry dapat anak lelaki". Berita Harian. Dicapai 24 April 2017. 
  98. ^ Zaidi Mohamad (1 Mei 2017). "Lisa, Yusry namakan anak kedua Yusof Leonne". Berita Harian. Dicapai 2 Mei 2017. 
  99. ^ Alif Fadli Mohd Sori (1 Mei 2017). "Yusof Leonne nama anak Yusry, Lisa". Utusan Malaysia. Dicapai 2 Mei 2017. 
  100. ^ Syed Musaddad Syed Mahdi (13 Julai 2014). Lisa terkenang arwah bapa Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Mac 2015.
  101. ^ Kemalia Othman (27 Julai 2014). Lisa Surihani rasa sayu setiap kali tibanya Syawal mSTAR Online. Dicapai pada 14 Mac 2015.
  102. ^ Roni Hidayat Ridwan (7 Ogos 2013). Lisa Surihani terharu dengan ibu mertua Kosmo!. Dicapai pada 14 Mac 2015.
  103. ^ "Hilang RM50,000, Lisa Surihani serah pada polis". Sinar Harian. 14 Januari 2013. Dicapai 13 Mei 2013. 
  104. ^ "Kad ATM Bertukar Tangan — Lisa Surihani Rugi RM50,000 Lesap Dari Akaun Bank". Rotikaya. 14 Januari 2013. Dicapai 13 Mei 2013. 
  105. ^ Aida Sue (14 Januari 2013). "RM50,000 Lesap Dalam Akaun Bank Lisa Surihani". Wanista. Dicapai 13 Mei 2013. 
  106. ^ "Lisa Surihani Syukur Misteri Kehilangan RM50,000 Hampir Terlerai". mStar Online. 24 Januari 2013. Dicapai 13 Mei 2013. 
  107. ^ "Lisa lebih ingat lirik lagu KRU berbanding suami". Berita Harian. 12 Ogos 2016. Dicapai 15 Mei 2017. 
  108. ^ "Saya bukan diva, jauh sekali primadona: Lisa". Astro Awani. 23 April 2018. Dicapai 19 Mei 2018. 
  109. ^ Hanisah Selamat (22 April 2018). Saya bukan diva atau primadona: Lisa Surihani Berita Harian. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  110. ^ Dendam Orang Mati : Lisa Surihani Atau Fizz Fairuz Yang Psycho? Oh Bulan!. 8 Oktober 2014.
  111. ^ Dicabar Yusry Sebab Lisa Surihani Berlakon Filem Seram My News Hub (17 Oktober 2014). Diperoleh pada 20 Oktober 2014.
  112. ^ Abdul Aziz Itar (12 Mac 2009). "Mampukah 3 Janda atasi Mertua...?". Utusan Malaysia. Dicapai 25 Mac 2014. 
  113. ^ Budiey (18 Jun 2010). Lisa Surihani, Julia Ziegler Pakai Tudung dalam Tudung Ekspress Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 15 Mac 2015.
  114. ^ Jessabel Soo (18 Jun 2010). Lisa, Julia bertudung Kosmo!. Diperoleh pada 15 Mac 2015.
  115. ^ Budiey (16 April 2010). Gandingan Sein Ruffedge & Lisa Surihani Dalam Adamaya Menjadi Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 15 Mac 2015.
  116. ^ Mohd Al Qayum Azizi (3 Julai 2012). 'Mana Hilangnya Juwita' Angkat Kisah Penculikan mSTAR Online. Diperoleh pada 15 Mac 2015.
  117. ^ Lisa Surihani bakal muncul dalam Oh My English! hujung minggu ini Rotikaya (16 Julai 2012). Diperoleh pada 15 Mac 2015.
  118. ^ "Lisa Surihani Takut Kena Marah Dengan Yusry?". Sensasi Selebriti. 18 Mac 2013. Dicapai 27 Mac 2014. 
  119. ^ "Lisa Surihani hanya percaya ibu". Kosmo!. 13 Mac 2013. Dicapai 27 Mac 2014. 
  120. ^ "Lisa Surihani Dilantik Sebagai Hos HBO Sentral". KLXpress. 28 April 2014. Dicapai 1 Disember 2014. 
  121. ^ Matthew, Andrea (30 October 2012). "Lisa Surihani is brand ambassador for FreshLook". The Malay Mail.  (Inggeris)
  122. ^ Marina Sahabudin (21 Mac 2013). "Lisa Surihani amalkan '6 to 1' untuk kekal remaja..." Sinar Harian. Dicapai 27 Mac 2013. 
  123. ^ "Lisa Surihani memilih". Utusan Malaysia. 8 Julai 2013. Dicapai 22 Julai 2013. 
  124. ^ "Garnier: Skincare line invites women to take part in challenge". The Star Online. 23 October 2012. Dicapai 29 October 2012.  (Inggeris)
  125. ^ "'Ramah Mesra' dengan Garnier dan Lisa Surihani". Selebriti Online. 16 Julai 2012. Dicapai 27 Mac 2014. 
  126. ^ Vincent Tan (6 July 2013). "Actress to educate consumers on value of Marigold Peel Fresh line-up of beverages". The Star Online. Dicapai 26 March 2014.  (Inggeris)
  127. ^ "Starting the year with fruity goodness". The Star Online. 27 February 2016. Dicapai 26 March 2016.  (Inggeris)
  128. ^ "New Marigold Peef Fresh Brand Ambassador". Marketing Magazine. 8 July 2013. Dicapai 26 March 2014.  (Inggeris)
  129. ^ "Lisa Surihani Jumpa Peminat di Siri Jelajah MARIGOLD PEEL FRESH". Sensasi Selebriti. 15 Disember 2015. Dicapai 15 Disember 2015. 
  130. ^ "LISA SURIHANI DUTA MARIGOLD PEEL FRESH". Media Hiburan. 10 Julai 2013. Dicapai 15 Disember 2015. 
  131. ^ "A fresh face". The Sun, Malaysia. 9 July 2013. Dicapai 26 March 2014.  (Inggeris)
  132. ^ Patsy Kam (11 June 2016). "Adapting to the times". The Star Online. Dicapai 11 June 2016.  (Inggeris)
  133. ^ Kathleen Michael (23 April 2015). "Courting customers". The Star Online. Dicapai 23 April 2015.  (Inggeris)
  134. ^ Kuek Ser Kuak Keng (25 Julai 2012). "Kempen misteri p'raya' muncul di media". Malaysiakini. Dicapai 23 Mac 2013. 
  135. ^ Shalini Ravindran, Ashley Tang (14 Ogos 2016). "Camaraderie at #AnakAnakMalaysia Walk 2016". The Star Online. Dicapai 15 Ogos 2016. 
  136. ^ Clarissa Say (13 October 2016). "Lisa Surihani on a mission to take on child sex predators". The Star Online. Dicapai 23 March 2017.  (Inggeris)
  137. ^ Daphne Iking (17 March 2017). "Combating sexual abuse of children". The Star Online. Dicapai 23 March 2017.  (Inggeris)
  138. ^ Lisa Surihani is Unicef ambassador The Star Online. 22 Februari 2017. (Inggeris)
  139. ^ Meera Murugesan (28 March 2017) Lisa Surihani shows her mettle The New Straits Times. Retrieved on 13 April 2017. (Inggeris)
  140. ^ Ian Yee & Samantha Chow (3 April 2018). Try a little kindness every day The Star Online. Dicapai pada 25 April 2018. (Inggeris)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Natasha Hudson
Festival Filem Malaysia- Pelakon Harapan Wanita
2008
Diikuti oleh:
Jaclyn Victor