Insomniacks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Insomniacks
Pulang by Insomniacks.jpg
Insomniacks pada tahun 2018
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop rock, Rock punk, pop
Tahun aktif2015 – kini
Syarikat rakaman
Sony Music Entertainment Malaysia (2017-kini)
Kegiatan berkaitan
AhliSyed Mir Iqbal (Iqie) - Vokalis & Gitaris
Wan Arif Iskandar (Iskandar) - Gitar Bes & Vokalis
Gavin Wong (Gavin) - Dram
Ahmad Danial (Dan) - Gitaris

Kumpulan Insomniacks merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi berkumpulan yang aktif di Malaysia yang dianggotai oleh 4 orang pemuda. Mereka telah mengeluarkan lagu pertama mereka, Selalu pada tahun 2017 yang menjadi runut bunyi drama televisyen yang diadaptasi daripada drama popular Korea Selatan My Coffee Prince di Astro Ria. Kumpulan yang berasal dari Kuala Lumpur ini dianggotai oleh Syed Mir Iqbal (Iqie), Wan Arif Iskandar (Iskandar), Gavin Wong (Gavin) dan Ahmad Danial (Dan). Mereka pernah dicalonkan untuk kategori Top 5 Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular di acara tahunan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32. Kerjaya seni mereka mendapat sokongan kelab peminat yang digelarkan sebagai 'Maniacks' & menjadikan kumpulan popular dari luar negara iaitu 5 Seconds of Summer dan Fall Out Boy sebagai sumber inspirasi mereka [1]. Mereka juga memulakan debut dalam industri muzik Malaysia dengan mempertaruhkan single kedua berjudul Pulang yang merekodkan Lagu Paling Banyak Distrim dan Paling Lama Berada Di Dalam Carta RIM selama 52 minggu berturut-turut. Pada masa yang sama, perkhidmatan penstriman muzik Spotify turut menyenaraikan Insomniacks di dalam Carta 2019 Spotify Wrapped Tertinggi Malaysia sebagai Artis Top 5 Tempatan Paling Banyak Distrim. [2] [3] [4] [5]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk Komposer Penulis Lirik
2017 Selalu Iqie, Iskandar, Dan & Gavin Iqie, Iskandar & Dan
2018 Pulang Iqie, Iskandar, Danial & Gavin Iqie, Danial, Damilia & Iskandar
2019 Pulang (Piano Version) Iqie, Iskandar, Danial & Gavin Iqie, Danial, Damilia & Iskandar

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2016, Insomniacks telah memuat naik video lagu cover Melayu mereka yang pertama, Terakhir oleh Sufian Suhaimi yang berjaya mencapai 300 ribu tontonan di YouTube.

Pada tahun 2017, Insomniacks akhirnya mengeluarkan single pertama mereka yang berjudul Selalu dan berjaya mencapai angka 500 ribu tontonan dalam beberapa bulan dilancarkan dan menjadikan lagu mereka sebagai runut bunyi drama bersiri popular My Coffee Prince di Astro Ria.

Selang kemudian, Insomniacks pada tahun 2018 sekali lagi mengeluarkan single kedua berjudul Pulang yang berjaya mencapai angka 12 juta tontonan di YouTube dan secara tidak langsung mengangkat nama mereka di dalam Industri Muzik Malaysia. Mereka juga mengeluarkan Pulang WEDisode secara eksklusif bagi menceritakan secara keseluruhan jalan cerita di dalam Muzik Video Pulang berkenaan sebanyak 4 episod di YouTube rasmi mereka. Atas sambutan yang amat menggalakkan, mereka juga mengeluarkan Pulang (Piano Version) pada tahun 2019.

Lagu Pulang berjaya memikat hati peminat mereka lantas merekodkan Lagu Paling Banyak Distrim dan Paling Lama Bertahan selama 52 minggu berturut-turut di dalam Carta RIM mingguan. [13]

Anggota[sunting | sunting sumber]

  • Syed Mir Iqbal atau lebih dikenali sebagai Iqie dilahirkan di Kuala Lumpur pada (1997-06-03) 3 Jun 1997 (umur 22).
    • Vokalis & Gitaris
  • Wan Arif Iskandar atau lebih dikenali sebagai Iskandar dilahirkan di Kuala Lumpur pada (1997-09-09) 9 September 1997 (umur 22).
    • Gitar Bes & Vokalis
  • Ahmad Danial atau lebih dikenali sebagai Dan dilahirkan di Kuala Lumpur pada (1997-02-25) 25 Februari 1997 (umur 22)
    • Gitaris
  • Gavin Wong atau lebih dikenali sebagai Gavin dilahirkan di Kuala Lumpur pada (1997-12-27) 27 Disember 1997 (umur 21).
    • Dram

Kedudukan Lagu Di Dalam Carta dan Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kedudukan Tertinggi
ERA
[6]
Fly FM
[7]
HOT FM
[8]
Muzik Muzik
[9]
Cats FM
[10]
Nasional FM
[11]
Carta RIM
[12]
2019 Pulang 31 1 23 12 24 6 1
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Planet Muzik 2018 Band Terbaik Top 5 Dicalonkan
2019 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular Top 5 Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]