Anugerah Planet Muzik 2018

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah Planet Muzik 2018
Tarikh28 September 2018
LokasiMES Theatre MediaCorp
 Singapura
Disampaikan olehIndonesia Daniel Mananta
Malaysia Nabil Ahmad
Singapura Fiza O
Sorotan
Anugerah terbanyakJudika (4)
Pencalonan terbanyakAlif Abdullah (6)
Lagu Terbaik"Jikalau Kau Cinta" – Judika
Artis Paling PopularKhai Bahar
Artis Terbaik LelakiJudika
Artis Terbaik WanitaIsyana Sarasvati
Anugerah Khas Planet MuzikRossa
Liputan televisyen/radio
RangkaianIndonesia TVRI
Malaysia Astro Ria & Ria HD
Singapura MediaCorp Suria

Anugerah Planet Muzik 2018 merupakan edisi ke-17 Anugerah Planet Muzik, yang diadakan pada 28 September 2018 di MES Theatre MediaCorp, Singapura, dengan kerjasama MediaCorp Suria, Radio Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM.[1] Tema bagi APM tahun ini ialah tropic like it's hot dengan mewujudkan tanda pagar "#GilerTakGerek?!".[2] APM disiarkan secara langsung oleh MediaCorp Suria di Singapura, Astro Ria dan Ria HD di Malaysia dan TVRI di Indonesia.[3]

Anugerah Planet Muzik 2018 menampilkan 18 kategori berbeza. Para peminat juga diberi kesempatan untuk memilih lagu dan artis kegemaran dalam kategori pilihan peminat. Proses pemilihan berlangsung mulai 3 Ogos sehingga 25 September 2018.[4]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Pencalonan bagi Anugerah Planet Muzik 2018 diumumkan pada 3 Ogos 2018 di Studio Taman Buaya TVRI Senayan, Jakarta Pusat.[5] Sementara itu, malam kemuncak penganugerahan diadakan pada 28 September 2018 di MES Theatre MediaCorp, Singapura.[6]

Senarai pencalonan ialah penyanyi rap dan penulis lagu Singapura Alif Abdullah, bekas ahli kumpulan Sleeq dengan 6 pencalonan, kemudian diikuti dengan 5 pencalonan masing-masing untuk penyanyi pop wanita Indonesia, Isyana Sarasvati, penyanyi Singapura, Aisyah Aziz dan Sufi Rashid serta bintang pop Malaysia As'ad Motawh. Sementara kumpulan Sheila on 7 menerima 4 pencalonan.[7]

Pada malam anugerah, penyanyi solo Indonesia Judika mendapat 4 anugerah sekaligus untuk pelbagai kategori, diantaranya untuk kategori Artis Terbaik (Lelaki), Lagu Terbaik (Indonesia), Lagu Terbaik (APM), dan Kolaborasi Terbaik (Artis).[8][9] Sementara itu, penyanyi wanita Indonesia Rossa menerima Anugerah Khas Planet Muzik, yang diserahkan terus oleh CEO MediaCorp, Tham Loke Kheng.[10]

Pemenang ditulis pertama dan ditulis dengan teks tebal.[11]

Artis Baru Terbaik (Lelaki)
  • Adrian Khalif – "Flawles"
    • As'ad Motawh – "Senyum"
    • Frelo – "Kembalilah"
    • Kudien Rafee – "Ruangan Gelap Gerhana"
    • Naim Daniel – "Sekali Lagi"
Artis Baru Terbaik (Wanita)
  • Sara Fajira – "You Know"
    • Charis – "Supernova"
    • Mimifly – "Superfly"
    • Rahmania Astrini – "Menua Bersama"
    • Tiesha – "Boneka"
Duo/Kumpulan Terbaik
  • Gamaliel Audrey Cantika – "Suara"
    • Caliph Buskers & Faizal Tahir – "Buta"
    • D'Masiv & Rossa ft. David Noah – "Pernah Memiliki"
    • Jagad Edge Feat Firwan Johan & Miko The 13th – "Melawan Dunia"
Band Terbaik
Kolaborasi Terbaik (Artis)
Kolaborasi Terbaik (Lagu)
Artis Terbaik (Lelaki)
Artis Terbaik (Wanita)
Lagu Terbaik (Indonesia)
  • "Jikalau Kau Cinta" – Judika, Ryza Ahmad & Andi Rianto
    • "Jera (Hatiku Masih Milikmu)" – Bunga Citra Lestari & Yovie Widianto
    • "Kembalilah" – Frelo & Dionaldy Iqbal
    • "Love Again" – Afgan, Tatsuro, Mhala Numata & Kitut
Lagu Terbaik (Malaysia)
Lagu Terbaik (Singapura)
  • "Racun" – Farhan Shah, Haramain Osman & Judah Lyne
    • "Adakah Dia" – Liwani Izzati, Judah Lyne & Haramain Osman
    • "Boneka" – Tiesha & Reyza Hamizan
    • "Buat Selamanya" – Alif & Alif Abdullah
    • "Only" – Jagad Edge, Firwan Johan, Miko The 13th, Aryan Siswanto & M. Danish Naufal
Artis Paling Popular Singapura
  • Sufi Rashid
    • Bhumiband
    • Alif
    • Haikal Ali
    • Farhan Shah
    • Didicazli
    • The Pinholes
    • Haqim Mokhtar
    • Jagad Edge
    • Aisyah Aziz
    • Ryan Sufiyan
    • Isnina
Lagu Paling Popular Singapura
  • "Aku Sendiri" – Sufi Rashid
    • "Hanya Kamu" – Bhumiband
    • "Buat Selamanya" – Alif
    • "Kaulah Mimpi" – Stereotype
    • "Racun" – Farhan Shah
    • "Sejujurnya" – Didicazli
    • "Sabarlah Sayang" – Din Ilango
    • "Antara Nasib Dan Takdir" – Haqim Mokhtar
    • "Only" – Jagad Edge feat Miko The 13th & Firwan Johan
    • "Kepala Batu" – The Pinholes
    • "Iyalah" – Deffi
    • "Warna" – Isnina
Ikon Media Sosial
Artis Paling Popular APM
Lagu Paling Popular APM
Anugerah Khas Planet Muzik
Rossa

Penyampai anugerah[sunting | sunting sumber]

Nama Peranan
Ayda Jebat dan Judika Penyampai kategori Artis Baru Terbaik dan Kolaborasi Terbaik
Isyana Sarasvati dan Khairudin Saharom Penyampai kategori Duo/Kumpulan dan Band Terbaik
Nity Baizura dan Ismail Penyampai kategori Lagu Paling Popular Singapura dan Lagu Paling Popular APM
Mohd Anwar Tahar dan Zaza Majid Penyampai kategori Ikon Media Sosial
DJ KC dan Bernard Lee Penyampai kategori Artis Paling Popular Singapura
Hannah Delisha dan Daaim Jailani Penyampai kategori Lagu Terbaik Singapura
Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Taufik Batisah Penyampai kategori Lagu Terbaik Indonesia, Malaysia dan Lagu Terbaik APM
Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah Penyampai kategori Artis Terbaik
Fiza O Penyampai Anugerah Khas Planet Muzik

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senarai Penuh Calon Anugerah Planet Muzik 2018". Budiey.com. Dicapai 6 Ogos 2018. 
  2. ^ Kumampung, Dian Reinis (30 September 2018). Ati Kamil, penyunting. "Indonesia Terbaik di 8 dari 17 Kategori Anugerah Planet Muzik 2018". Kompas.com. Dicapai 30 September 2018. 
  3. ^ Munady (31 Julai 2018). "APM 2018 memperkenalkan nominasi edisi ke-17". Citra Selebriti. Dicapai 6 Ogos 2018. 
  4. ^ Arbar, Thea Fathanah (5 Ogos 2018). "Anugerah Planet Muzik 2018 Kembali Digelar". Urban Asia. Dicapai 6 Ogos 2018. 
  5. ^ "TVRI Umumkan Nominasi Anugerah Planet Muzik 2018". Kompas.com. 3 Ogos 2018. Dicapai 6 Ogos 2018. 
  6. ^ Kumampung, Dian Reinis (30 September 2018). Ati Kamil, penyunting. "Indonesia Terbaik di 8 dari 17 Kategori Anugerah Planet Muzik 2018". Kompas.com. Dicapai 30 September 2018. 
  7. ^ "Isyana Sarasvati dan Sheila On 7 Mendominasi Anugerah Planet Muzik 2018". Kabar Hiburan. 3 Ogos 2018. Dicapai 6 Ogos 2018. 
  8. ^ Putri, Ayu Wulansari Kushandoyo (30 September 2018). "Judika Sabet 4 Penghargaan Sekaligus dari Anugerah Planet Muzik 2018, Selamat!". Grid.id. Dicapai 30 September 2018. 
  9. ^ Abdul Hadi, Eddino (1 Oktober 2018). "Indonesian artists dominate Anugerah Planet Muzik". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 1 Oktober 2018. 
  10. ^ "Rossa Raih Penghargaan Spesial Anugerah Planet Muzik 2018". Viva.co.id. 29 September 2018. Dicapai 30 September 2018. 
  11. ^ Bejoroy, penyunting (4 Ogos 2018). "Daftar Lengkap Nominasi APM 2018, Isyana Sarasvati Raih 5 Nominasi". Tribunnews.com. Dicapai 6 Ogos 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]