Inspektor Tentera Darat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bendera Inspektor Tentera Darat

Inspektor Tentera Darat (Bahasa Jerman: Inspekteur des Heeres atau InspH) adalah Panglima Tentera Darat Jerman untuk Angkatan Tentera moden Jerman atau Bundeswehr. Jawatan ini setaraf dengan Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat, Ketua Turus Am British dan Panglima Tentera Darat Malaysia.


Beliau bertanggungjawab bagi persiapan kakitangan dan material dalam Tentera Darat Jerman, didalam hal itu beliau melapor terus kepada Menteri Pertahanan. Inspektor memerintah Staf Am dalam Kementerian Pertahanan Persekutuan serta Markas Tentera Darat dengan divisyen-divisyen bawahannya (dan divisyen setaraf) dan Pejabat Tentera Darat berserta pusat latihan dan pasukan bantuan bawahannya. Beliau berada dibawah Inspektor Jeneral Bundeswehr dan merupakan anggota Majlis Pertahanan bagi hal ehwal Bundeswehr.

Inspektor dan timbalannya memegang pangkat Leftenan Jeneral (Generalleutnant).

Penyandang jawatan Inspektor terkini ialah Jörg Vollmer.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Templat:Inspector of the German Army