Divisyen (tentera)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Simbol standard Nato bagi sebuah divisyen infantri. Huruf X bukan menunjukkan nombor divisyen; tetapi dua huruf X mewakili sebuah divisyen (satu X mewakili sebuah briged; tiga pula sebuah kor).

Divisyen (Division) ialah sebuah formasi tentera yang besar, biasanya mempunyai anggota antara 10,000 dan 30,000 askar dan diperintah oleh seorang Mejar Jeneral. Dalam kebanyakan tentera darat, divisyen terdiri daripada beberapa rejimen atau briged; seterusnya, beberapa divisyen biasanya membentuk satu kor. Dalam kebanyakan tentera moden, divisyen cenderung menjadi unit gabungan senjata yang paling kecil dan mampu membuat operasi dengan bebas; ini adalah disebabkan oleh peranan sebagai satu unit dengan pelbagai pasukan pertempuran dan pasukan bantuan tempur yang sesuai, yang boleh dibahagikan ke dalam pelbagai kombinasi organik.

Walaupun fokus rencana ini adalah pada divisyen tentera darat, dalam penggunaan tentera laut divisyen mempunyai makna yang sama sekali berbeza, merujuk sama ada jabatan pentadbiran di atas kapal tentera laut dan kapal pengawal pantai serta markas pantai, atau sub-unit beberapa kapal dalam flotila atau skuadron. Dalam penggunaan pentadbiran, saiz unit adalah berbeza-beza, walaupun biasanya ada divisyen berjumlah kurang daripada 100 orang. Di dalam tentera laut Amerika Syarikat dan Komanwel seorang pegawai divisyen (Divo) biasanya berpangkat ensain atau leftenan (JG), tetapi boleh menjadi pegawai yang berpangkat lebih tinggi dalam keadaan tertentu atau di atas kapal perang besar , yang menyelia satu pasukan kelasi dalam melakukan tugas-tugas mereka.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Van Creveld, Martin (2000). The Art of War: War and Military Thought. London: Cassell. ISBN 0-304-35264-0. 
  • Grey, Jeffrey (2008). A Military History of Australia (edisi 3rd). Melbourne, Victoria: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-69791-0. 
  • Johnston, Mark (2007). The Australian Army in World War II. Elite. Martin Windrow (consultant editor). Oxford: Osprey Publishing. ISBN 978-1-84603-123-6. 
  • Jones, Archer (2000). The Art of War in the Western World. University of Illinois Press. ISBN 0-252-06966-8. 
  • Keogh, Eustace (1965). South West Pacific 1941–45. Melbourne, Victoria: Grayflower Publications. OCLC 7185705. 
  • Palazzo, Albert (2002). Defenders of Australia: The 3rd Australian Division 1916–1991. Loftus, New South Wales: Australian Military Historical Publications. ISBN 1-876439-03-3. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]