Ketua Turus Am (United Kingdom)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ketua Turus Am
Chief of the General Staff.svg
Bendera Ketua Turus Am
Mark Carleton-Smith.jpg
Penyandang
Jeneral Mark Carleton-Smith

sejak 12 Jun 2018
Lapor kepadaKetua Turus Pertahanan
PencadangAtas nasihat Setiausaha Negara bagi Pertahanan kepada Perdana Menteri
PelantikDiperkenankan oleh Baginda Ratu
TempohTidak tetap
Pembentukan1904, 1964
Jangan dikelirukan dengan Ketua Turus Pertahanan (United Kingdom).

Ketua Turus Am atau Chief of the General Staff (CGS) adalah gelaran ketua profesional Tentera Darat British selepas tahun 1964. CGS ialah seorang ahli Jawatankuasa Ketua Turus dan Lembaga Tentera Darat. Sebelum tahun 1964, gelaran tersebut dikenali sebagai Ketua Turus Am Imperial atau Chief of the Imperial General Staff (CIGS). Dari tahun 1959, jawatan tersebut berada dibawah Ketua Turus Pertahanan, iaitu ketua profesional Angkatan Tentera British.

Gelaran tersebut juga digunakan selama lima tahun diantara pemansuhan jawatan Panglima Besar Angkatan pada tahun 1904 dan pengenalan Ketua Turus Am Imperial pada tahun 1909. Jawatan tersebut kemudian disandang oleh Jeneral Sir Neville Lyttelton dan, secara singkat, oleh Fil Marsyal Sir William Nicholson.

Disepanjang kewujudan jawatan tersebut, Ketua Turus Am telah menjadi Anggota Tentera Pertama Lembaga Tentera Darat.

Ketua Turus Am terkini ialah Jeneral Mark Carleton-Smith – yang menggantikan Jeneral Sir Nick Carter pada Jun 2018 dan jawatan ini setaraf dengan Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat dan Panglima Tentera Darat Malaysia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]