Inul Daratista

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Inul Daratista
Inul Daratista 2004.JPG
Inul Daratista selepas konsert di Singapura, 2004
Kelahiran Ainur Rokhimah
21 Januari 1979 (37 tahun)
Pasuruan, Jawa Timur, Indonesia Indonesia
Tempat tinggal Jakarta
Warganegara  Indonesia
Nama lain Inul Daratista, Bunda Ratu
Pekerjaan Penyanyi
Tahun aktif 2000 – kini
Terkenal kerana Goyang-gerudi atau Ratu Goyang ‘Ngebor’ di Indonesia
Agama Islam
Pasangan Adam Suseno (berkahwin 2008)
Anak Yusuf Ivander Damares
Kerjaya muzik
Genre Dangdut
Instrumen Vokal
Label PT Blackboard Indonsia
Kegiatan berkait Too Phat

Ainur Rokhimah atau lebih terkenal sebagai Inul Daratista (lahir 21 Januari 1979) merupakan seorang penyanyi dangdut yang terkenal di Indonesia.

Beliau dikenali Ratu Goyang ‘Ngebor’ di Indonesia atau Goyang-gerudi di Malaysia. Nama asalnya ialah Ainur Rokhimah. Beliau lahir di Pasuruan, Jawa Timur pada 21 Januari 1979. Bapanya bernama Abdullah Aman.

Inul Daratista memulakan kerjaya pentasnya sebagai penyanyi dangdut dalam keramaian rakyat di daerah Pasuruan, Jawa Timur. Tanpa dia sedari, aksinya diabadikan dalam sebuah rakaman video. Video ini kemudiannya diedar dalam format VCD keperbagai pelosok daerah, ini yang mendorong nama Inul mulai terkenal. Seiring dengan melekatnya julukan "Ratu Ngebor", Inul mulai tampil di banyak tempat. Seketika itu, jadual persembahannya terisi padat. Banyak stesen televisen berebut untuk menjemput Inul.

Lagu-lagu yang sering dinyayikan ialah:-

  1. Cindai
  2. Kopi Lambada
  3. Poco-poco
  4. Goyang Dombret
  5. Hello Dangdut
  6. Mengapa
  7. What's Up
  8. Bento
  9. Anoman Kobong
  10. Bali Tersenyum
  11. Kuncung
  12. Melati
  13. Kerinduan
  14. Mandul
  15. Pelangi
  16. Prau Layar
  17. Leha
  18. Bojo Loro
  19. Cemburu Buta
  20. Terlambat
  21. Sinden Jaipong
  22. Mabok Bae
  23. Asereje

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Adam Suseno pada 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Yusuf Ivander Damares.

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Pelbagai pihak membantah tarian gelek gerudi oleh Inul. Pada 22 Mei 2010, Datuk Hamisa Samat dari Wanita UMNO Kalabakan membantah konsert Inul pada 29 Mei 2010 di Kompleks Sukan Tawau. Inul didakwa menyumbang kepada keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Demonstrasi bantahan juga diadakan di Masjid Al-Khauthar.[1]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • 2003 Goyang Inul
  • 2004 Separuh Nafas
  • 2005 Too Phat – Rebirth Into Reality
  • 2006 Mau Dong
  • 2006 Ash-Sholaatu
  • 2008 Rasain Lho
  • 2012 Buaya Buntung

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]