Isa Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Isa Bakar ialah seorang penyerang yang kerap bergandingan bersama Mokhtar Dahari. Beliau meninggal 28 Ogos 2010 di Hospital Pulau Pinang sekitar 10.15am Sabtu pada usia 58 tahun.

Beliau dimasukkan ke hospital selepas batuk berdarah, dan meninggalkan isteri , Mazlina Ismail, tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki. Dia dijangka dikebumikan di perkuburan Jalan Perak.

Isa dan abangnya Ali pernah mewakili pasukan bola sepak negara, sementara saudara mereka Omar mewakili negeri. Isa, yang bermain sebagai striker sering berganding bahu bersama Mokhtar Dahari ketika mewakili negara. Bersama penjaga gol R. Arumugam, pemain pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun, dan pemain tengah Reduan Abdullah dan Shukor Salleh, pasukan Malaysia merupakan pasukan berkuasa pada 1970-an.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]