Santokh Singh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nama ini merupakan nama orang India di mana nama yang diberikan ialah Santokh Singh dan nama bapanya ialah Gurdial Singh.
Datuk
Santokh Singh
Santokh b.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Santokh Singh a/l Gurdial Singh
Tarikh lahir (1953-06-22) 22 Jun 1953 (umur 64)
Tempat lahir Setapak, Selangor,
Persekutuan Tanah Melayu
, (kini Malaysia)
Posisi permainan Pertahanan
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1971-1985 Selangor FA
Pasukan kebangsaan
1972-1980 Malaysia Malaysia
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Datuk Santokh Singh a/l Gurdial Singh atau lebih dikenali sebagai Santokh Singh (lahir 22 Jun 1953) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang mewakili Selangor dan Malaysia pada era 70-an. Beliau merupakan rakan seangkatan allahyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, dan R. Arumugam.

Santokh merupakan salah seorang pemain yang mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik 1972. Dia mula menyertai Malaysia pada 1971. Pada tahun 1973, bekas jurulatih Malaysia M Kuppan dan Abdul Ghani Minhat merupakan orang yang bertanggungjawab membentuk gandingan mantap Chin Aun-Santokh sehingga mendatangkan gerun kepada pasukan lain. Santokh juga mewakili Malaysia pada perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 1980. Dia kini bekerja sebagai jurulatih sambilan kepada pasukan sekolah di Malaysia.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Setapak,[1] Santokh bermain di dalam pasukan Selangor FA dari 1972 hingga 1985, memenangi 9 Piala Malaysia sebagai kapten pasukan.[2]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Santokh adalah pemain bola sepak kebangsaan Malaysia pada tahun 1970-an dan 1980-an, dan bermain bersama-sama dengan Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan R. Arumugam. Beliau mengambil bahagian dalam pasukan yang layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980, walaupun tidak pernah muncul dalam perlawanan akhir kejohanan itu disebabkan oleh boikot Sukan Malaysia.[3] Santokh juga bermain untuk Malaysia di Sukan Asia 1974 di Tehran, meraih pingat gangsa dan memenangi pingat emas Sukan Asia Tenggara pada tahun 1977 dan 1979.[4]

Perkongsian beliau dengan Soh Chin Aun dikatakan pertahanan paling kukuh dalam pasukan Malaysia yang amat dikhuatiri.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Datin Taljit Kaur dan dikurniakan tiga anak: Kiran Kair, Sukhveer Singh dan Rajveer Singh.

Penghargaan dan legasi[sunting | sunting sumber]

Pada 2011, Santokh dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah oleh Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Datuk.[5][6] semasa Hari Wilayah Persekutuan. Pada tahun yang sama, Sultan Selangor juga menganugerahkan beliau Perintah Sultan Sharafuddin Idris Shah, juga membawa gelaran Datuk.[7]

Santokh telah diperkenalkan di Dewan Kemasyhuran Majlis Olimpik Malaysia pada 2004.

Pada 2016, beliau menjadi rujukan sebagai salah satu ahli Team Malaysia dalam filen Ola Bola.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tan Karr Wei (7 September 2012). "Santokh Singh misses Setapak's many fields of yesteryear". The Star. Diarkibkan daripada original pada 27 December 2013. 
  2. ^ Mariadass, Tony (20 November 2009). "Level Field: Santokh Singh in ICU". Level Field. Dicapai pada 30 November 2016. 
  3. ^ Francis, Aluosies (14 August 2007). "Glory days of sports". The Sun. Dicapai pada 30 November 2016 – melalui The Malaysian Bar. 
  4. ^ "Football legend Santokh in coma". New Straits Times. 21 November 2009. Dicapai pada 30 November 2016 – melalui AsiaOne News. 
  5. ^ "Santokh Singh, presiden Makkal Sakti antara dikurnia 'Datuk'". The Malaysian Insider. 1 February 2011. Diarkibkan daripada original pada 12 November 2011. 
  6. ^ "Datuk for Santokh Singh, Sabiamad". Bernama. 1 February 2011. Dicapai pada 30 November 2016 – melalui MySinchew. 
  7. ^ "Selangor Sultan's birthday honours list". The Sun. 11 December 2011. Dicapai pada 30 November 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]