Ismaël Bennacer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ismaël Bennacer
Ismaël Bennacer (cropped).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Ismaël Bennacer[1]
Tarikh lahir (1997-12-01) 1 Disember 1997 (umur 22)[2]
Tempat lahir Arles, Perancis
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)[3]
Posisi permainan Midfielder
Maklumat kelab
Kelab terkini
Milan
Nombor 4
Kerjaya remaja
2004–2015 Arles
2015–2017 Arsenal
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2015 Arles B 16 (0)
2015 Arles 6 (0)
2015–2017 Arsenal 0 (0)
2017Tours (pinjam) 16 (1)
2017–2019 Empoli 76 (2)
2019– Milan 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2015 Perancis B18 4 (1)
2015–2016 Perancis B19 7 (1)
2016– Algeria 17 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 09:19, 3 Jun 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13:46, 23 Julai 2019 (UTC)

Ismaël Bennacer (Bahasa Arab: إسماعيل بن ناصر‎; lahir 1 Disember 1997) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Algeria yang bermain di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A Itali, Milan dan pasukan kebangsaan Algeria.

Dalam peringkat kelab, Bennacer telah mewakili pelbagai pasukan yang beraksi di liga negara Perancis, England dan Itali sepanjang kariernya. Dalam peringkat antarabangsa pula, beliau telah melakukan penampilan sulung untuk pasukan Algeria pada tahun 2016 dan telah mewakili negara itu ke dalam dua edisi Piala Negara-Negara Afrika. Beliau sebahagian daripada skuad Algeria yang memenangi Piala Negara-Negara Afrika 2019 dan telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Selepas memulakan kariernya dengan kelab Arles di Perancis,[4] Bennacer telah berpindah ke kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Arsenal pada Julai 2015.[5] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Arsenal dalam perlawanan Piala Liga Inggeris menentang Sheffield Wednesday pada 27 Oktober 2015 dengan menggantikan Theo Walcott selepas 19 minit permainan.[6]

Pada 31 Januari 2017, Bennacer telah diumumkan akan menyertai kelab yang beraksi di Ligue 2, Tours secara pinjaman sehingga baki musim 2016–17.[7] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Tours pada 14 April 2017 ketika menentang Sochaux melalui sepakan percuma.

Pada 21 Ogos 2017, Bennacer telah berpindah ke kelab Itali, Empoli.[8] Pada musim 2017–18, Bennacer telah melakukan 39 penampilan dan menjaringkan dua gol yang menyaksikan Empoli menjadi juara liga Serie B dan layak ke Serie A untuk musim hadapan.[9] Walaupun Empoli telah mengalami penyingkiran pada musim berikutnya, persembahan Bennacer telah mendapat perhatian luas yang membuktikan beliau ialah salah seorang pemain muda yang berpotensi di Eropah.

Milan[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Ogos 2019, Milan mengumumkan bahawa pihak kelab telah membawa masuk Bennacer dari Empoli dengan bayaran perpindahan sebanyak €16 juta. Beliau telah menjalani rawatan pada 23 Julai sebelum menandantangani kontrak lima tahun dan menerima pendapatan sebanyak €1.5 juta bagi setiap musim.[10]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Walaupun beliau telah mewakili Perancis di peringkat remaja, namun pada 31 Julai 2016, Persekutuan Bola Sepak Algeria mengumumkan bahawa Bennacer telah memilih untuk memberikan khidmat kepada pasukan kebangsaan Algeria di peringkat antarabangsa. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Algeria dalam perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2017 ketika Algeria meraih kemenangan 6-0 ke atas Lesotho.

Pada 11 Januari 2017, Bennacer telah dipanggil oleh skuad Algeria untuk menghadapi kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2017[11] untuk menggantikan Saphir Taïder yang telah mengalami kecederaan ketika sesi latihan.

Dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2019, Bennacer membantu Algeria untuk meraih kejuaraan tersebut buat kali pertama dalam masa 29 tahun dan menamatkan aksi kejohanan sebagai pembantu jaringan terbanyak bersama dengan Franck Kessié iaitu tiga jaringan. Salah satunya ialah ketika beliau membuat hantaran kepada Baghdad Bounedjah untuk menjaringkan gol kemenangan ketika menumpaskan Senegal dalam aksi final pada 19 Julai.[12][13][14] Beliau seterusnya telah diundi sebagai Pemain Muda Terbaik dan Pemain Terbaik Kejohanan.[15][16][17]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Bennacer telah dilahirkan di Arles, Perancis. Bapanya merupakan berasal dari Maghribi manakala ibunya merupakan orang Algeria.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 26 Mac 2019.[18]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Arles-Avignon II 2013–14 2 0 2 0
2014–15 14 0 14 0
Jumlah 16 0 16 0
Perancis Arles-Avignon 2014–15 6 0 1 1 7 1
England Arsenal 2015–16 1 0 1 0
Perancis Tours 2016–17 16 1 16 1
Itali Empoli 2017-18 39 2 39 2
2018-19 37 0 1 0 38 0
Jumlah 76 2 1 0 77 2
Jumlah kerjaya 114 3 2 1 0 0 1 0 117 4

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 26 Julai 2019.[19]
Pasukan kebangsaan Algeria
Tahun Kmncln Gol
2016 1 0
2017 3 0
2018 3 0
2019 10 0
Jumlah 17 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Empoli

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Algeria

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Algeria" (PDF). Confederation of African Football. 15 June 2019. m/s. 1. Dicapai pada 16 July 2019.
  2. ^ "Premier League Player Profile Ismael Bennacer". Barclays Premier League. 2016. Dicapai pada 4 February 2016.
  3. ^ name="Premier League"
  4. ^ "ISMAËL BENNACER IS A NEW AC MILAN PLAYER". A.C. Milan. 4 August 2019. Dicapai pada 4 August 2019.
  5. ^ Sanderson, Jamie (29 July 2015). "Arsenal 'complete transfer of AC Arles-Avignon star Ismael Bennacer'". Metro. Dicapai pada 4 August 2019.
  6. ^ "Sheffield Wednesday 3-0 Arsenal". BBC Sport. 27 October 2015. Dicapai pada 27 October 2015.
  7. ^ "Ismael Bennacer joins Tours on loan". www.arsenal.com (dalam bahasa Inggeris). Arsenal Media Group. Dicapai pada 2017-02-14.
  8. ^ "Arsenal youngster Bennacer joins Empoli". Yahoo.com. 21 August 2017. Dicapai pada 4 August 2019.
  9. ^ Milan, A. C. "FOCUS: ISMAËL BENNACER". AC Milan. Dicapai pada 2019-08-06.
  10. ^ Football Italia Staff (4 August 2019). "Official: Bennacer Joins Milan". Football Italia. Dicapai pada 4 August 2019.
  11. ^ "Arsenal midfielder Ismael Bennacer handed shock call up to Algeria's Africa Cup of Nations squad". Metro.co.uk.
  12. ^ "Algeria celebrate second Afcon title after beating Senegal". BBC Sport. 19 July 2019.
  13. ^ "AC Milan snap up Algeria's Africa Cup star Bennacer". The Score. 4 August 2019. Dicapai pada 4 August 2019.
  14. ^ Otieno, Imran (20 July 2019). "Top Assists charts at the 2019 African Cup of Nations". futaa.com. Dicapai pada 4 August 2019.
  15. ^ a b CAF_Online (19 July 2019). "Pulling the strings from midfield like a boss Ismaël Bennacer is the #TotalAFCON2019 best player" (Tweet) – melalui Twitter.
  16. ^ Ames, Nick (24 July 2019). "Africa Cup of Nations: Bennacer dazzles, Ziyech disappoints on transfer stage". ESPN FC. Dicapai pada 4 August 2019.
  17. ^ Otieno, Imran (20 July 2019). "AFCON Player of the Tournament and Best Young Player are announced". www.futaa.com. Dicapai pada 4 August 2019.
  18. ^ "T. Hernández". Soccerway. Perform Group. Dicapai pada 10 April 2017.
  19. ^ Templat:NFT
  20. ^ "Algeria hold on against Senegal to win Afcon". BBC Sport. 19 July 2019.
  21. ^ Kappel, David (21 July 2019). "Caf Announces Afcon Team of The Tournament". www.soccerladuma.co.za. Dicapai pada 25 July 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]